Menu Utama

Kerajaan Tangguh Kenaikan Tol 20 Lebuh Raya Libatkan Pampasan RM558.69 Juta

Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM558.69 juta dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi berikutan rancangan tidak menaikkan kadar tol 20 lebuh raya tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata 17 daripada lebuh raya berkenaan akan menerima pampasan tahun depan manakala selebihnya pada 2016.

“Peruntukan yang diluluskan kepada Kementerian Kerja Raya bagi bayaran pampasan adalah RM458 juta, manakala peruntukan tambahan bagi pampasan tol ini akan dipohon pada pertengahan 2015,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau berkata pampasan itu berdasarkan formula pengiraan pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Lebuh raya yang terlibat dengan penangguhan kenaikan tol ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Kuala Lumpur-Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penguraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Storm Water Management and Road Tunnel (SMART), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Sungai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur Satu (LPT1), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (GrandSaga), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA).

Dalam pada itu, Rosnah berkata pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) di Kelantan melibatkan jajaran Kuala Terengganu-Besut-Setiu-Kelantan akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11.

Lebuh Raya Pantai Timur melibatkan tiga fasa dan hanya LPT3 yang belum bermula projek pembinaannya.

Rosnah berkata berdasarkan laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Semenanjung Malaysia Fasa 1, projek LPT3 berpotensi dilaksanakan menggunakan kaedah penswastaan.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat konsesi yang cuai dalam menjalankan projek penurapan jalan terutama berkaitan dengan kualiti penurapan.

Katanya ini termasuklah mengeluarkan amaran dalam bentuk ‘Non Compliance Report’ (Laporan Tiada Pematuhan) (NCR) dan pemotongan bayaran kepada syarikat konsesi terlibat.

Beliau berkata kualiti penurapan jalan perlu mematuhi piawaian ditetapkan oleh cawangan kejuruteraan teknikal Jabatan Kerja Raya yang telah digubal oleh piawaian antarabangsa.

Rosnah berkata pihaknya juga akan memantau perkembangan projek penurapan jalan melibatkan pegawai di peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat atasan.

BERNAMA






14 Komen to Kerajaan Tangguh Kenaikan Tol 20 Lebuh Raya Libatkan Pampasan RM558.69 Juta

  1. Uturn says:

    syukur alhamdulillah

  2. raplahjingaa says:

    Sebelum bayar pampasan, pi round dulu highway ni semua, ada yang dah macam jalan kampung, lubang sana sini, lepas tu tolak pampasan, sebab service tak memuaskan. Baru adil.

  3. moo says:

    tU LAH PASAL KENA COLLECT GST LEBIH…

    Anyway aku hairan, kalau korang gi ke Australia, UK hatta Thailand, betapa murahnya toll road sana. Jalan kebajikan kerajaan. Kat Malaysia, minyak murah yes, tapi kalau campur toll, mahal la. Ie London ke Manchester, jarak mcm KL – Butterworth tapi toll dalam 5 pound (macam RM5-RM6 la), tapi KL – Butterwworth dalam RM40. mahalnya….

  4. moo says:

    Dok kat KL semua jalan bertoll, mampukah kerajaan buat jalan yg free or toll murah?? ie kalay NKVE Dsra ke shah alam RM3.30 , boleh tak RM1.50 ja..?? Kurang la kos rakyat. Ini yg kaya syarikat2 konsesei. aku nak tanya, kerajaan malaysia ni nak tolong syt2 Konsesi atau nak tolong rakyat. Kalau rasa nak tolong syt2 konsesi, baik resign dari jadi Menteri, jadi director syt2 tersebut. he..he..

  5. WTF says:

    Hehehehehe, apa kaitan GST dgn kutipan tol pulak ni Moooooh!!!

    Moooooooh, university mana Mooooooh pergi dulu yg ajar Moooooooh convert currency dari GBP 5.00 kepada MYR 5-6 ni????

    TERENCAT KER HANG NI MOOOOOOOOH!!!! WAKAKAKAKAKAKAKA!!!!

  6. WTF says:

    Ish….selama ni Pakatan Rakyat takder pun cerita macamana nak capai salah satu MANIFESTO PRU13, iaitu semua tol lebuhraya dalam Malaysia DIHAPUSKAN!!!

    Cerita sikit Moooooooh, macam mana Pakatan Rakyat nak hapuskan semua tol lebuhraya dalam Malaysia!!!

    BTW, KIDEX tu bila Azmin Ali selaku MB Selangor nak batalkan Moooooooh!!!!

    Hehehehehehehehe!!!!!

  7. anakbochek says:

    Mooo jangan lupa yang LGE nak buat terowong bawah air yang berharga berbillion-billion sedangkan kerajaan pusat sudah membuat jambatan kedua. Tak silap terowong tu pun bukan percuma, kena bayar jugak.

    Sejak bila kau mengakui yang Malaysia minyak murah mooo (Kat Malaysia, minyak murah yes,). Apasal tiba2 berubah hati pulak?

  8. raplahjingaa says:

    London ke manchester berapa gunung yang terpaksa di potong mooo ?? berapa jejambat yang terpaksa di buat and berapa jambatan yang terpaksa di lalui ??

  9. WTF says:

    Tahu pun Mooooh yg purchasing power matawang sana lebih tinggi, buat apa lagi Moooooh nak compare toll rate antara Manchester ke London at GBP 5.00 (yg Mooooooh kata setakat MYR 5 – 6, tapi sebenarnya tak betul kiraan tu) dan toll rate kat Malaysia antara KL – Butterwworth adalah MYR 40.00!!!

    Tapi Mooooh MASIH tak terangkan kaitan antara GST dgn Toll Rate kat Malaysia!!!

    Kalau setakat Mooooooh cerita pasal buying retail price of Volswagon Polo kat UK at GBP 14k, tapi awat org2 UK kata nak maintain kereta kat UK ni MAHAL!!!!

    http://www.express.co.uk/news/uk/445315/3-500-a-year-bill-to-run-a-car-makes-UK-dearest-in-world

    Dan apasal Moooh ambik comparison harga BERPILIH setakat kereta dan air coke jer???

    Bukankah Moooooh dalam article lain nasihat pasal beli properties and kereta punya price akan depreciated!!!

    Mooooooh ceritalah perbezaan harga properties kat London dan Kuala Lumpur!!!

    Moooooooh bukan setakat KATAK BAWAH TEMPURUNG, nasihat Moooooooh sendiri suruh beli properties pun tak ikut!!!

    Hehehehehehehehehe

  10. wong jowo says:

    tol takmo naikla dey..kon tol naik je takpe..hahhaha

  11. Mek esah says:

    Cukup le bersandiwara umno bn…puluhan tahun …sembang je kencang…nasib baik le rakyat banyak yg tak berapa cerdik….umno cukup pakar dalam bab ” menggoreng”

  12. WTF says:

    Hehehehehehe….buat highway kat Kelantan pun tak reti, lepas tu seorang cerita pasal kontol dan seorang lagi cerita pasal goreng!!!

    http://www.mykmu.net/2014/10/lebuhraya-kelantan-bukan-tanggungjawab-kerajaan-pusat/

    “Bijak” sungguh mereka berdua ni!!!

    Hehehehehehehe!!!!

Leave a Reply