Menu Utama

‘KERIS 2314’ Senjata Baharu Umno Dapatkan Kembali Majoriti Dua Pertiga

Modul latihan dikenali KERIS 2314 bakal menjadi senjata Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata modul latihan yang dirangka Biro Latihan dan Penyelidikan Umno itu dipersetujui presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibantu beberapa pakar.

Menteri Dalam Negeri itu berkata modul pengkaderan dan tarbiah itu bertujuan melahirkan Jil-Umno (generasi pewaris kepimpinan masa depan Umno) dalam usaha meremajakan parti keramat orang Melayu itu.

KERIS yang dimaksudkan adalah ‘Karisma.Ehsan.Rasional.Iltizam.Setia’.

“Bagi nombor keramat 2314 itu pula, 2.3 adalah sasaran kita untuk menebus kembali jumlah kerusi sebanyak dua pertiga pada PRU14 setelah dua penggal kita gagal, manakala 14 adalah sempena PRU14,” katanya dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan modul latihan itu perlu dihadiri anggota Majlis Tertinggi, ketua-ketua bahagian serta para perwakilan Umno.

Menyentuh mengenai isu pendatang asing tanpa izin (PATI), Ahmad Zahid berkata sehingga Isnin lepas, sejumlah 89,977 warga asing diperiksa dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan pelbagai agensi penguatkuasaan.

Daripada jumlah itu, sejumlah 27,469 adalah pendatang tanpa izin.

Ahmad Zahid berkata punca lambakan PATI di negara ini disebabkan ejen yang tamak dan tidak bertanggungjawab.

“Saya telah tegaskan, hukuman sebat perlu dikenakan kepada ejen yang menjadi dalang pemerdagangan manusia ini di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang sejajar dengan protokol Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Dalam perkembangan lain, bagi memastikan tindakan lebih tegas dan segera diambil terhadap penghasut selaras dengan pindaan Akta Hasutan 1948, Ahmad Zahid berkata akta itu dikekalkan dengan memasukkan peruntukan khas melindungi agama Islam dan agama lain.

Keputusan mengekal dan menambah baik akta itu dinyatakan Najib semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada perhimpunan parti pada Khamis.

“Itu komitmen berterusan bagi menjamin kemakmuran negara yang dikecapi kini dikekalkan,” katanya.

“Untuk rekod sehingga kini, seramai 40 orang ditahan di bawah Akta Hasutan dan tahun ini saja, 12 orang ditahan. Apabila akta ini diperkasakan, saya akan ambil tindakan segera kepada pesalah-pesalah ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Peguam Negara.

BERNAMA






11 Komen to ‘KERIS 2314’ Senjata Baharu Umno Dapatkan Kembali Majoriti Dua Pertiga

  1. […] Menteri Dalam Negeri itu berkata modul pengkaderan dan tarbiah itu bertujuan melahirkan Jil-Umno (generasi pewaris kepimpinan masa …read more […]

  2. moo says:

    Ha..ha..sekadar plan retorik umno je.. Selagi Pemimpin2 veterinar yg dah berkurun kat atas tu, jgn haraplah umno nak menang… Kalau nak menang, Najib kena turun sbb tak effektif Dan 80% pemimpin umno kena stepped down. Itu baru di panggil transformacy..

  3. moo says:

    Transformacy standard Kicap Kip as Cap Using.!

  4. raplahjingaa says:

    Hush mooo….UMNO nak menang ?? laaaa…sejak merdeka sampai hari ni presiden UMNO ialah Perdana Menteri Malaysia, tak kan hang tak tau…hehehe

  5. Badrole Amin says:

    entah apa kejadah engkau merapukan tu moo, veterinar lah berkurun lah spelling omputeh ‘transfomacy’ pun failed….macam ale uto!

    hehehehehe

    ‘Harimau Malaya’ qualified next round piala AFF Suzuki, yeah! yeah!

  6. Badrole Amin says:

    entah apa kejadah engkau merapukan tu moo, veterinar lah berkurun lah…berkurun tu bermaksud beratus tahun…orang gila kuasa macam KETUM dan lim anak beranak je yang boleh kekal berkurun atas takhta parti masing-masing…macam ale uto!

  7. bujuk says:

    Buatlah KERIS ke PEDANG ke.. kalau tahap pemimpin UMNO yg ada sekarang, BN akan hancur. Modul cantik.. tapi kalau takat atas kertas tak jadi apa. Macam akta hasutan juga, kalau cakap bergegar2.. tapi bila kena batang hidung tiada tindakan siapa nak sokong?
    Tuan2 sendiri timbang la… apakah pemimpin yg ada dalam umno sekarang boleh ikut modul keris tu, takat nak hangatkan PAU boleh la. Bila balik kawasan masih buat perangai yg sama.

  8. syaa says:

    perangi persepsi negatif.persepsi negatif membuatkan rakyat tolak bn dan umno.

  9. PakChak says:

    Betul tu, semuanya persepsi. Pembangkang berjaya memberi gambaran yang amat negatif tentang UMNO dan rakyat terpengaruh. Walhal apa yang negatif didalam UMNO juga ada disebelah pembangkang. Kegagalan UMNO ialah kerana tidak mampu menangkis propaganda lawan.

Leave a Reply

Threesome