Menu Utama

Kiri Kanan Dihentam Tapi PAS Masih Berharap

KEBELAKANGAN ini banyak betul bukti yang menunjukkan bahawa PAS sebenarnya sudah disisih dari Pakatan Rakyat.

(Nak kata dikeluarkan secara rasmi tidak boleh sebab Pakatan itu sendiri pertubuhan haram (tak berdaftar). Dia macam tandas awam juga, suka hati keluar dan masuk.)

Umpamanya, kenyataan Lim Guan Eng yang mempersoalkan Hadi Awang, tindakan memutuskan hubungan dengan PAS oleh DAP Sarawak serta ketiadaan PAS sepanjang kes Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Kalau dulu ada juga bayang-bayang Mat Sabu, sekarang ni, kelibatnya pun dah tak nampak lagi. Ada takde pun, kehadiran 3 ahli parlimen mewakili Lajnah ‘anak tuhan’ dalam parti itu menyokong kumpulan liberal SIS – ketika yang lain tidak berbunyi sepatah haram pun ke arah itu (menyokong SIS). 

Setakat itu saja lah penglibatan PAS dalam event yang selamat dikatakan sebagai melibatkan Pakatan Rakyat, selainnya, PAS macam tak wujud dalam gabungan politik haram itu.

Tak tahulah kalau dalam sambutan Pakatan Rakyat yang akan diadakan minggu depan bagi meraikan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang mengatakan undang-undang syariah melarang lelaki berpakaian seperti perempuan sebagai berlawanan dengan perlembagaan, PAS akan turut serta.

Begitupun, secara umumnya penulis lihat penyokong bodoh – bodoh dibawah ini masih menyangka mereka sebahagian dari Pakatan. Walhal banyak yang berlaku menunjukkan PAS sudah disingkirkan dari Pakatan.

Menunjukkan, PAS sudah tidak ada kekuatan sendiri. Apa yang mereka ada hari ini, semuanya hasil kerjasama dengan PKR dan DAP walaupun ramai tak setuju dengan hakikat ini. Mungkin mereka tak sedar bahawa sumbangan PAS dalam Pakatan setakat meramaikan dan buat benda bodoh dalam perhimpunan haram anjuran Pakatan Rakyat saja, tak lebih dari itu.

Sebab itulah agaknya,  di sebalik segala apa yang berlaku, PAS nampaknya masih berharap. Tak tahulah sampai bila semua ini kepura-puraan ini akan berterusan.






10 Komen to Kiri Kanan Dihentam Tapi PAS Masih Berharap

  1. matatelinga2012 says:

    PAS kena sujud kat DAP

  2. Uturn says:

    Selagi pas dalam pakatan selagi tu pas akan tetap menjadi baghal dan bodoh.

  3. itsme says:

    nak kata belum dikhabor, ramai pihak dah pun mengingatkannya.. jadi terpulanglah pd kepimpinan PAS.. yg pasti kita semua tdk akan terlepas dr hukuman Allah. Terpulang pd kita samada nak pilih yg mn, syurga ka atau neraka ka.. semua itu atas kesedaran dan keutamaan, jk dunia menjadi sandaran maka PAS akan selamanya duduk dlm PR, org luar dr PAS boleh cakap boleh bagitahu namun mrk dan mrk sendirilah yg menghadkannya.

  4. Anak_Nogori says:

    malang sungguh nasib PAS..maruah semakin tercalar..

  5. semangat dato' haron says:

    Ini lah contoh terbaik anasir2 luar dibawa masuk merosakkan parti. Keputusan tepat UMNO memecat si Ketum tu kalo x mungkin UMNO skrg yg berhadapan situasi yg sama. Si Ketum ibarat barah yg merosakkan apa sahaja. Tp kalo PAS hancur pun aku lagi suka.

  6. Adam Abdullah says:

    “PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Agama Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.”

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia

    Pemimpin, ahli=ahli dan penyokong PAS perlulah teruskan SEMANGAT PAS tahun 1941 sekiranya mahu terus disokpng oleh penyokong.

    Di Malaysia sekarang ini ada berbagai-bagai macam semangat yanf disebarkan di media soscial, media cetak dan juga di Parlimen dan DUN.

  7. kumbang says:

    Dah kata dah keputusan retreat pas sebulat suara sokong pas kekal dalam pakatan. Mana haron din kata nak tengok balik tahalussiyasah .mana nik abduh sanggop kah kena buli .hudud mat yaakob nak letak kat mana lim guan eng awal2 lagi kai warning. Kalu dah ada kepe tingan peribadi dan pangkat jadi lembu kerbau lah hangpa.harap jangan berlakun lagilah lepas ni

  8. sirdi says:

    Umur sdh 63 tahun, tapi masih tiada hala tuju. Dah kena hentam, dah dimalukan dgn anuar & dap pun masih nak kekal dlm PR. Memang dasar Parti Angguk Selamanya.

  9. hasnul rahman says:

    Agaknya, Pas nak tunggu keputusan kes rayuan liwat Nuar tak lama lagi.
    Kalau Nuar dikekalkan hukum penjara – kurang atau bertambah, baru Pas akan buat keputusan keluar PR.
    Sebab, bila Nuar ke penjara jawatan Ketua Pembangkang kosong. Bila kosong, ada peluang Hadi jawat jawatan itu. Elaun lebih dan kedudukan Pas dlm PR pun terangkat dikit.
    Pas akan ketuai PR pulak bila Nuar beristirehat di Bamboo River.
    Inilah yg dibimbangkan LGE dan bapaknya.
    Kalau Pas ketuai PR, undi kaum cina akan pecah sokongannya kpd DAP. Kaum imigran cina memang dari dulu tak percaya pada Pas. Kalau disuruh pilih antara UMNO dan Pas, mereka lebih senang untuk pilih UMNO.
    Tapi kerana mereka diyakinkan oleh Kit Siang bahawa kaum itu akan ada peluang berkuasa di negara ini jika sokong PR, mereka akur.
    Malangnya, belum pun tiga tahun selepas PRU 13, Pas berantakan dgn DAP dan PKR, dan Nuar pulak tak ada harapan nak jadi PM boneka mereka.
    Sudan tentu undi kaum cina lepas ni akan beralih ke BN pulak?
    Inilah yg sangat ditakuti oleh Lim dua beranak (tuan punya DAP).
    Justeru, sebelum segalanya jadi kenyataan, LGE dan bapaknya cuba perangat Presiden Pas supaya parti itu sendiri yg umum keluar pakatan.
    Biarlah mereka berentap atau bermain politik sama sendiri dlm pakatan.
    Ini permainan politik peringkat tinggi.
    Orang bawahan tak dapat mengapainya. Tak faham mainan politik pada peringkat ini.
    Wallahhua’lam.

  10. wong jowo says:

    kaum totok umno takyahla nak kutuk pas sujud kat dap..yang pembesar umno tu tak abis2 nak melutut kat mca tu tak sado ke..geli gua tengok tau…cina tak mo jadi menteri..tak abis2 di pujuk ..macamlah kalau tak de cina dalam kabinit melayu tak pandai memerintah..bodoh punya pm..geli gua..puik..tak abis2 satu malaysia..nanti satu malaysia di gadai ngan cina..tengok jelah kat cameron highland sana..ada ke tanah org melayu..kan ke bodoh punya menteri..tempat tinggi bagi cina..melayu bagi tanah paya..mana melayu nak maju..

Leave a Reply

Threesome