Menu Utama

Majlis Peguam dan Suhakam amalkan dwi standard dalam kes Anwar.

Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak sewajarnya bersikap ‘memilih bulu’ dengan membiarkan sahaja para penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar sistem undang-undang dan menggunakan demonstrasi jalan raya untuk mempertahankan Ketua Pembangkang itu.

Kedua-dua institusi tersebut perlu sedar bahawa bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan daripada sistem undang-undang di Malaysia tanpa dipengaruhi ugutan demonstrasi para penyokong Ketua Pembangkang itu serta provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan mahkamah.

Peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam sewajarnya ke hadapan bagi mempertahankan institusi undang-undang di negara ini dan mengecam tidak kira pihak mana pun yang membuat kenyataan menghina dan mengugut mahkamah.

“Sikap dwi standard dan berdiam diri terhadap tindakan pakatan pembangkang ini sangat jelas, saya melihat Majlis Peguam gagal memberi mesej yang betul kepada rakyat mengenai proses keadilan di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perbicaraan kes liwat Anwar dicemari dengan pelbagai provokasi penyokongnya yang cuba merempuh ke Istana Kehakiman, Putrajaya dan terbaru, beberapa pemimpin pembangkang didapati menghina mahkamah selain mengugut menga-dakan perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka sekiranya Anwar didapati bersalah dalam kes liwat itu.

Menurut Khairul Azam, sikap dwi standard Majlis Peguam juga amat ketara apabila sanggup mengetepikan resolusinya mela-rang bekas hakim dilantik mewaki-li mana-mana pihak di mahkamah dan memilih berdiam diri sahaja mengenai pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mewakili Anwar.

“Kita juga masih ingat betapa pantasnya Majlis Peguam mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menya-man portal Malaysiakini atas kononnya menyekat kebebasan media tetapi mereka membiarkan sahaja pemimpin-pemimpin pembangkang menyaman media arus perdana yang lain,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Ruslan Kasim berkata, kedua-dua pihak Majlis Peguam dan Suhakam perlu bertindak proaktif bagi mengutuk tindakan penyokong Anwar mencetuskan provokasi di Istana Kehakiman kerana dikhuatiri menjejaskan proses keadilan dilaksanakan.

“Kalau keadilan hanya untuk Anwar bagaimana pula keadilan untuk Mohd. Saiful, keadilan perlu diletakkan di tempatnya. Majlis Peguam dan Suhakam tidak boleh berdiam diri sahaja apabila pelbagai provokasi dilakukan penyokong Anwar sehingga mencabar pihak polis di Istana Kehakiman,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong, sikap berdiam diri Suhakam terhadap kes Mohd. Saiful terlalu ketara seolah-olah kes tersebut tidak berprofil tinggi dan tidak melibatkan isu-isu hak asasi manusia.

“Siapa yang benar, siapa yang salah, itu terpulang kepada mahkamah tetapi Suhakam juga perlu tonjol ke hadapan supaya kes ini tidak dilihat berat sebelah dan mereka juga perlu mengeluarkan pendirian mengutuk mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi serta cuba mengganggu proses mahkamah,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya kes mendiang Teoh Beng Hock boleh diberikan perhatian oleh Suhakam, kes antara Anwar dengan Mohd. Saiful itu juga perlu diberikan tumpuan sewajarnya agar keadilan dapat ditegakkan dan tidak dicemari penyokong pembangkang yang hanya mahu melakukan demonstrasi.

Utusan.






11 Komen to Majlis Peguam dan Suhakam amalkan dwi standard dalam kes Anwar.

  1. Uturn says:

    Majlis peguam ni memang bekerja utk anwar dan pakatan. Kalau pasal BN laju saja mereka komen, kalau pasal pakatan senyap. Munafikun. Suhakam pun dah nak jadi alat pakatan ke?

  2. […] Peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam sewajarnya ke hadapan bagi mempertahankan institusi …read more […]

  3. adi says:

    cari makan nanti mis makan pulak. Majlis makan mana yang sedap.

  4. dkds says:

    dua badan yang condong pada PR ini wajar diambil tindakan atau disiasat oleh sprm, polis anti pengganas pun boleh menyiasat, mereka ada kalanya nampak cuba membenihkan sifat ekstrimis dikalangan rakyat Malaysia

  5. moo says:

    “We’re not saying that it began with him, (even though) he was the party president. But when did people begin to label Umno as a corrupt party. During whose era did this begin?” Selangor Umno liaison chief Datuk Seri Noh Omar said.

    Yesterday, Dr Mahathir wrote on his blog chedet.cc that Umno‎ must shed its reputation of being a corrupt party and that its leaders had to lead a moderate lifestyle.‎

    He also took aim at Selangor Umno leaders, saying they should resign and restructure the entire chapter following disappointing results in the past two general elections.

    But Noh demanded more specifics from Dr Maha‎thir, and wanted to know to which leader in Selangor Umno he was referring.‎

    “‎How can they step down? Everyone in Selangor Umno is a district chief, and they were elected by the party during the general assembly,” said the Tanjong Karang MP.‎

    ‎“If he’s referring to me, I have never lost. My majority is increasing. So who is he referring to specifically?‎”‎

    ‎Noh told The Malaysian Insider that while Selangor Umno welcomed any criticism from Dr Mahathir, the call for its leaders to step down was subjective.

    Dr Mahathir had also accused Selangor Umno leaders of being more interested in strengthening their position instead of the party.‎

    “Today, even if we wanted to choose a candidate for the position of state menteri besar, there are no suitable candidates,” said Dr Mahathir.

    “This would not be an issue if Selangor Umno was prepared to accept new members but it will not happen as Selangor Umno leaders are afraid of being challenged.‎

    “They are afraid that the entry‎ of fresh members might cause them to lose their positions or not be nominated to stand as candidates in the general election.”

    ‎But Noh denied this and claimed that the Selangor chapter was always open to new members.

    “I want to tell him, be more specific. We in Selangor‎ are open to all. When did we ever stop anyone from joining?

    “If he can be specific (and tell us) which Umno member was rejected, then we will know. As far as we know, we are open to everyone.”

    ‎Dr Mahathir said yesterday Selangor Umno also needed to do a lot more to attract Malay youth to join the party, including getting closer to those who are anti-Umno.

    His criticism comes a few days after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said how embarrassed, tired and humiliated he was that Barisan Nasional (BN) was the opposition in Selangor. Najib told his party colleagues that they should work hard and make an effort to lure Selangor voters back to the party.‎

    In the 13th general election last year, Selangor BN suffered its worst defeat, winning only four parliamentary seats – Sabak Bernam, Kuala Selangor, Tanjong Karang and Sungai Besar – and eight state seats – Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Semenyih, Dengkil, Jeram, Bukit Malawati, Sungai Burong and Permatang. – November 6, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/on-whose-watch-did-umno-get-its-corrupt-rep-noh-omar-asks-dr-m#sthash.XrkDz2yt.dpuf

  6. moo says:

    DKD, siasat lah!

  7. raplahjingaa says:

    Nak siasat apa mooo ?? mana perginya duit 209 billion yang kerajaan Jepun bagi kat Malaysia ke ?? hang pi la buat report dulu…hehehehe

  8. yon76er says:

    kedua2 Pertubuhan nie memang SIAL a/l Siutttt……..

  9. Adam Abdullah says:

    Bukan mudah untuk mengamalkan sikap “bebas dan tidak terpengaruh”.

    Orang yang selalu mengamalkan “bebas dan tidak terpengaruh” ialah pegawai Kerajaan seperti Polis, Kastam, Immigration, Hospital dan Klinik kesihatan. Mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut undang-undang.

    Dalam semua undang-undang ada disebut seperti perkataan “any person” yang menyalahi undang-undang perlu ditangkap maka pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas akan mmenangkap sekiranya kesalahan itu berlaku dihadapan mereka.

    Bagitu juga dengan doktor dan pegawai kesihatan. Mereka memberi bantuan kepada siapa (any person) yang memerlukan bantuan perubatan/kesihatan tidak kira kaum, bangsa, agama, budaya dan fahaman politik.

    Walaubagaimana pun ada juga mereka yang mengenepikan sikap “bebas dan tidak terpengaruh” oleh kerana perasaan dan fahaman peribadi sendiri.

  10. Sontoloyo says:

    Parti mana atau pertubuhan mana yang 100% bebas dari rasuah. Cuma pada masa ini rasuah segelintir ahli dalam UMNO sengaja dibesar-besarkan oleh pembangkan demi kepentingan politik pakatan seolah-olah UMNO lah juara rasuah, padahal dalam pakatan rakyat sendiri sama ada PKR, DAP atau PAS lebih hebat lagi. Cuba bayangkan pakatan rakyat yang belumpun memerintah negara sudah melibatkan rasuah yang besar apatah lagi kalau mereka memerintah Malaysia ini, mungkin negara ini pun mereka akan gadaikan…fikir-fikirkanlah…
    Awas! Rakyat jangan mudah termakan dengan persepsi dan pembohongan yang pihak pembangkang sogokkan… “menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna”.

Leave a Reply

Threesome