Menu Utama

Kenyataan Media Mengenai Keputusan Makamah Rayuan Berkenaan Sister In Islam (SiS)

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DI JABATAN PERRDANA MENTERI
YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BERKENAAN SEKSYEN 66 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992 DAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH SISTERS IN ISLAM (“SIS”) TERHADAP KEPUTUSAN FATWA DI NEGERI SELANGOR BERKENAAN PEMIKIRAN LIBERALSME DAN PLURALISME AGAMA

1. Sepertimana yang kita sedia maklum, Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 telah membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, telah memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

2. Peruntukan berkenaan larangan bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita adalah bertujuan untuk mencegah berkembangnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang secara jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Semua pihak perlu memahami bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Dalam hal ini, bagi menjaga kepentingan Islam rayuan perlu dibuat dalam masa yang ditetapkan kepada Mahkamah Persekutuan kerana ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri sebagai badan yang memelihara kepentingan umat Islam. Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan turut memohon untuk mencelah dalam prosiding ini apabila pihak yang berkenaan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, memandangkan rayuan ini amat penting sebagai satu usaha untuk menentukan bidang penguatkuasaan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri, serta ajaran Islam itu sendiri perlu dipertahankan dengan apa jua cara dan keputusan ini akan memberikan kesan kepada peruntukan undang-undang yang sama di negeri-negeri lain.

4. Selain itu, tindakan Sisters In Islam (SIS) yang mencabar Fatwa berkenaan dengan fahaman Liberalisme di Selangor melalui Mahkamah Sivil merupakan suatu tindakan yang cuba mengheret Institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes berkaitan fatwa ESQ Leadership Centre Sdn Bhd pada tahun 2010 pernah menolak permohonan pihak yang mencabar Fatwa di Mahkamah Sivil atas alasan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa dalam mendengar kes-kes berkaitan fatwa dan syariah.

5. Kita menyedari akan agenda di luar Islam yang bersungguh-sungguh untuk memesongkan akidah umat Islam melalui pelbagai cara. Oleh itu, adalah penting umat Islam untuk berwaspada dengan fahaman ini demi mempertahankan akidah Islam. Di samping yang sama, institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri harus berganding bahu bersama dalam menghadapi gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahad, 9 November 2014






14 Komen to Kenyataan Media Mengenai Keputusan Makamah Rayuan Berkenaan Sister In Islam (SiS)

  1. Uturn says:

    Org islamkena bersatupadu dlm hal ini utk menentang mereka yg cuba memesongkan akidah kita. Jangan biarkan mereka memecahbelahkan umat islam di malaysia.

  2. itsme says:

    mohon kerajaan utk mewartakan enakmen didlm undang2 sivil utk tdk membolehkan mana2 kes2 yg bersangkutan dgn akidah dan ajaran Islam mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah utk dibicarakan dimahkamah sivil. Kesemua kes2 yg bersangkutan dgn individu Islam haruslah didengar didlm mahkamah syariah yg mana hakim2nya tlh diberi tauliah dan mahir dlm mengwndalikan kes2 berkaitan Islam. Bagi mana2 pihak bkn Islam yg cuba utk mempertikaikan Islam maka nolehlah membuat tuntutan mrk dimana2 mahkamah syariah juga, dgn cara ini sedikit sebyk dpt mendakwahkan mrk disamping menegakkan dan mempwrtahankan hukum2 Allah agar ianya tiada laginkekhilafan dikalangan rakyat Msia.

  3. […] 1. Sepertimana yang kita sedia maklum, Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 telah membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Rayuan membatalkan …read more […]

  4. hajimat says:

    Singa tak kan berani dekat kalau rusa-rusa bersatu dan menghunus tanduk-tanduk mereka sungguh-sungguh.

  5. wong jowo says:

    hakim yang bersidang tak belajar agama islam..sebab tu mereka berani membuat keputusan yang menyalahi hukum islam..dengan memberi alasah hak asasi manusia..tak mustahil satu hari nanti orang mengongkek tepi jalan pun tak boleh disabit kan bersalah atas alasan hak asasi manusia..

  6. semangat dato' haron says:

    Orang yg belajar tinggi sampai keluar negara ni cenderung berfahaman liberal.

  7. bujuk says:

    Inikah yg dikatakan umat Islam akhir zaman nanti banyak.. tapi mereka umpama buih dilautan. Kita ramai tapi tiada kekuatan dan suara. Hairannya bila umat Islam yg berkuasa boleh terlepas pandang isu2 seperti ini. teruk sangatkah pengetahuan Islam Hakim rayuan dalam isu ni?
    YDPA mohon tubuh tribunal untuk pecat hakim yg terlibat supaya tiada lagi tangan NAKAL untuk persendakan hukum Islam. Mahkamah persekutuan sepatutnya tiada HAK untuk membicarakan keputusan dimahkamah Syariah. Apa guna mahkamah syariah jika hukuman yg dijatuhkan boleh disanggah mahkamah lain.

  8. terangsang says says:

    sis bukan sisters in sisters ke? pas parti angkat sisters, eh entah apa benda sis ni dangkal sangat.

  9. EVLee says:

    Aloo … Boss Trgsg, mana mai ‘parti angkat sisters’ ni pulak? Kih kih kih

  10. gambus says:

    hahaha macam PAS laa bujuk melalak pasal Islam tapi rupanya hanya melacurkan dan mempermainkan islam jee , melalak pasal kes ni tapi sebenarnya PAS sendiri dalam Pakatan bersama puak pakatan yang berjuang pro murtad , seks bebas dan liberal .. malah PAS mengangkat ambiga si celaka lahanat yang jelas pro murtad dan anti Islam..

    Tu laa kau bangang , dasar pelacur agama punya puak munafik PAS , ini buktinya mahkamah bebas dari pengaruh kerajaan , bukan macam kau dan lembu PAS dan Pakatan yg fitnah selalu .. inilaa jadinya bila hakim sendiri dah terpengaruh perjuangan puak Pakatan yang inginkan seks bebas dan hak sama rata serta pro murtad..

    marah betul kau pasal hakim ni TAPI kau tak marahpun pemimpin PAS yang pertahankan SIS tu kakakaka malah kau sendiri tak rasa marah pun pada pemimpin hina PAS yang buang Hassan Ali sebab membongkar isu murtad oleh puak DAPigs .. kes ni semua berkait

  11. dkds says:

    elok pondan yang bawa kes ini ke mahkamah di rejam sahaja…..

  12. anakbochek says:

    PAS = Parti Angkat SIS (very funny).

    Bro EVLee mana menghilang? Lama tak dengar cerita.

  13. EVLee says:

    Boss AB, saya selalu singgah mykmu … cuma jarang buat entri.
    Rgds

  14. […] terpaksa menyuntik wanita terbabit dengan ubat penenang untuk menyelamatkan bayi baru lahir berkenaan daripada terus digigit ibunya.-AFP […]

Leave a Reply