Menu Utama

Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Lelaki Berpakaian Wanita Mengejutkan – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan.

“Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan.

“Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh ‘mencelah’ untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula.

“Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya,” katanya.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.

Bernama






12 Komen to Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Lelaki Berpakaian Wanita Mengejutkan – Muhyiddin

  1. […] “Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir …read more […]

  2. Uturn says:

    harap peguam negara dan majlis agama cepat bertindak…tpm dah bagi “greenlight” tu

  3. itsme says:

    pertama2nya peguam tu jgn pakai lagi.. hakim tu pun sama jugak.. langkah segera okeh tpm memberi sedikit cahaya namun apapun enakmen dan akta undang2 syariah seharusnya mendahului undang2 sivil bg semua penganut islam. begitulah halnya apabila org islam yg menukar agama hendak nenukar nama & agama kpd kristian atau sebagainya.

  4. raplahjingaa says:

    Mahkamah rayuan mengikut arahan anwar ! hehehe…

  5. BenSelamat says:

    Siapa lagi dua orang hamim mahkamah rayuan itu . perlu disiasat mereka ini adakah ada kecenderongan kearah benda yang sama. Kita blh petitions sbb musuh islam bukan sahaja dari luar ttp juga dari dalam.

  6. wanderus says:

    Dua orang lagi hakim tu adalah Aziah Ali & Lim Yee Lan. Untuk makluman para pembaca, hakim hishamudin yunus adalah seorang hakim yang sangat bebal yang berotak keldai! dia kononnya hakim populist@hakim rakyat [konon] yang akan memenangkan individu@underdog apabila lawan pihak berkuasa atau syarikat besar tapi cara dia tak kena. Semasa prosiding, segala perkataan dia akan salin dalam buku besarnya walau pun perkataan2 tu bodoh & tak relevan. Dia dah banyak buat keputusan bodoh sebelum ini. Presiden mahkamah rayuan pun satu lagi bebalist. kena pilih hakim non-muslim dalam koram?

  7. ToraTora says:

    Perkara yang betul semakin jadi tak betul..lepas ni tengoklah kalau (aku rasa bukan kalau tapi confirmed)Anwar disepak masuk ke lock up semula,pasti akan berlaku lagi rayu-rayuan dibuat lagi atas keputusan yang betul yang dah dijatuhkan..tak paham sungguh

  8. wong jowo says:

    takkan muhyidin cuma terkejut je..aku pun boleh cakap terkejut..takkan timbalan pm terkejut..napa tak kejutkan pm sekali..ataupun pm terkejut jugak…last nanti cuma terkejut je..sambil sengih …melaungkan satu malaysia..puik

  9. semangat dato' haron says:

    Antara ahli neraka yg paling dahulu masuk adalah hakim yg x adil. Meletakkan sesuatu hukum di tempat yg salah ada suatu bentuk ketidakadilan.

  10. dkds says:

    harap peguam negara ditukar, kerana sejak dia menjadi peguam negara banyak sangat undang-undang yang kita dicabar dan kalah di mahkamah, sehinggakan benda yang sepatutnya boleh ditangani dengan lebih awal tidak mampu dia tangani

  11. buana says:

    apakah motif sebenar hakim dan peguam tersebut…kalau ikut logik akal pun benda ni takkan berlaku…

Leave a Reply

Threesome