Menu Utama

Kapchai Ke Superbike, Janji Disember Ini Minyak Tak Naik

Najib naik motor 1

SESETENGAH orang kita, dek selalu sangat terima pembohongan pembangkang, gemar menerima bulat-bulat apa segala pembohongan dan ‘spinning’ yang pembangkang lakukan. Dulu kangkung, hari ni sudah kapchai pulak.

Penulis tidak pelik kerana bukan semua orang gila masuk hospital gila, kadang-kadang mereka tak sedar pun mereka itu gila, ini biasa, mana-mana negara dalam dunia pun golongan macam ini wujud.

Sememangnya pendekatan pembangkang macam itulah, bohong atau tidak bukan isu – bohong mesti bohong. Isunya sekarang ialah, bagaimana nak bohong dan beri kesan segera kepada rakyat. ‘Segera’, itu kata kuncinya sesuai dengan trend semasa.

Zaman facebook dan Twitter hari ini, semua mau ringkas dan mudah, tak terkecuali bohng dan putar belit. Pembangkang tau, orang kita pun ramai tau tapi dalam pada itu pun, boleh tahan juga yang masuk perangkap.

Sebab itu mutakhir ini tema kapchai dipilih. Dulu kangkung sebab isu-isu macam itu dekat dengan poket rakyat.

Hari ini maaf cakap, mak bapak pun ada orang ketepikan sebab duit, apa lagi bila Perdana Menteri digambarkan memperlekeh jumlah duit dalam poket rakyat. Tak hairan kenapa bila kenyataannya diputar belitkan, ramai nak mengamuk tak tentu pasal.

Najib bukan macam Mugabe atau Hitler, tak diberi sebab pun, berjuta-juta orang marah. Dengan Najib, pembangkang perlu cari ruang untuk bangkitkan kemarahan itu, bila dah tak ada, cipta atau putar belitkan. Najib tak cakap, diputar belitkan apa yang dia cakap.

Tak dapat beliau, isteri beliau dan seterusanya. Macam itulah berulang-ulang.

Begitupun diakhirnya, apabila harga minyak turun Disember nanti, rakyat dah tak peduli kapchai, kangkung atau superbike. Dalam diam, Najib sebenarnya sedang mmebentuk pemikiran baru di kalangan rakyat Malaysia.

Dulu formulanya, minyak mentah turun, harga minyak dipam turun, minyak mentah naik, minyak dipam naik. Hari ini, minyak mentah turun, kerajaan hapuskan subsidi kerana tidak perlu beri subsidi pun harga minyak sudah rendah,

Ini semua corak pemikiran baru. Kerajaan tidak boleh memberi kepada semua lagi macam dulu kerana Malaysia sudah di tahap bila semakin ramai orang berwang. Subsidi mestilah dihadkan kepada yang memerlukan sahaja.






7 Komen to Kapchai Ke Superbike, Janji Disember Ini Minyak Tak Naik

  1. system baru says:

    Jawapan mudah aje ?ada ke jika minyak turun ada ke apek2 dap itu nak turun barang selepas dia jadi alasan barang naik sebab minyak .aku tunggu dan lihat apa lagi alasan apek dap dan ahli pr ini ia

  2. raplahjingaa says:

    ” Dalam diam, Najib sebenarnya sedang mmebentuk pemikiran baru di kalangan rakyat Malaysia ” hehehehe…

    Agak-agak la adamyan kalau hang nak bodek pun…siapa lah Najib nak bentuk pikiran rakyaat Malaysia..hang tak sedar ahli-ahli UMNO kat kampung sekarang nak bentuk pikiran Najib, supaya lebih berpijak di bumi yang nyata !!

  3. WTF says:

    Negara2 lain yang berusaha menghapuskan subsidi secara berperingkat2 ikut cara pemikiran Najib Razak ka???

    Agak2lah kalau nak bodek Najib Razak pun wahai saudara Adamyan

  4. GT86 says:

    Kan otai-otai dah marah, Adamyan ni punnnn. Makan bulan ke?

    ” Dalam diam, Najib sebenarnya sedang mmebentuk pemikiran baru di kalangan rakyat Malaysia ”

    Ini memang sahih. Menjadikan Malaysia lebih liberal dan semakin hilang jatidiri dan semangat setiakawan. Dasar Najib menjadi acuan bagi parti pembangkang mengelirukan masyarakat. Hinggakan rakyat bole menerima sesuatu keburukan yang di haram kan oleh agama hanya kerana kebebasan. Contoh paling mudah…ZINA dan MINUM ARAK.

    Dalam diam Najib sebenarnya sedang merosakkan rakyat. Niatnya baik tapi dapat nasihat yang tak baik.

  5. kulaan says:

    Agak-agak sikit juga korangpun. Takkan pembangkang mengelirukan masyarakatpun salah Najib…?

  6. mzma says:

    Berapa lerr reganya pada 1/12/2014 nie nanti… Kita tungguuuuuuuu… Berita jam 8.00pm tadi TV3 siar dah turun sampai USD60 setong…

  7. raplahjingaa says:

    Turun pu aku rasa tak lama…OPEC dah mula bersidang nak kurangkan pengeluaran, cuma kita nak tungguh husam nak gali dan keluarkan minyak grade super AAA yang dia jumpa dikelantan, tak payah proses terus boleh masuk tank kereta, mesti lagi murah.

Leave a Reply