Menu Utama

MAIS Ada Asas Kukuh Untuk Mengharamkan NGO Sisters In Islam

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 17 Julai 2014 lepas telah mewartakan fatwa pengharaman NGO Sisters In Islam (SIS) setelah mendapati pertubuhan itu terlibat secara aktif dalam menyebarkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Pengharaman itu selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2006 yang menyimpulkan mana-mana aliran pemikiran atau fahaman liberal dalam beragama adalah menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.SIS Haram - Semakan Kehakiman

Bagaimana pun, dua hari lepas SIS yang tidak berpuas hati dengan fatwa MAIS telah memfailkan semakan kehakiman terhadap pengharaman tersebut dengan alasan mereka tidak menentang sebarang undang-undang sebaliknya hanya menggunakan hak kebebasan sebagai orang Islam & rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan.

Sekilas lalu nampak seperti ada benarnya hujah SIS kerana Perlembagaan Negara memang menjamin hak kebebasan individu atau pertubuhan untuk menyuarakan pendapat mereka. Begitu juga Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak kebebasan beragama di kalangan warganegaranya.

Namun SIS lupa betapa kebebasan tetap ada had batasannya sebagai Perlembagaan menetapkan dalam Perkara 10 Fasal 2, 3 dan 4 yang menggariskan batasan dan sekatan yang boleh dikenakan terhadap individu atau pertubuhan sekiranya aktiviti mereka boleh menjejaskan kesejahteraan umum.

Demikian halnya di mana Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan ketetapan dalam Perkara 11 berkaitan Kebebasan Beragama di mana Fasal 4 membolehkan setiap negeri-negeri menggunakan kuasa secara perundangan untuk menghalang sebarang doktrin yang dikira berbahaya kepada orang Islam.

Barangkali dari satu sudut kebebasan ala barat SIS berhak mempertikaikan fatwa pengharamannya oleh MAIS namun di sudut yang lain SIS perlu menerima hakikat MAIS bertindak betul dan ada asas kukuh kerana bertindak dalam ruang lingkup kuasa yang diperuntukkan kepadanya selaku agensi agama Islam yang bertauliah.

Malah penulis percaya sebahagian besar umat Islam di negara ini sedia berdiri di belakang MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mempertahankan kesucian Islam apatah lagi di saat kerancakan kempen-kempen penyebaran fahaman Islam Liberal & pluralisme yang giat dilakukan pihak tertentu.

SIS mungkin merasakan pihaknya teraniaya dengan pengharaman itu tapi hakikatnya khalayak tidak lupa SIS adalah antara NGO yang berlabel Islam yang telah secara terbuka bersekongkol dengan gabungan NGO COMANGO dalam usaha mereka untuk menghalalkan LGBT, Syiah dan kebebasan agama ala Barat.

SIS juga terlibat langsung membela kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin apabila mempertikaikan dan menyelar tindakan JAKIM & Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JAIT) yang berusaha membanteras penyelewengan akidah kumpulan itu suatu ketika dulu yang dianggap oleh SIS sebagai tidak demokratik dan menyalahi hak asasi.

Begitu juga SIS pernah aktif dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC) atau dulunya dikenali sebagai Inter Religiouc Council (IRC) yang menuntut supaya semua agama adalah sama tarafnya dan hak kebebasan beragama turut meliputi orang Islam sekaligus mengancam akidah Islam sekiranya tuntutan mereka dipenuhi.

Paling diingati umum tentunya penglibatan SIS sebagai antara NGO yang terkehadapan membela penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dan secara terbuka mengecam tindakan pihak berkuasa mengharamkan program yang mengiktiraf golongan LGBT itu.

Itu antara asas kukuh yang penulis percaya telah diambil kira oleh MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mengharamkan penyebaran fahaman Islam Liberal & pluralisme di negara ini.

Mungkin bagi SIS semua yang dilakukannya menunjukkan liberalisasi pemikiran dan toleransi mereka sesuai dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia, namun NGO SIS dan pendukungnya perlu menerima hakikat liberal dan toleransi ada had batasannya dalam Islam.

Islam agama yang menganjurkan tolenrasi, itu betul tapi Islam tidak bertolak ansur atau bertolenrasi dalam hal beragama khususnya bila melibatkan pemikiran songsang atau sebarang aktiviti yang didapati bercanggah dengan Islam atau boleh mengancam akidah dan syariat Islam.

Jika faham perkara itu, SIS sepatutnya memahami hak MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menghalang sebarang usaha penyebaran fahaman Islam Liberal & pluralisme, di masa yang sama belajar menerima hakikat perlunya untuk SIS mencermin diri dan memperbetulkan hala tujunya.






22 Komen to MAIS Ada Asas Kukuh Untuk Mengharamkan NGO Sisters In Islam

  1. Umnoover says:

    SIS ni dah banyak keluar kenyataan2 kontroversi yang tidak berlandaskan rujukan mendalam dan menyakinkan.

    Kalau tidak kerana Marina Mahathir, dah lama SIS ni dilayan sama macam ajaran Syiah.

    Kenapa double standard? Tutupkan je pertubuhan ini demi menjaga kesucian Islam. Tak payah double standard.

    Double standard adalah punca banyak enforcement effort dan policy implementation di malaysia ni hancur.

  2. raplahjingaa says:

    Sepatutnya dari dulu dah di haramkan NGO ni….dengan marina tu sekali, shes Tun biggest failure !!

  3. korokstabang says:

    tak kira lah anak emak atau anak bapak SIS dan jauh menyimpang dari ajaran islam haramkan saja pertubuhan SIS ini sebelum lagi banyak kerosakan kepada umat islam

  4. kuman says:

    MAIS ? Kenapa le nak sampai keluar fatwa BAN SIS yang tak de kena menega denagan Arak atau Nimbor ekor. Be professional and tangangi issue dengan cara berilmu. SIS ada point nya dan Mais ada ponit nya. That why what lacking in Malaysia is ‘the THINKING’ muslim. Sigh, sayang oh sayang Negara ku Malaysia.Perkara beginu=i pun tak boleh handle cara professional dan berilmiah. Soalan untuak Mais. Benarkah Mais melindungi hak wanita? Wallahualam.

  5. raplahjingaa says:

    Nama NGO ” sisters in Islam ” ada depa bawa keterampilan Islam ke ?? bagi aku SIS dangan PAS ada persamaan yang amat jitu, gunakan Islam untuk kepentingan sendiri, Tanya SIS apa yang depa buat untuk Islam ?, dan tanya PAS apa yang depa buat untuk Islam ? tak lain dari hanya mencemarkan nama Islam.

    Takat nak pandai bercakap….sapa-sapa pun boleh !! natijah nya apa ???

  6. Adam Abdullah says:

    60% daripada rakyat Malaysia (di 13 Negeri dan Willayah Persekutuan) adalah Melayu/Islam dan kita bukan sahaja tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Undang-Undang civil/jenayah Persekutuan. Sebagai orang Melayu/Islam kita juga tertakluk kepada Undang-Undang Syariah Negeri dimana kita tinggal.

    http://www.esyariah.gov.my/portal/page/portal/Portal%20E-Syariah%20BM/Portal%20E-Syariah%20Carian%20Bahan%20Rujukan/Portal%20E-Syariah%20Undang-Undang

    http://www.esyariah.gov.my/portal/page/portal/Portal%20E-Syariah%20BM/Portal%20E-Syariah%20Carian%20Bahan%20Rujukan/Portal%20E-Syariah%20Undang-Undang/Portal%20E-Syariah%20Undang2%20Selangor.

    http://jaip.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/penguatkuasa/senarai-kesalahan-undang-undang-syariah.

    Ramai kita orang Melayu/Islam, mungkin, setelah belajar tinggi-tinggi di negara Barat dan memahami demokrasi, kebebasan dan hak asasi cara Barat kita lupa untuk membaca, mengtahui dan mematuhi Undang-Undang syariah Negeri yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dimana kita tinggal/bekerja dan juga kebebasan, demokrasi dan hak asasi dalam Al Quran, dalam Islam dan yang diterangkan dalam Hadis.

    Guru-guru sekolah, guru agama, ibu/bapa dan atuk/nenek saya selalu ingatkan saya semasa kecil dan semasa dewasa, “Kalau tidak tahu sesuatu, kalau tidak faham bertanyalah dengan orang yang lebih faham, yang lebih bijak. Jangan jadi bodoh sombong.”

    Saya sokong tindakan MAIS terhadap SIS.

    Saya berpendapat sudah ada ramai wanita Melayu/Islam/Muslimin, yang mempunyi kelulusan yang tinggi dalam pelajaran Islam di Jabatan Perdana Menteri, di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta, di JAKIM, di PERKIM dalam CUPES untuk memperjuangkan kebebasan dan hak asasi wanita Islam dan bukan Islam.

  7. Adam Abdullah says:

    SIS pernah baca ke secara mendalam Enakmen di bawah ini yang mana laman webnya seperti di atas?

    Enakmen Terkini

    NEGERI SELANGOR

    ENAKMEN 1 TAHUN 2003
    ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
    Mengandungi pindaan terkini – En. A5

    Tarikh Persetujuan DiRaja : 8 Julai 2003

    Tarikh disiarkan dalam Warta : 24 Julai 2003
    Tarikh mula berkuatkuasa : 1 September 2003 [Sel. P.U. 25/2003]

    _____________
    SUSUNAN SEKSYEN
    _____________
    Tajuk Panjang & Mukadimah

    BAHAGIAN I – PERMULAAN

    Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuat kuasa.
    Seksyen 2. Tafsiran.
    Seksyen 3. Kecualian prerogatif.

    BAHAGIAN II – MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

    Seksyen 4. Penubuhan majlis.
    Seksyen 5. Identiti di sisi undang-undang dan fungsi majlis.
    Seksyen 6. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan.
    Seksyen 7. Kewajipan majlis tentang kemajuan ekonomi dan sosial orang Islam.
    Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan.
    Seksyen 9. Kuasa untuk menubuhkan syarikat.
    Seksyen 10. Kuasa untuk meminjam.
    Seksyen 11. Keanggotaan Majlis.
    Seksyen 12. Tamat pelantikan.
    Seksyen 13. Pembatalan pelantikan.
    Seksyen 14. Penyiaran pelantikan, dan pembatalan dalam Warta.
    Seksyen 15. Kawalan oleh Pengerusi.
    Seksyen 16. Setiausaha.
    Seksyen 17. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat Majlis.
    Seksyen 18. Mempengerusikan mesyuarat.
    Seksyen 19. Kuorum.
    Seksyen 20. Penjalanan urusan.
    Seksyen 21. Memanggil mesyuarat.
    Seksyen 22. Minit.
    Seksyen 23. Aturan urusan mesyuarat.
    Seksyen 24. Salinan diperakui bagi ketetapan.
    Seksyen 25. Permohonan cuti oleh Pengerusi dan ahli lain.
    Seksyen 26. Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan.
    Seksyen 27. Jawatankuasa.
    Seksyen 28. Perwakilan kewajipan atau kuasa Majlis.
    Seksyen 29. Pelantikan pegawai dan pekhidmat Majlis.
    Seksyen 30. Tatatertib.
    Seksyen 31. Jawatankuasa tatatertib.
    Seksyen 32. Peraturan-peraturan tatatertib.
    Seksyen 33. Lembaga Rayuan Tatatertib.
    Seksyen 34. Pengenaan surcaj.
    Seksyen 35. Notis tunjuk sebab sebelum disurcaj.
    Seksyen 36. Amaun surcaj.
    Seksyen 37. Pemberitahuan surcaj.
    Seksyen 38. Penarikan balik surcaj.
    Seksyen 39. Mendapatkan surcaj.
    Seksyen 40. Majlis boleh menerima pakai peraturan-peraturan, dsb.
    Seksyen 41. Kerahsiaan.
    Seksyen 42. Pekhidmat Awam.
    Seksyen 43. Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.

  8. Adam Abdullah says:

    ENAKMEN 1 TAHUN 2003
    ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

    Tajuk panjang & Mukadimah

    BETA PERKENANKAN,

    (MOHOR
    KERAJAAN)
    SHARAFUDDIN IDRIS SHAH,
    Sultan Selangor

    8 Julai 2003

    Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan baru tentang pentadbiran Agama Islam; penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Selangor, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
    [ ]

    MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Badan Perundangan Negeri Selangor seperti yang berikut

  9. Adam Abdullah says:

    SIS punya pasal saya tolong buat Google search tentang FATWA dan antara ialah

    http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysia

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
    1. PENUBUHAN

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan pada Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat Kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Sementara MKI yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri merupakan badan penyelaras di peringkat Persekutuan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada Mac 1968.

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersidang buat pertama kalinya pada 23 hingga 24 Jun 1970 yang dipanggil dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut berlangung sebanyak 18 kali dan yang terakhir diadakan pada 14 Mei 1980. Kemudiaannya penggunaan perkataan Persidangan ditukar kepada perkataan Muzakarah. Maka pada tarikh 28 hingga 29 Jun 1981 diadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Kali Pertama.

    2. TUGAS

    Tugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengikut pada Perkara 14 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-Raja.

    3. KEANGGOTAAN

    Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdiri daripada:

    Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;

    Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam;

    Sembilan orang alim ulama dan kalangan profesional serta pakar-pakar muslim yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan

    Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

  10. GT86 says:

    MAIS jangan spin lepas ni dah le… Don’t worry orang islam melayu yang waras akan support MAIS…
    bUT please don’t spin….

  11. Adam Abdullah says:

    ENAKMEN 9 TAHUN 1995
    ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

    BAHAGIAN III – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

    Seksyen 12. Menghina pihak berkuasa agama.

    Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:-

    (a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua agama Islam;

    (b) Majlis;

    (c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa,

    adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

  12. Adam Abdullah says:

    Baca dan terus baca. Fahammi dan terus fahami. Patuhi dan terus patuhi demi Islam.

    http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/7b9650d84cbe7ea048257057000254e8?OpenDocument

  13. Adam Abdullah says:

    ENAKMEN 9 TAHUN 1995
    ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

    BAHAGIAN III – KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

    Seksyen 13. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

    (1) Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau Hukum Syara’ yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahan antara lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang berkaitan dengan pendapat itu.

  14. semangat dato' haron says:

    Team Perempuan2 sial ni patut dihapuskan dari dulu lg…

  15. Adam Abdullah says:

    Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Rendah

    DENDA: TIDAK MELEBIHI RM3,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

    BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
    1 4 Pemujaan Salah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    2 12 Menghina Pihak Berkuasa Agama Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    3 13 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    4 14 Mengajar Tanpa Tauliah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    5 15 Mengingkari Perintah Mahkamah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    6 16 Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    7 17 (1) (2) (3) Judi Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    8 18 (1) (2) Minuman Yang Memabukkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    9 29 (a) (b) Khalwat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    10 33 Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daripada Hidup Sebagai Suami Isteri Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    11 37 Pemungutan Zakat / Fitrah Tanpa Diberi Kuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995

    DENDA: TIDAK MELEBIHI RM2,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

    BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
    12 19 (a) (b) Tidak Menghormati Ramadhan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    13 27 Hubungan Jenis Antara Orang Yang Sama Jantina Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    14 38 Penyalahgunaan Tanda Halal Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    15 210 Penghinaan Mahkamah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
    16 211 Maklumat, Keterangan @ Pengakuan Palsu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
    17 212 Pegawai Agama Yang Mengingkari Arahan Undang-Undang Dengan Niat Hendak Menyebabkan Bencana Kepada Mana-mana Orang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

    DENDA: TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 6 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

    BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
    18 20 Tidak Menunaikan Solat Jumaat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    19 30 Lelaki Berlagak Seperti Perempuan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    20 31 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
    21 35 Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar Dalam Masa Yang Ditetapkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
    22 124 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
    23 125 Perceraian Di Luar Mahkamah Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
    24 126 (1) (2) Tidak Membuat Laporan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
    25 127 Meninggal Langsung Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
    26 128 (1) (2) Menganiayai Isteri / Suami Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
    27 129 Tidak Memberi Keadilan Yang Sewajarnya Kepada Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

    DENDA: TIDAK MELEBIHI RM100.00 (Untuk Kesalahan Yg Pertama)
    TIDAK MELEBIHI RM500.00 (Bagi Kesalahan Yg Kedua & Seterusnya)

    BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
    28 130 Isteri Tidak menurut Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

    HUKUMAN: TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA

    BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
    29 131 Percubaan Menjadi Murtad Untuk Membatalkan Perkahwinan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
    30 133 (1) (2) Kecuaian Dengan Sengaja Untuk Mematuhi Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

    DENDA: TIDAK MELEBIHI RM500.00 @ TIDAK MELEBIHI 3 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

    BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
    31 132 (1) (2) (3) Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang Yang Bercerai Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

    HUKUMAN @ DENDA SAMA SEPERTI KESALAHAN YANG DIPERUNTUKAN DALAM KESALAHAN ITU.

    BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
    32 134 Percubaan Dan Subahat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

    TATACARA JENAYAH

    BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
    33 224 Pampasan jika tuduhan tak berasas Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

  16. ToraTora says:

    ishhh..teruk betul pemahaman SIS tentang agama islam ni.Marilah kita berdoa bersama2 supaya waris2 kita kelak tiada yang sesat semacam ini.Ketepikan soal sokongan politik dalam hal ini, kecualilah ada ahlil politik islam yang menyokong pertubuhan ini.Sedih sungguhh…

  17. Adam Abdullah says:

    Mari kita baca maklumat-maklumat, tugas dan Fatwa-Fatwa di laman web MUFTI Negeri Selangor pula. http://www.muftiselangor.gov.my/ms/

    Juga kita baca dan fahami tugas dan tanggungjawab Jabatan Bantuan Guaman –

    http://jbg.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=65&Itemid=97&lang=ms

    http://www.umno-online.my/?p=81870

  18. Adam Abdullah says:

    http://www.jbg.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=530&Itemid=241&lang=ms

  19. wong jo woo says:

    MAIX nak haramkan macamana..itu dalam ada bini KJ..anak MAHATHIR..anak HUSSIEN ONN..penasihat sembunyi2 abg nuar ..dengan di kepalai AMBIGAGAK..haramkan nama SISTER OF ISLAM dia tukar nama SISTER abg2 menteri..camana…tuhuan sama jugak..senang cakap itu salah asuhan..tak di ajar agama..dh tua jadi bingai..macam ba bi..

  20. Adam Abdullah says:

    Mungkinkah 2 kesalahan di bawah ini telah dilakukan oleh mana-mana pehak.

    2 12 Menghina Pihak Berkuasa Agama (Majlis JAIS),

    3 13 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa (Majlis JAIS),

    Bolehkah JAIS membuat lapuran supaya siasatan dan tindakan diambil di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No,9 Tahun 1995?

Leave a Reply

Threesome