Menu Utama

Kekal Akta Hasutan Tak Kena Mengena Dengan Kedudukan Tercabar

UMNO 2014

SEMALAM setelah sekian tidak lama berdebat, penulis meluangkan sedikit masa melayan seorang ahli PAS yang berpura-pura menyokong UMNO dengan menjadikan seorang bekas Perdana Menteri dari UMNO sebagai idolanya.

Banyaklah yang dibangkitkan tapi semuanya retorik yang biasa kita dengar, selain tidak beralaskan bukti yang kukuh untuk menyokong pandangan melesetnya itu.

Tapi penulis sedikit ‘terusik’ dengan dakwaan bahawa tujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan kerana bimbang kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO bakal dicabar dalam pemilihan 2 tahun yang akan datang.

Lagi 2 tahun pemilihan, hari ini dah kempen? Dangkal sungguh pandangan orang ini, tak sangka nampak macam bijak tapi bodohnya tak kalah dengan yang tak pass SPM. Tidak ada lain, tujuan tuduhan macam ini sebab nak tunjuk kononnya yang kekal Akta Hasutan ini kerana desakan orang macam dia, bukan keputusan dan kebijaksaan Perdana Menteri sendiri.

Begitupun penulis yakin bukan satu orang macam dia, atas sebab sama kenapa hospital gila boleh mengisi beratus-ratus pesakit dalam satu masa. Penulis percaya pengikut pandangan yang semacam ini boleh tahan ramai cuma nak ke depan mempamerkan kebodohan sendiri atau tidak, itu sahaja.

Memikirrkan itu, penulis nak jelaskan disini bahawa pengekalan Akta Hasutan ini tidak ada kaitan dengan pemilihan parti 2 tahun lagi. Begitu juga dakwaan bahawa pengekalan Akta Hasutan ini kerana desakan kumpulan-kumpulan tertentu di luar UMNO/BN.

Keputusan ini adalah semata-mata keprihatinan Perdana Menteri atas situasi semasa dalam negara kita yang nampaknya masih menuntut agar akta tersebut bukan sahaja dikekalkan, tapi diperkasakan. Perdana Menteri juga mengambil kira pandangan majoriti rakyat negara ini seperti diterjermahkan dalam bentuk majoriti semasa PRU13 yang lepas.

Sama sekali tidak ada kena mengena dengan desakan mana-mana pihak, terutama yang di luar UMNO. Apa yang dilakukan Perdana Menteri hanyalah mengikut suara majoriti yang mahu Akta itu kekal. Manifesto UMNO dalam PRU2013 tidak langsung menyebut hasrat untuk menghapuskan Akta Hasutan dan perkara itu mendapat sokongan rakyat, sebab itu kita menang dan Perdana Menteri buat keputusan untuk mengekal Akta tersebut.

Ini hakikat, janganlah sesiapa cuba meminta kredit konon-kononnya pengekalan Akta ini ada kena mengena dengan dia. Tolong jangan buat lawak hujung-hujung minggu macam ini, takde mananya, apatah lagi awak tu ahli PAS, bukan UMNO pun.






5 Komen to Kekal Akta Hasutan Tak Kena Mengena Dengan Kedudukan Tercabar

  1. semangat dato' haron says:

    Tp Adamyan, itulah yg sebenarnya. Rasanya cuma Mykmu sahaja yg masih bertungkus lumus mempertahankan beliau. Jika dilihat sebahagian besar blog Pro-UMNO dan kerajaan juga menampilkan persepsi sedemikian. Malah Blog Zamkata terang2 tanpa berlapik menyerang Najib. Terima sahajalah hakikat Najib kekal Presiden UMNO sbb ahli UMNO tidak mahu parti ini berpecah. Namun sekarang sbhg besar ahli UMNO menolak beliau secara senyap. Peluang dh byk diberi tp beliau mensia-siakannya. Jika beliau tidak mahu berubah secara drastik dan masih bergantung pada penasihat2 “wasatiyah” beliau, beliau sendiri yg memilih utk menguburkan karier politik dia. Harus diingat polemik akta hasutan berpunca dari cadangan beliau mahu menghapuskan ISA dan Akta Hasutan. Jd adalah x perlu utk ahli UMNO berterima kasih dan mengangkat beliau sbg wira dlm kes ini. Ucapan beliau di perhimpunan agung UMNO terasa agak dingin berbeza dgn ucapan Timbalan beliau di perasmian perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yg meluahkan isi hati dan dilema dihadapi UMNO, orang Melayu dan Islam serta masyarakat Malaysia. Ucapannya ternyata merubat luka dan keluh kesah yg dihapai oleh orang Melayu dan Islam kerana memang amat tepat apa yg dikatanya.

  2. semangat dato' haron says:

    Oh ye lupa pula, sudahkah anda lihat betapa Chameleonnya KJ di Perhimpunan Pemuda sehingga aku x percaya jasad yg kulihat itu adalah beliau. Baguslah kalau beliau sudah berubah. Kita doakan sahaja beliau…

  3. raplahjingaa says:

    Tu la hang adamyan…nak buka thread macam tu, tengok time la, kan dah kena !! hehehehe…

  4. raplahjingaa says:

    KJ balik office nanti Regina Lee akan tarik telinga dia !

Leave a Reply