Menu Utama

Khalid Samad mahu Pemuda Pas bermuzakarah dengan SIS

Khalid Abdul Samad meminta pemuda PAS mengadakan pertemuan dan muzakarah dengan pertubuhan Sisters in Islam (SIS) sebelum menyatakan sokongan terhadap pengharaman pertubuhan itu.

Jelasnya yang juga ahli Parlimen Shah Alam, tindakan menjatuhkan hukuman tanpa perbincangan disifatkan satu tindakan tidak adil kepada pertubuhan berkenaan.

“Pemuda PAS harus melihat sokongan kepada fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sesuatu yang sangat serius.

“Sebelum kita hukum orang sesat atau bawa ajaran liberal atau pluralieme atau Yahudi, kita kena muzakarah, bawa berbincang…kalau hendak hukum, kena lakukan dengan cara yang adil,” katanya semasa sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah dan wakil SIS di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyatakan sokongan terhadap keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS yang mewartakan fatwa pengharaman SIS Julai lalu.

Pada Julai, MAIS mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIS kemudiannya membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkara berkenaan.

Dalam semakan kehakiman tersebut, SIS menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden, mahu membatalkan pengisytiharan fatwa itu dan mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.

Sumber Awani






27 Komen to Khalid Samad mahu Pemuda Pas bermuzakarah dengan SIS

  1. itsme says:

    masa hadi dan satu dua penceramah pas mengkafirkan umno tidak pula mamat ni bercakap begini.. SIS dgn terang menyokong gejala2 yg bertwntangan dgn islam spt pluralisne, lgbt dll itu tdk sesatkah mrk??

    kan ke dah jauh menyimpang? untung mais hanya menharamkan pertubuhan itu shj dan bukannya mengkafirkan mrk.. si khalid samad ni benar2 mulut dan hatinya busuk mcm bangkai dah la ni. zalim betul mrk.. diberi ruang utk hidup namun ini pula balasan kamu pada yg HAK.

    MAIS mempunyai beban yg sgt tinggi dlm mensyariatkan Islam bwrbanding negeri lain namun kami percaya mrk kuat dan tdk pernah gentar.. dan MAIS perlu tahu majoriti umat islam dimsia semuanya menyokong MAIS kecuali bbrp org yg alfa dan keliru dgn dunia.

  2. poyoPakatan says:

    apa dah jadi dengan Pas? dah jadi agen gerahan zionist sedunia? dahulu bukan main lagi mengkafir kan sesama islam kerana sekular dan sebagainya, ini dah memuja pula sahabat berfahaman liberalis dan pengamal pruralisme

  3. moo says:

    Bacalah Komen Tun Daim dalam The Star hari ni…

    i. Pasal 1MDB – asset RM51.4 b, Liability RM49b – wpun dapat byk projek, tapi losses RM600 mil plus. Letak duit kat Cayman Island

    ii. zaman dulu, EPU dgn Finance Minister were seperated. zaman Najib, under one Chieftain so open to alot of on going conflict of interest.

    Ooopss lupa..org UMNO baca Metro dgn TV3

  4. anakbochek says:

    Spin la macammana pun moo. Takde sapa nak ambik peduli. Duit dah tak cukupla tu kan moo, sebab tu terpaksa jadi RBA.

  5. moo says:

    Lembaga Pengarah Felcra beri bonus tidak diluluskan untuk diri sendiri

    OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

    Published: 7 November 2014

    Felcra Bhd adalah sebuah syarikat dan mereka hanya boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri jika mendapatkan kelulusan daripada para pemegang saham di mesyuarat agung tahunan. – Gambar Felcra, 7 November, 2014. Felcra Bhd adalah sebuah syarikat dan mereka hanya boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri jika mendapatkan kelulusan daripada para pemegang saham di mesyuarat agung tahunan. – Gambar Felcra, 7 November, 2014. Apa harga yang perlu dibayar jika kerja dilakukan dengan baik? Bagi ahli lembaga pengarah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bhd, mereka dibayar kira-kira RM700,000 dalam bentuk bonus tunai dan barangan, iaitu beberapa ekor lembu.

    Lembaga pengarah agensi tanah Putrajaya itu mengabaikan perintah Perbendaharaan selama tiga tahun apabila memberikan diri mereka bonus, walaupun pegawai Kementerian Kewangan
    berada dalam lembaga itu dan memimpin jawatankuasa audit.

    Tadbir urus yang lemah dan sengaja tidak mematuhi arahan Perbendaharaan disedari minggu ini melalui pendengaran di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), yang mendorong kepada gesaan agar siasatan lanjut dibuat atas kemungkinan pecah amanah.

    Terdapat juga cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat masalah ini, dan melihat ke dalam agensi kerajaan yang lain yang menyediakan bonus untuk ahli lembaga pengarah mereka.

    “Felcra Bhd adalah sebuah syarikat dan mereka hanya boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri jika mendapatkan kelulusan daripada para pemegang saham di mesyuarat agung tahunan. Perbendaharaan sebagai pemegang saham tidak pernah memberi kelulusan, tetapi mereka teruskan juga.

    “Yang lebih teruk lagi, seorang pegawai Kementerian Kewangan berada dalam Lembaga Pengarah dan ketua jawatankuasa audit. Dia sepatutnya tahu perkara ini,” kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.

    Difahamkan ahli lembaga pengarah Felcra Bhd menerima ganjaran RM20,000 bagi setiap pengarah dan RM30,000 untuk pengerusi pada tahun 2010, yang ketika itu Datuk Tajuddin Abdul Rahman, timbalan menteri luar bandar dan industri asas tani sekarang.

    Jumlah itu kemudiannya dinaikkan ke RM30,000 bagi setiap pengarah dan RM50,000 bagi pengerusi untuk dua tahun akan datang. Lembu pula diberikan sebagai pembayaran dalam bentuk benda untuk dijadikan korban pada Hari Raya Haji sekali antara tahun 2010 dan 2012.

    Juga difahamkan, wakil-wakil kerajaan dalam lembaga pengarah Felcra Bhd tidak perlu memulangkan wang kepada kerajaan walaupun pelantikan mereka adalah kerana tugas mereka, dan bukan kerana kepakaran.

    “SPRM harus melihat perkara ini kerana ini penyalahgunaan kuasa dan suapan untuk diri sendiri,” kata satu sumber PAC kepada The Malaysian Insider.

    Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata minggu ini lembaga pengarah Felcra Bhd hanya meminta persetujuan untuk memberikan bonus itu setelah wang itu diedarkan.

    Beliau juga berkata, Kementerian Kewangan menolak permohonan Felcra bagi pembayaran bonus untuk tahun 2008, tetapi Felcra meneruskan pembayaran bonus itu.

    Beliau juga berkata PAC tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Felcra Bhd dan mahukan agensi itu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk penyiasatan lebih lanjut.

    Nur Jazlan berkata Pengerusi Felcra yang baru Datuk Bung Mukhtar Radin menawarkan kerjasama dengan PAC mengenai perkara itu.

    Menurut Felcra Bhd, “saguhati” itu diberikan untuk kerja yang “sangat baik” tetapi Kementerian Kewangan tidak pernah menyetujui transaksi itu. Felcra membayar RM133,333 (pada tahun 2010), RM257,500 (tahun 2011) danRM332,500 (pada tahun 2012).

    Felcra yang pada asasnya terlibat dalam perladangan getah dan kelapa sawit, mengumumkan April lalu ia akan mempelbagaikan kegiatan dengan membesarkan perniagaan lembu dengan menyertai sebuah konsortium membeli stesen lembu Yakka Munga di Australia Barat seluas 189.700 hektar yang bernilai AU$22 juta.

    Selain daripada Felcra, konsortium itu juga termasuk penanam jagung Australia, Grain Synergy Global Pty Ltd, Pembangunan Industri Halal (HDC), dan dari Indonesia, PD Dharmajaya dan PT Agro Jabar. – 7 November, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lembaga-pengarah-beri-bonus-tidak-diluluskan-untuk-diri-sendiri#sthash.tAzyMG6F.dpuf

  6. moo says:

    ankbocek..kalau ko tak paham dan tak mau sedar, tak pe.Bagi hang billion2 tak penting. aku nak sedarkan org lain. sbb ko ni golongan yg baca akhbar Metro ja..itu aku paham, sbb tu hang jadi bodo dan masih sokong umno.

    aku nak suruh org lain baca sikit berita2 pnting..

  7. moo says:

    Former finance minister Tun Daim Zainuddin has joined the chorus of criticism against 1Malaysia Development Bhd (1MDB), saying Putrajaya should not have allowed it to keep its money overseas, reported The Star today.

    He said the sovereign fund’s decision to park its money on the Cayman had only raised more questions.

    “The fear by most people is that this is too secretive. The board should come out and explain. Why money should be put in Cayman Islands?” he asked yesterday at a luncheon talk organised by the Malaysian Industrial Development Finance Bhd.

    “I don’t think it (1MDB) has been unfairly criticised. The rakyat have the right to ask. It is only fair given that a huge sum is involved,’’ he was quoted as saying in the report.

    The fund had taken flak from the opposition and former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad over a wide range of issues, including alleged purchase of assets at inflated prices to paying high fees in its issuance of debt papers.

    “We are entitled to some answers,” Daim said in the report.

    Yesterday, Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan told Parliament that 1MDB had pulled out about 60% from its total RM7 billion investments in Cayman Islands and would bring back the remaining 40% at year-end.

    In a statement later, 1MDB said it has redeemed more than RM4 billion from its investments in segregated portfolio companies (SPCs) registered in the Cayman Islands, which represent more than half the US$2.3 billion (or about RM7.68 billion) parked there.

    The balance – of around RM3.18 billion – was expected to be fully redeemed by this month, 1MDB said in a statement yesterday.

    The Star said Daim, who served twice as finance minister during Dr Mahathir’s administration spoke for more than an hour, fielding questions from the audience on wide-ranging issues, despite by his own admission of being “unwell” yesterday.

    Daim also shared his thoughts on the current exercise to merge CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd and Malaysia Building Society Bhd (MBSB).

    “It also depends on a good business plan and capital base, alongside management.

    “It is good to have big banks. But, if not properly managed, it doesn’t mean anything,’’ Daim said in the report. – November 7, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-should-not-park-funds-in-cayman-says-daim#sthash.rtE4S1H3.dpuf

  8. moo says:

    Majority rakyat tanya soalan ni, tapi pemimpin umno buat pekak badak.

    Lepas tu suruh rakyat sokong umno. Bodonya ahli umno ni yg masih dok sokong umno… Pemimpin umno tak pe le..masyuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukkkkkkk….

  9. Adam Abdullah says:

    Saya ingin mencadangkan agar semua persatuan, pertubuhan dan NGO yang menggunakan Islam dan Muslim atau ditubuhkan untuk kemajuan dan kebajikan umat Islam/Muslimin perlulah mempunyi ahli atau penasihat yang mempunyi tauliah/pakar dalam Islam yang diiktiraf oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri, Mufti dan Masjid dimana ia didaftarkan/bergerak aktif.

    Atau mereka (Pengarah, Pengurus dan/atau Jawatankuasa Persatuan)perlulah selalu bermuzakarah dengan mereka (pakar agama Islam) supaya apa-apa perkara tentang hal ehwal, Rukun dan hukum Islam dapat dibincang, dibahaskan dan difahami agar mereka dan ahli-ahli serta penyokong persatuan tidak terkeliru, terpesong dan lari dari akidah Islam.

    Dan perkara perkara tersebut di atas perlulah dijadikan satu penetapan dalam perlembagaan persatuan kepada ROS dan perlu dinyatakan dalam minit mesyuarat persatuan berkenaan.

  10. moo says:

    adam abdullah

    Murni sungguh cadangan saudara. Err dalam UMNO tak ada kah???? sbb apa byk rasuah, maksiat, kezaliman. Tgk isteri2 Pemimpin pun suka lavish spending dan tak menutup aurat.

    Let’s start with UMNO first!

  11. bajak says:

    moo ko bg tau aku kite nok sokong parti mne plak???nk sokong pkr pn same gak sebat duit rakyat…nk sokong pas plak mcm penakut je..dap plak tolak hudud…nk pilih mne moo???

  12. jagungmentah says:

    “We are all Allah children”?hahaha…
    dah mcm kristian pon ada, “Father god, mother god, …
    mcm zaman dynasty China pon ada, “Son of heaven”..

    Sila paham surah al-ikhlas…
    Allah tidak beranak dan diperanakkan..
    Sepatutnya, “We are all Allah servant”.

    Pelik plak ahli PAS ni..kata memperjuangkan Islam..
    Fudamental pon mcm out je…
    banyak sgt berpolitik dan berstrategi agaknye…

  13. moo says:

    Bajak

    Bila PR sebat duit rakyat??? Mana siasatan MACC?

  14. moo says:

    Jagung mentah..

    Aku tak setuju dgn SIS. Golongan sekular mcm ni byk. Tapi dia org ni pun Islam jugak. Inilah hasil didikan sekular. Apatah lagi bapa kpd salah seorang pemimpin SIS itu ialah bekas ketua parti yg memperjuangkan Isle (kununnya) , dan bangsa melayu yg terbesar di Malaysia. kita tak boleh biarkan. Korang haramkan pun, mereka masih ada. Malah dia org ni ada famili, apakata kita org berdebat, supaya dapat fahamkan mereka… Bukankah itu lebih baik??

  15. jagungmentah says:

    Suka sgt berdebat-debat hang ni..heee..

    Anak dan isteri nabi nuh pon tenggelam dlm banjir besar..nabi tu..inikan pulak pemimpin biasa..ko maksudkan tun m kan?

    Aku jawab kata2 hang dlm bentuk spt dibwh boleh?mungkin boleh diaplikasi dlm kes yg disebutkan..

    Tanggungjawab manusia terhadap perintah dan larangan Allah(dlm ertikata lain, al-Quran iaitu ayat, perintah dan panduan Allah):
    1.baca ayat Allah
    2.pahamkan ayat Allah
    3.hafalkan ayat Allah
    4.amalkan ayat Allah
    5.sebarkan ayat Allah
    6.daulatkan ayat Allah

    Golongan manusia dlm melaksanakan ayat Allah:
    1.yg berkuasa:suruh, arah, hukuman,…
    2.yg tiada kuasa: ajak, nasihat, dakwah,…
    3.yg melaksanakan kuasa:yg diberi kyasa oleh yg berkuasa, penguatkuasa, polis,..

    Manusia akan dipertanggungjawabkan atas kuasa yg diberi pd mereka..so, bg yg tiada kuasa tak perlu le pandai2 nk buat spt org yg mempunyai kuasa..

    P/s :tulis kt sini pon ntah sampai kemana agaknye..heee…

  16. Mek esah says:

    Seramnya nengok makcik 3 org ni….yg sorang tu anak bekas mursyidul umno rasanya kan kan kan! …kesian

  17. moo says:

    Mak Esah

    Memang bekas mursyidul Am UMNO, tapi tettap di hati penganut agama umno ni…

  18. gambus says:

    kesian moo lembu , copy paste dan menyalak sorang-sorang , yang kelakar tu PAS dah jadi pelacur agama nak baik ngan SIS pulak kakakakakaka cakap kau serupa jilat bontot anwar laa moo lembu oiiii

  19. Adam Abdullah says:

    Moo dan jagungmentah, Kalau dah sanggup angkat pelekat yang mempunyi perkataan “We are the children of God” kira-kira dah teruklah tu. Mungkin lama sangat belajar di Eropah, USA dan Australia. Maka terikut-ikut dan termimpi-mimpi.

  20. raplahjingaa says:

    Siaaaaaaan kat hang moooo, tak dak sapa yang nak layan copy paste hang dari portal pembangkang, ni mooo aku nak tanya kat hang sikit…derma hang kat SUARAM konon-konon nak funding lawyer di Perancis, apa cerita ????

    hehehe…keling-keling SUARAM jugak yang dok gelak kat pecacai macam hang…bodoh piangg, dah lah hang jatuh papa kedana sebab minyak naik harga…hang sedekah pulak duit balen-balen dalam poket hang kat SUARAM…hehehe, kan ke bodoh namanya !!

  21. raplahjingaa says:

    Udah-udah la tu mek…hang tak tau ke, lebai-lebai kulup PAS, dok pertahankan depa la ni ?? hang apa yang hang tau…

  22. wong jowo says:

    yang kita semua tau dh kenal muka2 dalam SIS tu tak lain dn tak bukan adalah..MARINA MAHATHIR, ADIK HISAMUDIN HUSSIEN, DN SORANG LAGI BINI KHAIRI JAMALUDDIN..semua tu adalah dari keluarga orang2 kuat UMNO..jadi apa nak melalak kaitkan dengan org PAS..org PAS yang macam KHALID SAMAT MEMANG suka SIS sebab dia syok dengan salah sorang dalam SIS..biarlah khalid sorg g mutadarah ngan pompuan2 sesat tu…

  23. wong jowo says:

    yang kita semua tau dh kenal muka2 dalam SIS tu tak lain dn tak bukan adalah..MARINA MAHATHIR, ADIK HISAMUDIN HUSSIEN, DN SORANG LAGI BINI KHAIRI JAMALUDDIN..semua tu adalah dari keluarga orang2 kuat UMNO..

  24. wong jowo says:

    ORANG2 pas dengan UMNO masih boleh di pakai lagi..jangan ikut cara PKR sudah..diorg dh lagi jauh pehinya..jauh g belakang..sebab penasihatnya suka belakang punya

  25. bujuk says:

    Tak perlu tuding jari.. mari kita jaga anak2 dan generasi kita jangan sampai jadi pengikut SIS atau seangkatan dengannya. Jangan lokek duit hantar anak pergi sekolah agama… tak guna belajar sampai menara gading kalau Quran ngaji tak habis, fardhu Ain tak lepas.
    Lagi parah kalau dah penuh ilmu didada tapi nafsu masih mengejar dunia. Sanggup berpaling dari ilmu demi mengharapkan nikmat dunia yg sementara… minta dijauhkan.

  26. terangsang says says:

    orang umno yang sayang ugama tolong bagi penerangan kepada sis sampai dia orang yang meraban tebing dalam pegangan dan kepercayaan ugama dan berugama itu kembali ke jalan asal dan bertaubat. emak bapak dan suami diaorang kena main peranan bersungguh2 untuk mengajak mereka kepada anutan ugama Allah yang sebenar.jika berikhtiar sehabis usaha tetapi mereka engkar juga barulah boleh berlepas diri. parti pas ada sedikit kematangan kerana tidak setuju dengan sis ni. macam umno juga. kita orang islam cuma hendak melihat penyatuan yang sebergini.sokong pekara yang benar. umno pun sokong hudud pas..nampak2nya lah. tak kesahlah cuma pas kena kenali musuh dalam selimut. kita orang melayu terkini terpaksa meniru cina. mereka tidak kesah sokong pembangkang atau kerajaan pada satu satu masa asalkan kepentingan mereka terjaga dan membawa untung.mereka cuma ada satu semboyan sahaja. kalahkan melayu,walaupun terpaksa sokong melayu. bukan asyik mencari salah orang, berdendam dan kafir mengkafir sahaja. orang dah meluat dengan cara bodoh begitu.

Leave a Reply