Menu Utama

Kerajaan dan Petronas Bayar RM 1.6 Bilion kepada TNB Elak Kenaikan Tarif Elektrik

Kerajaan dan Petronas bersetuju untuk membayar RM1.6 bilion kos pengeluaran tenaga, untuk mengelak Tenaga Nasional Bhd mengenakannya ke atas pengguna.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan akan menyerap sekitar RM840 juta. Petronas pula akan menyerap RM830 juta lagi dengan tidak menaikkan harga gas yang dibekalkan kepada IPP.

Kadar tarif elektrik sepatutnya dinaikkan pada bulan Julai 2014, dan keputusan kerajaan itu mengelak pengguna dikenakan tambahan 3.11 sen per kilowatt, katanya.

Ongkili berkata kerajaan membuat keputusan itu bagi mengelak rakyat merasai kesan daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan.

Katanya, ia merupakan jumlah penjimatan selepas rundingan semula dengan generasi pertama Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Tindakan ini membolehkan kadar elektrik kekal sehingga JUN 2015 sebelum dipertimbangkan semula kerajaan.

Oleh itu, katanya, semua perniagaan juga boleh mempersiapkan diri mereka dengan mengetahui bahawa tidak akan ada kenaikan tarif elektrik bagi 12 bulan yang akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengguna dan industri perlu bersedia untuk berdepan dengan perubahan tarif itu selepas Jun 2015 kerana baki simpanan daripada rundingan semula dengan IPP tidak cukup untuk menyerap satu pusingan lagi ICPT (Imbalance Cost Pass Through).

ICPT berlaku setiap enam bulan dan melibatkan kajian semula harga harga tenaga dan kenaikan tarif.

Sehubungan itu, Ongkili merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk terus menjimatkan tenaga dengan menggunakannya secara bijak dan mengelak pembaziran.



« (Previous News)



10 Komen to Kerajaan dan Petronas Bayar RM 1.6 Bilion kepada TNB Elak Kenaikan Tarif Elektrik

  1. […] Katanya, ia merupakan jumlah penjimatan selepas rundingan semula dengan generasi pertama Penjana Tenaga …read more […]

  2. tony gunawan says:

    tak payah umno memberi alasan kenapa tarif tak naik,tarik elektik di malaysia naik akibat pengurusan tidak cekap kerajaan ,itu saja!

  3. semangat dato' haron says:

    Habis tony, tarif air naik di Pulau Pinang kerana kecekapan pengurusan Dap ke?

  4. mzma says:

    X tahu lerrr TNB, kata baru nie untung RM6.5b… naik RM1.7b dari tahun lepas… Kenaikan bukan sebab kos bahanapi meningkat tetapi lebih kepada nak cover balik CAPEX 2014-2017 bernilai <RM24b atau <RM6b setahun..

  5. Pak Tho says:

    Untung berbilion setahun, tarif naik gak. Macam gampang.baik kerajaan atau pembangkang sama je, 2 2 macam gampang gak.

  6. itsme says:

    matlamat penubuhan glc yg dahulu bg memberi khidmat yg cekap dan tanpa kerugian kini telah berubah kpd mencari keuntungan sbg tanda aras kemajuan dan kejayaan. Jika faktor kejayaan ini menekan rakyat jadi tidak perlulah adanya glc lagi. Sistem kapitalis yg diguna pakai oleh keeajaan kini benar2 memberi impak yg mendalam kpd sosio ekonomi sesebuah negara spt msia. jika dilihat dgn mata kasar glc spt ini ber-kpi-kan kpd keuntungan dan ini tdk sepatutnya terjadi lebih2 lg kpd 3 bahan asas utama spt air, myk dan elektrik. Sebagai tonggak kpd segala kenaikkan harga bg barangan lain rasanya kerajaan seharusnya sudah mengambil satu pendekatan yg berbeza dan cara atau kaedah yg digunapakai hr ini memberi input kpd rakyat yg pengurusan glc kita bukanlah professional malah ianya sama perniagaan pasar mlm yg kerap bertukar harga bg keuntungan yg berlipat ganda.

    dasar kpi keuntungan yg digunapakai seharusnya ditukar kpd sesuatu yg memberi rakyat daya beli yg tinggi dan ini akan memastikan kdnk negara akan sentiasa brd pada tahap yg memberangsangkan setiap tahun namun dgn kenaikkan tiga bahan asas utama kini rakyat seakan tdk mempunyai pilihan yg lebih baik selain dr mengikat perut dan berdikit2 dlm byk hal. Pendekatan kpd permasaalahan ini bukanlah suatu yg baru malah ianya satu simple yg rata2 orang pun boleh buat. Ini dgn sendirinya memberi tahu kita bhw ketidakcekapan kabinet melestarikan impian rakyat sgt tdk berkesan dan lapuk. lapuknya pendekatan yg digunakan samalah spt lapuknya umno dan seharusnya rakyat sudah boleh memikirkan alternative lain yg lbh menyakinkan walaupun pr bukanlah satu pilihan.

    mungkin ada parti2 lain spt ngo2 islam yg berkaliber boleh dijadikan sbg loncatan utk rakyat dlm membentuk sebuah kerajaan yg perihatin dan sentiasa berjuang utk semua manusia dimsia dan bukan hanya.kpd konglomerat tertentu.

  7. moo says:

    PTPTN nak cut spending. Yang ni pulak projek untuk is keluarga Yeoh Tiong Lay YTL – Hidup Melayu! Hidup Umno!

    RM1 billion 1BestariNet used by less than 3% of pupils, says DAP lawmaker

    Published: 6 November 2014

    The 1BestariNet project‎ has turned into another white elephant with few pupils interested in the e-learning tool. – The Malaysian Insider pic, November 6, 2014.The 1BestariNet project‎ has turned into another white elephant with few pupils interested in the e-learning tool. – The Malaysian Insider pic, November 6, 2014.After more than two years and more than RM1‎ billion spent on implementing the 1BestariNet project in all schools nationwide, less than 3% of pupils are using the facilities, said DAP lawmaker Zairil Khir Johari today.

    The 1BestariNet project‎ is aimed at installing high-speed 4G broadband across all 10,000 schools throughout the country, as well as a Virtual Learning Environment (VLE) platform for e-learning, the Bukit Bendera MP said.‎

    “According to the education minister, to date, a total of 8,886 schools have been equipped with the 1BestariNet infrastructure.

    “However, data for the week of September 5 to 11, 2014, shows that only 137,237 pupils logged into the VLE system.

    “Out of this number, only 76,096 or 55% actually used it for more than 30 minutes that week,” said Zairil in a statement.

    He said this meant about only 15 pupils per school used the system, and those who used it for more than 30 minutes a week averaged at nine per school.

    ‎”The project, which began its rollout more than two years ago, has cost taxpayers more than RM1 billion, broken down into RM663 million for a 2½-year broadband Internet contract, RM250.3 million for VLE licensing fees and RM262.8 million for management and maintenance costs.”

    Zairil said that while he did ‎not dispute the use of IT in schools, the wisdom of rolling the system out in all schools at one go without taking into account factors, such as local context, capability of teachers and ability of pupils to utilise the infrastructure was questionable.

    He expressed concern that the 1BestariNet project would ultimately suffer the same fate as the Policy of Teaching Mathematics and Science in English (PPSMI), in which more than RM3 billion was spent on Information Technology (IT) hardware that mostly remained unused.

    “With such disappointing numbers, the ministry must answer whether the YTL, the telecommunications giant that was awarded the project, will receive a contract extension.

    “At the same time, the ministry must also explain how it intends to encourage greater use of this system and ensure billions of taxpayers’ money is not wasted on another white elephant.”

    The Education Ministry was allocated RM56.6 billion in the Budget 2015, but only 7.5% was for development while 92.5% of the funds went to operation expenditure, Zairil had previously said.

    After the budget was announced, the DAP lawmaker had expressed worry that the increase of nearly RM200 million for infrastructure would turn into ‎”white elephants”, such as 1BestariNet, which he claimed only benefited certain companies. – November 6, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rm1-billion-1bestarinet-used-by-less-than-3-of-pupils-says-dap-lawmaker#sthash.RyWX1NtL.dpuf

  8. dkds says:

    dah agak dah, bila kerajaan bantu rakyat dikatakan macam-macam….

  9. Jambol says:

    Rakyat hairan dan sangat-sangat keliru, TNB untung berbilion-bilion ringgit, tetapi tarif letrik masih nak dinaikkan dengan alasan untuk mengurangkan subsidi kerajaan. Tidakkah bolah jika subsidi dikurangkan ke tahap yang tidak banyak menjejaskan keuntungan TNB tanpa melibatkan kenaikan tarif letrik ?

    Kerajaan juga perlu melihat dengan teliti pengurusan dan pentadbiran TNB yang kita semua tahu kurang cekap. Banyak perbelanjaan yang boleh diselamatkan.

Leave a Reply

Threesome