Menu Utama

Mahkamah sivil tidak boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu semua pihak menghormati Artikel121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, kegagalan mematuhi peruntukan berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat apabila sesuatu keputusan mahkamah dibuat.

“Peruntukan mengenai perkara ini sudah jelas…. sudah ada dan mahkamah lain tidak boleh membincang atau membicarakan hal berkaitan hukum syarak. Namun, oleh kerana ia sudah dimohon, kita tunggulah rayuan dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

“Seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dari negeri lain akan mencelah dalam prosiding rayuan itu nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ihtifal Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

Othman berkata, keputusan mahkamah itu dibimbangi akan mengundang kecelaruan dalam kalangan masyarat dan ia sepatutnya tidak berlaku kerana hukum mengenainya sudah jelas.

“Kita tunggu pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya dan meminta semua Majlis Agama Islam Negeri bersama-sama dalam hal ini. MAINS akan mengemukakan rayuan kepada mahkamah persekutuan dan kita akan tunggu keputusan rayuan itu.

“JAKIM juga mempunyai jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri… jawatankuasa ini akan melihat kepentingan atau penyelarasan antara undang-undang syarak dan sivil. Jika ada kekurangan dalam undang-undang itu, kita akan bincangkan dalam jawatankuasa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Othman berkata, kerajaan akan terus memperkasakan pendidikan Islam di negara ini dan menyediakan pelbagai latihan bagi meningkatkan kecemerlangan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Katanya, penubuhan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam adalah antara usaha kerajaan bagi menjadikan KAFA lebih kompetetif sejajar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Bernama.






10 Komen to Mahkamah sivil tidak boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah.

  1. itsme says:

    jika sudah ada, soalnya kenapa baru skrg?? adakah pegawai2 tu tidor?? peguam tu baral sgt apa hal… sewajar pendaftar juga tidak boleh menerima kes2 yg dibawabkemahkamahbsibil tanpa kelulusan dr mahkamah syariah. Perkara ini perlu diperbetulkan segera dan jgn dipandang sepi sbb semua org hati lain2… tun mahathir is a great man but NOT to his daughter.

  2. raplahjingaa says:

    Benda macam ni patut pemimpin-pemimpin utama negara yang suarakan…kan depa pemimpin negara Islam ?? tapi hampeh…semuanya takut cina marah, takut pondan marah, takut gay marah !! takut hilang undi yang dah memang hilang pun !

  3. tony gunawan says:

    cakap memang pandai raplahjingaa,dalam kes anwar mana ada empat orang saksi!

  4. raplahjingaa says:

    Apalah hang gayboy…bapak hang projek dengan mak hang dapat anak macam hang, ada 4 orang saksi ke ?? apa bukti yang hang tu sebenarnya anak mak bapak hang ??

    hehehehe…aku perasan hang ni gayboy makin hari makin tonggong !!

  5. Pak Tho says:

    Ha…ha…ha.. Terbaiklh Rap, sebijik kena batang hidung si togay.

  6. Sontoloyo says:

    Syabas Raplahjingaa buku lima hang tepat ke muka dia…

  7. Jokerjoe says:

    Moo yg hati busuk. Niat kau ni bukan nak menegakkan undang2 syariah tapi nak melepaskan kekasih awak si aljub tu. Kau ingat undang2 jenayah syariah tu hudud saja ke? Kau tak pernah dengar tentang takzir, qisas dan diat ke? Kauingat pembuktian tu semata2 melalui 4 saksi saje? Dlm hudud pon ada lain pembuktian sapert pengakuan, kehamilan, bersalin tanpa suami dll. Dan pernahkah kau dengar pembuktian melalui qarinah yg boleh digunakan utk pembuktian umpamanya dlm kes hukum takzir? Bezanya bila dituduh di bawah hudud hukumnya adalah yg ditetapkan dlm Quran tapi bila dituduh bawah takzir hukumnya adalah bukan yg dihadkan dlm Quran tapi yg ditetapkan oleh ulil amri. Jadi kalau dah tahu tak ada 4 saksi nape nak tuduh bawah hudud. Oh lupa aku. Hudud Pas belum terlaksana lagi. Kesimpulannya Moo ni eloklah dinamakkn moo kerana bodoh macam lemooo

  8. Jokerjoe says:

    Tony yg tak guna one. Kau tak tau undang2 jenayah syariah tolong diam. Tolong baca komen aku utk moo kat atas tu. Aku harap kau mempunyai otak yg cukup utk memahaminya sebelum buka mulut. Aku harap satu hari aljub akan buka mulut bawah awak sambil menutup mulut atas kau

  9. bujuk says:

    Setuju dengan penulis.. hairan bagaimana pendaftar dan hakim yg ARIF boleh terlepas pandang isu ni. Isu yg sepatutnya awal2 ditolak telah dibicarakan dimahkamah rayuan. Celaru habis budak2 dan rang tua.. bagaimana selama hari ni kita belajar HARAM berpakaian atau berlagak seperti perempuan bagi lelaki dan sebaliknya, tiba2 Yg. ARIF kata tak salah. Apakah kita nak ikut cakap Yg. Arif atau Al-Quran kalamullah dan Hadith Sunah rasullah?
    YDPA dan PM tolong pecat Hakim tersebut melalui TRIBUNAL, dia tak layak jadi Yg. ARIF.

Leave a Reply

Threesome