Menu Utama

Luahan Rasa Menyampah Lim Guan Eng Terhadap PAS

Apabila baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara terbuka menggelar empat orang EXCO PAS sebagai pengkhianat ekoran kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, khalayak umum melihatnya sebagai penghinaan yang amat memalukan PAS.PR Bakal Berpecah

Gelaran hina itu juga dianggap ramai sebagai cerminan rasa muak dan menyampah DAP dengan pelbagai tingkah-laku PAS yang dikatakan sering membelakangi keputusan bersama yang disepakati pakatan pembangkang PR.

Bagi Guan Eng kelancangan mulutnya itu dikira wajar dan diharapkan akan menyedarkan PAS keperluan mematuhi kesepakatan bersama PR, sedangkan pada PAS gelaran buruk itu cukup melukakan apatah lagi bila ia diluahkan oleh rakan pimpinan yang pernah diiktirafnya sebagai Khalifah Umar zaman moden.

Mungkin disebabkan memendam rasa terhina dengan gelaran pengkhianat itulah kemudiannya membawa kepada tindakan protes oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sekali lagi memboikot mesyuarat penting Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang diadakan awal minggu lepas.

Rupanya tindakan boikot Presiden PAS itu seumpama menyiram minyak ke dalam api apabila hari ini Guan Eng secara sinis memberi amaran PR berdepan kemungkinan akan berpecah disebabkan ada anggota gabungan tidak berdaftar itu gagal memberi komitmen yang sepatutnya.

Kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kalau pun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan liwat ia tiada gunanya selagi ada komponen PR yang cakap tidak serupa bikin, tidak menunaikan janji dan tidak berpegang pada komitmen yang disepakatinya.

Malah Guan Eng juga mengakui sudah tidak tahu bagaimana caranya lagi mahu berurusan dengan parti tersebut yang tidak tetap pendirian dan sering berubah-ubah keputusan. Bunyi luahannya macam terlalu kecewa persis seorang jantan yang sudah berputus asa dengan kesetiaan kekasih gelapnya.

Walau pun Guan Eng tidak menyebut secara langsung parti mana yang dimaksudkan, umum tahu ia merujuk kepada PAS, rakan pakatan kelas ketiga dalam PR yang pernah dilabelkannya sebagai pengkhianat tempohari dan selama ini pengkhianat itulah yang sering menjayakan pelbagai program keramaian PR.

Luahan sinis Guan Eng itu jelas membayangkan perasaannya yang semakin menyampah dengan sikap PAS. Kejantanannya sudah tercabar dan hanya menunggu masa sahaja untuk betul-betul meledak barangkali dalam waktu-waktu terdekat ini.

Baru sahaja pemimpin PAS digelar sebagai pengkhianat, kini dianggap pula sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin dan dituduh pula gagal memberi komitmen untuk PR. Entah apa malang nasib PAS selepas dipergunakan bertahun-tahun sekarang dicerca dan dihina sedemikian.

Setakat ini kita tidak tahu apa reaksi rasmi PAS dengan kenyataan sinis Guan Eng itu. Marahkah mereka atau masihkah nak memendam rasa?

Tapi rasanya tak mustahil entah esok atau lusa akan ada pemimpin PAS yang memujuk hati berkata cercaan itu hanya kenyataan peribadi Guan Eng semata-mata dan tiada kaitan dengan pendirian rasmi DAP dan selepas itu PAS taat kembali mengikuti kehendak DAP, tak gitu?






14 Komen to Luahan Rasa Menyampah Lim Guan Eng Terhadap PAS

  1. samad says:

    ingatkan kita je meluat, geng dia sendiri pn meluat dgn PAS ni.

  2. […] Bagi Guan Eng kelancangan mulutnya itu dikira wajar dan diharapkan akan menyedarkan PAS keperluan mematuhi kesepakatan bersama PR, sedangkan pada PAS gelaran buruk itu cukup melukakan apatah lagi bila ia diluahkan oleh rakan pimpinan yang pernah diiktirafnya sebagai Khalifah Umar …read more […]

  3. Jamil says:

    Katanya PAS sebagai pengganti UMNO bagi orang Melayu di Malaysia. PAS sepatutnya jd parti dominan dalam PR. Mana mungkin selamanya jd parti no tiga dalam PR.

  4. alimedanbaru says:

    apabila musuh ALLAH telah hilang rasa takut
    hilang rasa hormat
    hilang rasa bergantongan
    maka bermakna hilanglah sifat keunggulan
    hilang sifat kekuatan
    dan telah hilanglah maruah Pas dikacamata DAP
    Pas boleh diherdek
    dimarah
    ditunjal kepala
    ditarik telinga
    oh hinanya
    hinanya kau PAS
    tunjukkanlah kejantanan mu wahai PAS!

  5. GT86 says:

    Sampai skrg PAS tidak berani pun mengambil tindakbalas pada DAP dan PKR. Siapa pun akan meluat tengok gelagat PAS ni, lebih-lebih lagi kononnya lebih Islam dari yang lain. PAS ni lebih tidak bermoral dan bermaruah dari parti2 lain yang ada di M’sia ni.
    PAS meluat pada UMNO kononnya tapi pada UMNO juga yg di sembah minta duit nak makan. Dah kenyang kata UMNO tak betul.

  6. wong jo woo says:

    kalau namanya cina komunis ni bukan dia menyampah dengan PAS je..dia menyampah dengan islam dan melayu keseluruhannya..hanya orang2 melayu islam yang tak paham bahasa je yang masih menyokong tingkahlaku si setan puaka ni..

  7. semangat dato' haron says:

    Bersatulah Melayu demi Islam.

  8. Anak_Nogori says:

    Begitu pas diperlakukan oleh dap…pas masih sayang dap…dayus sungguh.

  9. korokstabang says:

    pas parti kluk klek selamanya

  10. mike says:

    Berdikari la PAS……BALIK SEMULA KEPANGKAL JALAN.

    Balik le semula ke menifesto 1969.

    Amacam?

  11. Jambol says:

    Nik Ajis sangat sayangkan DAP, boleh berpeluk-peluk dengan Lim Kit Siang dan merayakan hari jadi bersama-sama Karpal Singh. Tak mengapalah PAS jadi barua DAP kerana cinta kasih sayang sejati Nik Ajis terhadap DAP yang tidak berbelah bagi, tak hilang dek hujan dan tak luntur dek panas !!!

  12. bujuk says:

    Jika keputusan bertentangan dengan Islam, memang PAS tentang walau DAP dan PKR sokong. LGE maksudkan keputusan bersama sebab pkr dan dap setuju… Tapi pas tak mudah d tipu begitu. PAS buat ikut Islam.. Samada cap Dan pkr setuju atau tidak terpulang. Pas yakin Islam terbaik..

  13. wong jo woo says:

    pemimpin UMNO dan pwmimpin PAS sebenarnya yang yang sado diri..apa lah sangat nak bergabing ngan pati cina..ko ingat cina heran sangat ke ngan pati melayu..dia org dh faham sikat melayu..di bohong sikit je dah g ngundi cina..tak macam cina..tak kira dia dalam pati apa tak naklah dia nak ngundi melayu..kena ingat benda ni..org melayu kalau bersatu dah cukup kuat utk merintah malaysia..tak yah mintak cina kongsi..tapi nak buat macaman..ketua pati melayu sume masih minat ngan cina..agak diorg dapat amoi ke apa ntah..geli gua cina ..najisss..berak pun tak basuhh..macam babi..

Leave a Reply

Threesome