Menu Utama

JPJ kaji semula operasi banteras lampu strob, HID dan nombor plat

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan sejak 1 Nov lepas bagi membanteras penggunaan lampu strob, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 Nov ini.

Dalam tempoh seminggu operasi itu, sebanyak 5,515 saman telah dikeluarkan terhadap tiga kesalahan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya operasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.

Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD).

Ismail berkata JPJ meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

Beliau berkata pihaknya menjangka sebanyak 10,716 nyawa akan melayang di atas jalan raya akibat kemalangan menjelang 2020.

“Jadi kita meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik agar jumlah kematian itu dapat dikurangkan kepada angka 5,358 orang setahun dalam tempoh yang sama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan pengguna membuat pemeriksaan dan menyemak semula status kenderaan yang ditawarkan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.

“Jika pengguna merasa curiga dengan kenderaan yang dibeli (murah), boleh melakukan semakan kerana kita bimbang mungkin kereta itu dicuri atau kereta klon sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada pembeli,” katanya.

Beliau berkata JPJ telah mengesan sebanyak 20 kenderaan klon dari tahun 2010 hingga 2013.

Beliau juga berkata mangsa bencana banjir atau tanah runtuh yang kehilangan dokumen seperti geran kereta atau lesen memandu boleh mendapatkan kembali dokumen berkenaan secara percuma di pejabat berdekatan.

Bernama.



« (Previous News)



13 Komen to JPJ kaji semula operasi banteras lampu strob, HID dan nombor plat

  1. dkds says:

    teruskan sahaja, jangan pula nak kaji bagai lagi….

  2. itsme says:

    kaji lg?? kali ni nak ikut garis panduan mn pulak?? biar letih krn byk operasi bukan letih krn byknya mtg!!!

  3. mike says:

    Ape la ni……kalau benda 2 adalah salah , maka ape plak nak kaji2nya…..saman dan ambik tindaan saja.Buat “sokmo”.Sesuatu itu kalau dah dikatakan salah , ada sebab yng memudaratkan…..ape lak ni?

    Sbb 2 le undang2 di Malaysia dah senantiasa di ketawakan oleh semua.Pendekatan Penguatkuasaan yg malu alah!!!

  4. tengkudin says:

    betul betul betul….especially lampu strob tu..biar la merah je..ini aku tengok biru hijau kuning semua pasang..dah macam keter perhiasan lak pulak

  5. mzma says:

    Nie lerrr sikap pihak berkuasa Malaysia.. buat kerja “Hangat-Hangat Taik Ayam”, tapi bila tang gaji, elaun, bonus & etc melolong naik itu & ini.. Sampai bila pon tak berubah.. Kalau macam nie cara kerjanya kan lebih baik mansuhkan sahaja akta tersebut.. tak yah buat kerja lansung kan senang, cukup bulan dapat gaji.. 2020 kata nak negara maju, cam mana nak maju kalau dah cam nie punya minda pegawai kanan penjawat awam… hancusss….

  6. hodoh says:

    Buat nak kaji lagi. Teruskan je saman. Baik kaji AES ke, speed trap ke, kalu kaji denda speed trap. Lagi byk lbh hal laju lagi banyak kena saman. Rasanya dengan cara tu saja org xberani langgar. Kalu pesalah yg terlebih 20km/j adalah xadil didenda sama dgn orang yg lbh 50 km/j.

  7. awang hitam says:

    Nak tanya satu saja kenapa para pengguna saja di saman? kenapa pihak yang menjual tidak pula disaman? dah tahu benda salah kenapa kerajaan tak rampas saja barang yang dijual oleh peniaga aksesori dimana kebanyakan peniaga adalah dari bangsa cina! kenapa nak takut saman? atau hanya nak kan undi saja? cuba lah fikir rata2 kenderaan yang memasang benda2 macam ni adalah ‘Melayu’ dan yang menjual adalah ‘cina’ lihat disini siapa yang untung walaupun benda ini salah tetapi mereka masih untung, dan yang ruginya adalah orang melayu dah pasang duit… kena saman JPJ pun duit lagi… cina senyum itu boss pasang sama benda inilah di kereta talak salah punya lagi pun manyak cantik ooo… macam haram!

  8. GT86 says:

    Ni mesti ada orang yang berprofil tinggi masuk campur. Mesti telah di minta oleh kaum pedagang yang datang menumpang, yang suka menolong orang berprofil tinggi ni.
    Hancur la negara klu mcm ni…

  9. wong jowo says:

    JPJ tak abis nak kaji..sebab yang selalubuat kesalahan ni org2 cina babi yang tak pernah patuh undang2//sekarang ni menterinya kan cina..mestilah dia tak kasi nak buat oprasi..tu pun tak paham..

  10. mzma says:

    Awang Hitam, kenapa nak salahkan peniaga sedangkan pengguna sendiri mengetahui yg mana satu dibenarkan & tidak.. KPDNKK tidak boleh mengambil tindakan kerana peniaga dibenarkan menyimpan & menjual nombor & abjad tersebut tetapi untuk kegunaan lain seperti signboard pejabat, tanda nama dan lain2..

    Berani ke pengguna yg disaman tampil untuk menjadi saksi kepada pihak berkuasa terhadap kedai aksesori yg mengatakan size tersebut dibenarkan. Yg nyata tidak seorang pon yg berani tampil & mereka lebih rela membayar saman kan kan.. KENAPA, YA? kerana ini membuktikan bahawa peniaga ada menyatakan size tu tidak dibenarkan kepada pembeli/pengguna.. Ungkapan keramat yg selalu keluar dari kedai aksesori “SENDIRI PAKAI SENDIRI TANGGUNG, BILA KENA JGN KATA WA JUAL”…

  11. yon76er says:

    Apalah JPJ nie..baru xspai 1 bulan nak kaji semula kaaa…dulu sebelum Kuatkuasa macam xdan tunggu besok nak buat…Tapi bagi akulah Lampu Strob memanglah patut disaman yg pemandunya suka kete berhias nie..tapi on Helogen Light, kalau kete dah lama lampu pon dah xberapa TERANG bolihlah rasanya digunakan…malah banyak kete2 Baru pon mengunakan nya..so camna tuu???DOUBLE STANDARD lah namanya..terutama kete2 yg berjenama Mahal…..satu lagi Nombor Plate..manalah bolih diketegorikan sebagai punya KEMALANGAN dijalan raya,,,,yANG NIE MEMANG PATUT SANGAT DIKAJI SEMULA……

  12. Memang Terok says:

    Kedua2 pun pincang karekternya. Sepatutnya pengarah tersebut hulur duit yang kurang pada sahabatnya sebaik Saja ber peluang ber jumpa dengan Nya. Pengarah yang warak sepatutnya tahu pelihara Hal ini kerana dia tentunya berpendidikan tinggi. Abu Dari segi zahirnya tentu sekolah tak tinggi kerana dia jual udang dipasar. Berpadanan dengan sekolah tak tinggi itu dia lakukan 2 perkara yang yang tak berapa nak betul. Pertama ambil kesempatan atas budi yang ditabur dan ke2 tak fikir panjang Tentang akibat besar bakal menimpa sahabatnya dengan melapor SPRM Akan Hal itu. Namun kekadang undang2 jadi kejam dimasa kekejaman itu kurang perlu .

Leave a Reply