Menu Utama

Lelaki Berpakaian Wanita: Bukti Apa Yang Terpatri Kian Terlerai

sister in islamRamai yang terkejut apabila Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita diistiharkan bercanggah dengan Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan.

Sementelahan berita itu ke udara sewaktu penulis bersama masyarakat kampung, yang terkenal dengan jati diri bersendikan Kitabullah, ianya jelas mengundang rasa marah dan tidak senang dengan apa yang sedang berlaku. Adegan menepuk meja, dengan perkataan sedikit kasar dari orang lama benar-benar mengejutkan ramai pelanggan yang sedang enak menikmati juadah.

Itu reaksi jujur, maka tidak perlu penulis ulas panjang.

Mengapa tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita yang sedemikian?

Arus kesongsangan atau kenali sebagai LBGT tidak pernah mendapat tempat di hati masyarakat suatu ketika dahulu, dengan terapan nilai-nilai murni orang Timur menjadi asas kukuh selaras dengan tuntutan agama. Carilah mana-mana agama pun di Malaysia, pasti tidak akan ada yang membenarkan gaya hidup sedemikian. Songsang.

Seperti yang penulis telah lama bicarakan, ianya bermula apabila wujud gerakan untuk meleraikan, satu persatu, apa yang boleh kita sifatkan sebagai “tiang seri” masyarakat. Kemajmukan dan keunikan kita di Malaysia, dengan Islam sebagai agama persekutuan, memerlukan kita untuk sama-sama bertolak ansur, dan memahami satu dengan yang lain.

Dan Islam sebagai tunjang, dengan ianya menjadi hak milik mutlak Raja-Raja Melayu sebagai pemegang amanah bagi memastikan bukan sahaja umat Islam, malah yang bukan Islam juga terpelihara melalui undang-undang negara dari budaya songsang berkenaan.

Malangnya, gerakan-gerakan untuk menjatuhkan institusi penting dalam pembentukan negara ini sudah mula menunjukkan hasil. Ia bukanlah hadir dengan tidak sengaja, tetapi perancangan teliti yang dikuatkan lagi dengan kuasa politik. Dokongan secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin politik menyebabkan golongan LBGT sudah berani mencabar kedaulatan undang-undang negara yang sekian lama membentuk sahsiah dan rupa diri masyarakat negara ini.

Ini adalah akibat dari meleraikan sesuatu yang sudah terpatri indah. Ruang-ruang waima sekecil zarah, yang telah terbuka, ditusuk sedalam-dalamnya dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan; demi membenarkan kewujudan mereka. Apatah lagi kini, seolah-olah sudah menjadi “trend”, ramai pula pengamal undang-undang yang tampil dan komited untuk mencabar undang-undang negara.

Program seperti Seksualiti Merdeka, “I Want To Touch A Dog” serta program-program tentang Islam liberal dianyam menjadi buih-buih yang kelamaan berpintal-pintal menjadi gelombang untuk menghakis pantai.

Andai tidak ditambak tebing, rasa bersalahlah, rasa khuatirlah dengan generasi hadapan yang akan menyalahkan kita kerana rumah sudah dihayutkan ombak.

Hebatnya penangan “Ubah”, kerana mereka tahu Islam dan Melayu itu jangan dilawan. Jangan dilawan, tetapi ubah. Ubahlah sedikit demi sedikit. Bagaimana untuk ubah? Berkawanlah dengan umat Islam, bina persepakatan politik dengan tahaluf siyasi. Ditambah dengan sedikit ramuan betapa manisnya kuasa, nescaya mereka akan menurut. Itulah yang terjadi kepada PAS.

Apa pun permainan perang saraf yang sedang Pemuda PAS seperti grafik diatas, ianya tidak ubah seperti “bagai menghitung bulu kambing” kerana pimpinan atasan mereka “sangat akrab” dengan pro-liberal dan pro-LBGT.

Tiba-tiba sahaja penulis teringat akan azab Allah ke atas kaum Nabi Luth!

Nauzubillahiminzalik!






5 Komen to Lelaki Berpakaian Wanita: Bukti Apa Yang Terpatri Kian Terlerai

  1. Uturn says:

    inilah agenda jahat dap dlm memecahbelahkan umat islam malaysia.

  2. Adam Abdullah says:

    Uturn, Pakar undang-undang yang ada sekarang di Pejabat Peguam Negara, Pejabat Kehakiman, Pejabat Agama Islam Negeri di semua Negeri, Mufti dan Majlis Agama Islam Negara perlu mengkaji semula “case law” iaitu kes-kes yang melibatkan orang Islam pada tahun-tahun sekitar 1970han, 80han dan 90han di keputusan telah dibuat oleh supreme Court dan/atau Mahkamah Persekutuan seperti kes di bawah ini

    http://www.wanmarican.com/publications/case-commentaries/habibullah-mahmood-faridah-dato-talib/

    dan beberapa kes yang lain seperti di bawah ini.

    https://www.google.com.my/?gws_rd=cr&ei=9IRgVKjwNMSyuAS_-oGwDQ#q=what+is+article+121+1a+federal+constitution

  3. wong jowo says:

    kerajaan sepatutnya bertegas dengan kaum2 sesat macam ni..jangan dok melihat je..apa guna ada kuasa kalau tak berani bertindak..nak tunggu rakyat bertindak sendiri ke apa..

  4. muhammad zin says:

    salam untuk semua.kita semua adalah makluk ciptaanNYA.segala peraturan dan hukum telah diperintahkan kepada kita.kitalah yang akan melaksanakannya.sebagai orang ISLAM wajib mematuhinya dan berdosa melanggar hukum yang telah ditetapkan.kita tidak dibenarkan mengambil atau menggunapakai apa-apa hukum selain ALQURAAN,HADIS IJMAK ULAMAK DAN QIAS.Mudah-mudahan sedikit maklumat ini dapat memberi panduan kepada mereka yang berkenaan dalam menentukan betul atau salah sesuatu peraturan itu. Kalau tak faham berkaitan hukum ALLAH maka wajib merujuk kepada yang arif.jangan kita menanggung dosa diatas apa yang kita putuskan,Wallahuallam.

Leave a Reply