Menu Utama

Kerajaan Pulau Pinang ‘hilang’ RM800 juta?

imageWakil rakyat Barisan Nasional (BN) mendakwa keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah seluas 48 hektar (102 ekar) di Bayan Mutia­ra kepada sebuah syarikat pemaju pada harga yang sangat murah menyebabkan negeri ini ‘hilang’ hasil sebanyak RM800 juta.

Sambil mendakwa urusan berke­naan berlangsung dalam keadaan meragukan dan mempunyai unsur ‘skandal’, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid ketika sidang akhbar menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan terperinci.

Sebelum itu, sewaktu sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN- Teluk Bahang) mendedahkan tanah berkenaan dijual pada harga RM240 bagi sekaki persegi.

Katanya, harga itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan harga jualan sebuah syarikat swasta yang memiliki tanah bersebelahan dan menjualnya pada nilai RM420 sekaki persegi.

“Urus niaga oleh kerajaan negeri berlangsung pada 25 Julai 2011 dan syarikat swasta itu pula menjual lebih awal iaitu pada Mei tahun sama. Jadi, mengapa harga tanah itu jadi murah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shah Headan Ayoob, keputusan berkenaan menyebabkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kehilangan ‘peluang’ dan beliau turut mempersoalkan sama ada Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mendapatkan khidmat juru runding hartanah untuk mengetahui nilai sebenar tanah di situ.

Beliau berkata, jika harga jualan yang ditawarkan itu dibuat selepas mendapatkan masihat juru runding, nilai jualan berkenaan tidak masuk akal serta perlu dijelaskan kerana membabitkan wang rakyat.

“Selama ini, kerajaan negeri sering melaungkan prinsip ketelusan dan cekap tetapi ia tidak dilaksanakan dalam hal ini malahan seolah-olah telah dimanipulasikan oleh sebuah syarikat swasta disebabkan perjanjian jualan yang bersimpang-siur,” katanya.

Pada ketika ini, tiada seorang pun wakil penyokong Kerajaan DAP Pulau Pinang bangun me­nyanggah hujah berkenaan walaupun sebelum itu R.S.N Rayer dan Wong Hon Wai bertalu-talu membangkitkan isu isteri Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid kemudiannya mencelah dengan mendakwa, perjanjian itu bukan sahaja meragukan malahan kaedah pembayaran yang dipersetujui juga memakan masa yang panjang.

“Saya juga mahu tahu sama ada perjanjian tempoh bayaran itu dipatuhi atau sebaliknya,” katanya.

Sumber Utusan.






17 Komen to Kerajaan Pulau Pinang ‘hilang’ RM800 juta?

  1. […] Katanya, harga itu jauh berbeza jika dibandingkan …read more […]

  2. Uturn says:

    Ye ke? Dap menipu? Hahahaha dap kan parti tahap,dewa…..telus, tak rasuah……hahahahhaa. Celaka dap ni.

  3. moo says:

    Pesal article di atas buat tanda (?), kalau betul, tak payah buat tanda soal. Buat Laporan MACC terus. sure MACC akan pantas bertindak.

    Kalau betul salah, selepas siasatan telus, ambik je tindakan…

    Perasuah has no place in PR.

  4. moo says:

    Ahli Parlimen DAP Dr Ong Kian Ming mendakwa Putrajaya cuba menyembunyikan perbelanjaan RM30 bilion sebuah syarikat kecil milik Kementerian Kewangan – Pembinaan PFI Sdn Bhd – yang pada 2012 mempunyai liabiliti ketiga terbesar di antara semua syarikat milik kerajaan.

    Katanya, laporan terbaru Ketua Audit Negara menunjukkan PFI memiliki liabiliti RM27.8 bilion setakat 2012 menjadikannya ketiga terbesar selepas Petronas dan Khazanah Nasional.

    “Namun tidak seperti Petronas dan Khazanah, dua syarikat milik kerajaan yang mendatangkan keuntungan pada 2012, Pembinaan PFI tidak mempunyai aliran keuntungan sendiri,” kata ahli Parlimen Serdang itu dalam kenyataan hari ini.

    “Berdasarkan rekod syarikat, Pembinaan PFI menjalankan perniagaan ‘mencari dana bagi mendapatkan projek kerajaan’,” katanya.

    Laporan The Edge mendedahkan PFI ditubuhkan bagi mengagihkan perbelanjaan RM20 billion di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dari 2006 hingga 2010 di mana kontrak PFI sebaik-baiknya diberikan kepada kontraktor Bumiputera berskala kecil.

    Kontrak di bawah PFI diberikan kepada kontraktor Bumiputera berskala kecil. – 13 November, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-selindung-perbelanjaan-rm30-juta-syarikat-milik-kerajaan#sthash.C7EnWsVJ.dpuf

  5. moo says:

    Betul ka kontrak dapat kat Kontraktor Kecil Bumi?? Hatta kontrak print label arak RM77 juta pun dapat kat keluarga Hishamuddin, pemimpin Isle Umno..

  6. moo says:

    Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.

    Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.

    “Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa,” katanya hari ini.

    Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul “The Colour of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.

    Lebih membimbangkan Daim adalah hartanah kini sukar untuk dimiliki khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi.

    “Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini.

    “Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal,” katanya.

    Daim menegaskan rakyat Malaysia masih tidak mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai yang masih berpendapatan di bawah tahap kemiskinan.

    “Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan,” katanya.

    Walaupun negara memiliki pengguna barangan mewah terbesar di rantau Asia, Daim berkata masih ramai rakyat yang masih terpaksa bergelut dengan kehidupan.

    “Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari.”

    Pentadbiran Najib menyasarkan negara beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    Bagaimanapun, usaha tersebut dilihat tidak memberi gambaran sebenar terhadap situasi kewangan dan ekonomi rakyat Malaysia, malah satu kajian bersama Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati jurang semakin melebar di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan pemilikan rumah.

    Menurut data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana persaraan terbesar di Malaysia, pekali Gini daripada akaun simpanan meningkat daripada 0,643 pada 2004 kepada 0.661 pada 2013.

    Gaji pekerja berumur 26-35 juga berkembang pada kadar lebih perlahan daripada 2004 hingga 2013, dan tertinggal di belakang pendapatan yang berumur 40 tahun ke atas, kata mereka.

    Sementara itu dalam sektor awam, pangkat pengurus dan profesional berkembang lebih cepat secara tidak seimbang sejak 1999 hingga 2012, menurut kompilasi mereka daripada Senarai Pekerjaan Kementerian dan Jabatan dalam Anggaran Belanjawan Persekutuan.

    Kaji selidik itu juga mengatakan pekali Gini Malaysia berkaitan hartanah kediaman dijual tahun meningkat daripada 0.51 pada 1996 kepada 0.53 pada 2011, menurut perkiraan mereka berdasarkan data daripada Napic.

    “Nilai harta yang dibeli pembeli atasan berkembang lebih cepat daripada harta yang dibeli pembeli ‘low-end’ sepanjang tahun,” kata kajian tersebut.

    Bahagian daripada jumlah nilai harta dengan bahagian bawah 20% dari 2006 hingga 2011 kekal tidak berubah pada 5%, manakala 10% menikmati pertumbuhan daripada 35% kepada 40% dalam tempoh yang sama, menurut data.

  7. Mak Nyemah says:

    Lim Guan Eng: Racist grandmother…

  8. Memang Terok says:

    Mana boleh hilang duit. DAP sebuah parti yang telus, mulus, tidak rasuah, cekap dan amanah…. ishk, ishk… tak mungkin hilang duit sebanyak itu.

    Abis, duit itu kemana ? Tak kan nak buang bawah jambatan kot.
    Cuba ko jawab
    Cuba ko jawab
    Cuba ko jawab

  9. raplahjingaa says:

    Tu la masaalahnya dengan macai-macai ni semua, dan sebab itulah DAP sedaya upaya nak kekalkan macai-macai melayu dalam pembangkang. DAP kalut dok buat duit, penuhkan karung guni masing-masing…depa hanya bagi nasi sebungkus dengan teh ais pada macai macam mooo, maka berpinau la mata macai, segera divert issue merata alam.

  10. Iken says:

    Kawan aku dari Penang cakap nak beli apartment kat penang pun tak mampu….apa lagi nak beli rumah teres….semua apartment di sapu bersih pelabur dari Cina, Taiwan, Hong Kong dan Singapura…dia cakap kalau goreng kueh teow (dkt Gurney drive) dari pkl 7 pagi sampai 11 malam untuk 30 tahun pun x mampu nak beli rumah….ramai terpaksa cari alternatif di seberang perai….Guan Eng ni khidmat utk local ke foreigner?…mana itu dasar CAT?….atau kucing kurap?

  11. system baru says:

    moo jawab kenapa hilang 800juta itu ia jangan cuba tukar faktar ia . Lupa nak cakap di dewan dun p.pining dap pun mengaku tak manpu buat rumah kos rendah untuk penduduk p.p., rakyat pedulik apa hutang negara malaysia kalau asalkan negara tak bankrap. kalau 80% rakyat p.pining duduk rumah sewa dan duduk bawah jambatan Nak salahkan bn juga ke rakyat akan tendang dinasti lim kelaut ia ingat itu

  12. system baru says:

    moo jangan lupa kereta mewah s class dap pun menipu harga 250k. Orang kampung pun tahu kereta mewah s class harga 700k .cari aje harga macam2 jenis kereta di computer. Sebab itu dap tak boleh tipu orang kampung ia

  13. Ada apa says:

    Moo…tajuk topik kerajaan pulau pinang hilang? 800j bukan cerita lain…kalo hang nk bncg cerita lain, p la bkk topik lain.akai xdak nak ulas,xyah ulas la moo.duk diam sudah

  14. samad says:

    800 juta tu mesti silap kira. Alasan dia pakai dia silap tengok 42 ke 24 terbalik.

    bajet terowong pun dia silap kira. di nasihatkan supaya dia tukar kanta mata yang lebih tebal untuk mengatasi masalah ni.

  15. WTF says:

    Macam mana tak silap kira bro Samad, DAP mengaku yg ahli2 DAP tak tahu guna Microsoft Excel masa kira undi ketika pemilihan CEC!!!

    Tulah betapa BEBALnya DAP itu!!!

    Tapi MACAI macam Mooh, anguk2 kata DAP hebat!!!

    Pilah MABOK Mooh!!!

  16. wong jowo says:

    POLAU PINANG KAN NEGERI DI PERINTAH BABI..BABI MANA LEH AMIK DUIT..DUIT TU ILANG DI CURI TOYOL ..

Leave a Reply

Threesome