Menu Utama

Jentayu Danaraksa Perlu Dedah Pelan Selamatkan MAS Pada Umum

Agak mengejutkan apabila sebuah syarikat swasta, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, yang baru didaftarkan pada September 2014, tiba-tiba begitu berani menyuarakan hasrat untuk mengambil alih beberapa jabatan yang dikenal pasti sebagai “profit maker”.

Jabatan dan kepentingan MAS seperti Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), syarikat penerbangan Firefly, MAS Engineering dan beberapa transaksi penting yang lain mahu diambil alih oleh syarikat berkenaan di atas nama “kerjasama”?

“Kerjasama” atau “menangguk di air yang keruh”?

Dalam satu kenyataan di akhbar baru-baru ini, syarikat berkenaan dikatakan menghantar satu cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MAS template
Syarikat berkenaan mendakwa mereka mampu “menghidupkan” MAS kembali gagah di persada dunia dan lebih mengejutkan, mereka mendakwa mampu “menyelamatkan” semua 6,000 pekerja syarikat penerbangan itu yang akan diberhentikan.

Sedangkan, perancangan Khazanah sebelum ini pun ada menekan dan mengambilkira kesinambungan kebajikan secara holistic kepada 6,000 pekerja ini.

Sekali dengar, ianya bagaikan sebuah cerita “fairytale”. Segalanya indah dan mudah-mudah belaka. Apatah lagi syarikat berkenaan mendakwa bekas CEO pertama MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman kini bersama Jentayu Danaraksa.

Saya mengucapkan terima kasih dan agak “kagum” dengan cita-cita besar syarikat swasta itu. Cuma pada pandangan saya, syarikat berkenaan perlu “cermin diri dulu” sebelum mengambil alih sebuah syarikat yang membawa maruah negara di serata dunia selama ini.

Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Ogos 2014 dan didaftarkan pada September 2014, yang baru berusia dalam sekitar dua bulan lebih , tiba-tiba mendakwa mampu “menyelamatkan” sebuah syarikat multibilion seperti MAS?

Dalam status yang masih “bayi” yang mentah berumur “dua bulan lebih”, apakah syarikat berkenaan mempunyai “track record” atau pengalaman yang meyakinkan rakyat Malaysia untuk “menyelamatkan” MAS?

Umpamanya, sebuah sampan baharu yang dikemudikan oleh beberapa orang jurumudi berpengalaman, apakah ia mampu menyelamatkan sebuah “cruise” yang memuatkan 10,000 orang dalam keadaan berlubang di sana-sini dari karam ke dasar lautan?

Soalnya, Khazanah sebelum ini telah mengambil langkah berani dengan mendedahkan rancangan penstrukturan semula MAS yang mendapat sokongan dari Perdana Menteri, Kerajaan, pakar-pakar industri penerbangan dan termasuk kesatuan-kesatuan kakitangan MAS.

Jadi, kenapa tidak syarikat berkenaan berkongsi cadangan dan bentangkan pelan pemulihan mereka yang kononnya lebih “cantik dan indah” itu? Mengapa pula bila ditanya media, syarikat berkenaan memberi alasan “masih awal untuk didedahkan?

Pada pandangan saya, MAS atau khazanah tiada masa untuk menunggu alasan “masih terlalu awal” memandangkan syarikat penerbangan itu sedang “nazak” dan tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkannya.

Lagipun, berapa modal yang syarikat itu ada untuk “selamatkan” MAS dari terus rugi? Perlu diingat, operasi MAS sekarang khabarnya menelan belanja hampir RM5 juta sehari, perlu bertahan lama, maju dan kembali mencatat keuntungan semula dalam tempoh 3 tahun. Boleh?

Bercakap memang mudah. Merancang diatas kertas sahaja, budak sekolah rendah pun mampu tulis dalam folio mereka. Namun perlu diingat, sebuah syarikat penerbangan yang menjadi “duta” kebanggaan negara tidak wajar diperjudikan sedemikian rupa.

Saya memandang tinggi niat Jentayu Danaraksa. Namun tolonglah dedahkan perancangan dan pelan syarikat itu untuk memulihkan MAS kepada umum. Lagipun, Khazanah telah menyatakan mereka berlapang dada untuk mendengar sebarang cadangan yang lebih baik seandainya ada, bukan?

Cuma saranan saya, pastikan pelan pemulihan itu lebih baik dan benar-benar meyakinkan. Risau juga jika nanti Kerajaan pula sekali lagi terpaksa campurtangan untuk selamatkan MAS sekiranya pelan “lebih baik” itu tidak berhasil, bukan?

Peribahasa pisang tidak berbuah dua kali memang tidak lagi laku dalam usaha menyelamatkan MAS.

Bukan apa, sudah tentu rakyat Malaysia risau jika pelan pemulihan syarikat swasta itu hanya “indah khabar dari rupa”. Kalau gagal nanti, dibuatnya mereka jual syarikat penerbangan negara itu pada Singapore Airlines, di mana mahu diletak maruah negara ketika itu?

Setahu saya, syarikat swasta selalunya “profit oriented” saja, kan? Takkanlah syarikat itu bersifat “kebajikan” pula, kan? Wajarnya, dedahlah rancangan yang hebat itu pada umum, berani?






25 Komen to Jentayu Danaraksa Perlu Dedah Pelan Selamatkan MAS Pada Umum

  1. TUBIR says:

    Kalau dia berani nak ambilalih MAS dengan wang ringgitnya sendiri apa salahnya ……Janji tak gunakan wang kerajaan ..atau suntikan khazanah…..jangan pinjam dari KWSP atau sebagainya ….kalau nak pinjam pinjamlah dari bank perdagangan.Tapi kerajaan tetap pegang golden share boleh?.

  2. anak MAS says:

    Rasanya kami anak2 MAS yang lebih terkesan daripada tindakan ini. Apa2 pun jentayu telah membentangkan pelan yang cukup baik bagi memulihkan dan menyelamatkan anak2 MAS. Harap penulis dapat memberikan sokongan yg padu kepada jentayu danaraksa.

  3. RIZAL says:

    alhamdulillah…
    ada juga pihak yang tampil untuk memulihkan MAS..
    asalkan asset negara tidak tergadai di tangan orang luar.
    saya yakin MASEU pun faham dan sedar tentang perancangan jentayu ni.
    good luck tansri n good luck jentayu

  4. anak mas says:

    kami anak-anak MAS lebih mengenali dan lebih memahami proposal daripada jentayu ni. rasanya mereka telah mendapat konsent daripada TUN mahathir untuk pelaksanaan pelan ini.

    kami anak-anak MAS mengharapkan nasib kami dan keluarga kami terjamin.

    semoga berjaya jentayu

  5. anum says:

    ini website pembangkang ke?

  6. raplahjinggaa says:

    Jom beli ubat kuat laki-laki!

  7. raplahjingaa says:

    Oii mangkuk…gay macam hang nak beli ubat kuat laki-laki ?? hehehe….

  8. moo says:

    Semenjak tahun 1998 0, kjaan dah bailed out berbelS billion untuk MAS. Apa hasilnya? Siapa yg patut di pertanggungjawabkan..?

    tak payah dok buat drama sini. Selagi umno memerintah selagi tu Mas hancur. Tajuddin Ramli dapat close to RM800 mil, idris jala buat asset stripping, ada yg suka tonggang, claim kat Mas, bayar expensive painting. Ada yg buat catering tapi jadi lintah.

  9. moo says:

    Pembetulan, Tajuddin dapat close to RM600 mil

  10. Memang Terok says:

    Pada penerimaan akal kita sebuah syarikat Sdn. Bhd. yang berumur 2 bulan hanya boleh jual belon dipasar malam, pasar tani atau lebih besar lagi di jom heboh. Dikompleks haji Kelana Jaya juga ramai peniaga belon.

    Kerana apa untuk tujuan belon tak perlu ada profil syarikat, tak perlu tunjuk bank statement. Dalam profil syarikat saperti yang kita tahu, perlu tunjukkan modal berbayar syarikat selain dari nama pengarah dan pengurus. Juga perlu disebut pengalaman lampau, klien lama dan klien sekarang selain dari bidang dan kepakaran syarikat yang bersangkutan dengan aktibiti yang bakal dijalankan.

    Dalam kes ini syarikat tersebut walaupun pembelian bukan melalui tender perlu menyakinkan orang dengan kemantapan syarikat mereka . 2 perkara yang perlu ialah berapa banyak RM ada dan apakah kepakaran yang mereka ada. Syarikat penerbangan mana yang mereka pernah beli.

    Walau bagaimana pun apa nak kita herankan kerana berbagai benda pelik berlaku hari2 termasoklah syarikat 2 bulan nak beli syarikat penerbangan sebuah negara.

  11. rafiqkie says:

    assalammualaikum kepada semua…selamat malam

    Sebelum ini kita pernah dengar bagaimana MAS sebuah syarikat penerbangan yang gah dan terunggul dipersada dunia tiba2 muncul beberapa tragedi menimpa syaikat ini, MH370 hilang tanpa dikesan dan MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Yang terbaru 6 ribu perkerjanya bakal dibuang atas sebab tidak dapat menanggung kos yang tinggi. Memang semua tahu yang banyak korupsi berlaku dalam MAS tapi apakan daya, manusia bila nampak duit dia akan rakus bila nampak duit yang bertimbun di depan mata tak kiralah dia tu Ustaz, alim atau mamat jual belon pasar malam pun akan seorang yang jahat.

    Ya…memang Jentayu Danaraksa syarikat baru yang belum tumbuh gigi, tapi sedar atau tidak siapa yang ada didalam syarikat ni? budak mentah 2 bulan..bukan, tanggapan anda silap sama sekali..indah khabar daripada rupa & manis mulut dibibir bila kita dengar cerita daripada media mainstream, tapi adakah media mainstream anda terima tu btoi?

    Berilah peluang syarikat ini selamatkan MAS daripada tergadai sekelip mata, pertahankan MAS daripada jatuh..Inshallah..segala usaha murni anda dan kesanggupan anda dalam menyelamatkan MAS akan dibalas oleh ALLAH amin..

    jentayu-adalah burung pheonix …’phoenix rise from ashes-jentayu bangkit daripada abu’

    p/s; nama klasik..Nora pernah nyanyi lagu jentayu

  12. MAS says:

    Guys…it is a SPV

  13. moo says:

    NFC tak ada pengalaman pun boleh dapafRM250 juta….padahal byk lg companies yg capable alzo bid the project… pelik ka?

  14. Allah saja yg tahu says:

    as slm…maaf nyampuk, walaupun syarikat baru 2 bulan utk selamatkan syarikat mas bagaikan ‘fairytales’ bg lah peluang bg depa buktikan kemampuan depa… Inshallah hanya Allah yg tahu niat murni depa tu…amin..

  15. Tubir says:

    Jangan pandang sebelah mata pada syarikat 2bulan ni…kalau dibelakang nya ada ananda,ytl.robert kok…bukan setakat 6b…malahan lebih pun merika mampu

  16. Arthur Richard says:

    Lots of criticism before the plan was presented to the media. you guys must be skeptic with the transactions and the boards with JentayuDanaraksa.
    We pray for the best to the MAS and its employee…Im sure JD can and will do it well.
    Im glad Tun Mahathir also in line and approved with the proposal by JD.

    God bless

  17. dkds says:

    inilah barua jenis kaki broker projek….yang banyak sangat di dalam BN, ketika zaman pemerintahan rejim lepas , manusia inilah yang meragut banyak keuntungan dari kerajaan, hingga hampir hancur Malaysia, hari ini manusia ini berlagak seolah olah merekalah malaikat, mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kerajaan masa kini

  18. moo says:

    Dkds,

    hang mengaku pun byk rasuah dan lintah dalam umno, lepas tu berlagak baik depan rakyat. Lepas tu pemimpin umno akan salahkan DSAI. Itu sop tu.

    aku nak tanya, apa tdkn kepada perasuah ikan jerung tu? Apa pihzk berkuasa tak berani ambik tdkan?

    aku nak habaq ka hang pa semua, umno dah lama tak relevan. Polisi nya baik, tetapi in realiti macam hampeh. Ia bergantung kepada siapa peminpin2 kanan ketika itu. Zaman Tun Razak baik, tapi org ingat umno masih umno yg sama. Hello…? Wake up! Nama parti ja yg sama….tapi realitinya dah jauh tersasar….

  19. jentayu says:

    moo,
    kurang2 org umno tau parti ada masalah. bahkan pemimpin2 atas pun sedar. lain mcm tahayul siyalan pas sama dap ngan pkr. adalah org2 bawah yg akhirnya sedar lepas kena belit ngan nuar. tp nafsu nak jatuhkan umno lg penting dr perjuangkan matlamat parti. keadaan dia sama mcm dalam game bola. patutnya pas kena skor gol (matlamat). tp sebab benci lawan punya pasal dirembatnya kaki2 pemain lawannya (umno). itulah analogy aku boleh katakan pada pas.

  20. moo says:

    UMNO dok meroyan lg dgn DSAI. Tapi byk kali pulak article keluar kat sini kata “DSAI tak relevant”..

    sudah2 lah tu umno….

  21. moo says:

    1MDB Letter of support USD3 billion fron Kerajaan Malaysia:

    .
    I have read the Letter of Support dated March 14, 2013 issued by the Malaysian government through the Finance Minister, Najib Abdul Razak, to 1MDB Global Investments Limited (the issuer), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and BNY Mellon Corporate Trustee Services Limited (“Trustee”). Because this document is given the title “Letter of Support”, there has been much confusion and misunderstanding as to whether the Government would be liable under it.

    The Letter of Support is governed by English law which is substantially similar to Malaysian law in this area, both being common law systems. English law looks to substance and not form. Names, titles given to documents like guarantee, indemnity, letter of support, letter of comfort, etc, are not very helpful in their interpretation.

    What a Court does is to examine the intention of the parties as expressed in the language they have chosen, review the document in its entirety, and then objectively determine the substance of the relationship of the parties. In commercial matters between large corporate players, a court adopts a robust approach to commercial realities.

    Finally, the genesis of the transaction and its background are vital. Incidentally, the leading case in English law concerns a Malaysian company : see Kleinwort Benson Ltd v. MMC Bhd [1989] 1 All ER 785 [CA]. I propose to consider the Letter of Support in that light.

    The underlying transaction referred to in the Letter of Support is the creation of a debt of US$3 billion (RM10 billion) by the issuer, which is a wholly owned subsidiary of 1MDB. Full repayment will take place in 10 years, that is, by March 2023. The Schedule to the Letter states that interest of US$66 million will be paid in March and September of each year: thus, the annual interest is US$132 million.

    The debt can take many forms, such as bonds, notes, loans, securities, etc. The trustee usually acts for the benefit of creditors, which may be a fluctuating class if the debt securities are tradable. However I should mention that I have not seen any other transactional document apart from the Letter of Support.

    The key issue in its interpretation is whether the parties intended the Letter of Support to have legal effect (rather than, say, only of moral suasion). In answering this issue, one has to inquire whether the Government is undertaking legal obligations and, conversely, whether the beneficiaries of the Letter of Support viz, the other 3 parties and all the creditors, possess legal rights. In other words, can these beneficiaries sue the Government if the latter breaches the Letter of Support?

    In my opinion, the following statements in the Letter of Support plainly and obviously establish that the Government is undertaking legal obligations:

    (i) The letter “is given to provide necessary financial assistance to the issuer to provide capital to the JV Co.” — Recital.
    (ii) The Government “undertakes to provide necessary financial assistance to the Issuer in respect of the Debt as follows:

    (a) …………..

    (b) ………….Malaysia shall then step-in to inject the necessary capital into the Issuer or make payments to ensure the Issuer’s obligation in respect of the Debt are fully met.” — Paragraph 3.

    (iii) “Malaysia hereby agrees, as independent obligations,

    (a) subject to Paragraph 3, to subscribe for further debt or equity in the Issuer or to lend to the issuer such amount(s) so that, at any time when the Issuer has a shortfall of internal funding, the Issuer has immediately available funds sufficient to pay…….

    (b) “….if the Issuer fails to pay any sum owed under the Debt on the date specified for such payment to pay such sum to the Trustee.”— Paragraph 4.

    (iv) “The aggregate amount payable by Malaysia in total …shall not exceed the Principal Funds and the sum of the Interest Funds”. — Paragraph 5.

    (v) “Malaysia hereby agrees that this Letter of Support is irrevocable” — Paragraph 6.

    These words are clear and without any ambiguity: Malaysia has undertaken legal obligations to ensure that the Debt is repaid, and, if it is not, Malaysia will pay the shortfall. It is as simple as that.

    If any doubt is harboured (which I do not), the parties intend that any dispute between them will be resolved in the Courts of England (Paragraph 9) and for that purpose Malaysia waives its sovereign, diplomatic or other immunity under the Vienna Convention on Diplomatic/Consular Relations.

    Further, the Malaysian High Commissioner in United Kingdom is nominated by Malaysia to accept legal papers (Paragraph 8). Paragraphs 8 and 9 only make sense if the parties accept that a future dispute between them is justiciable and express provision is made for their choice of English Courts and English law. If no legal obligations are incurred, why are these paragraphs there?

    What is most worrying is the irrevocable and unconditional consent by Malaysia “to the enforcement of any order or judgment made or in connection with any proceedings and the giving of any relief in the English Court and the Courts of any other jurisdiction” under Paragraph 9 (iii). By this concession, Malaysia has given up its rights, recognised in public international law for over a century, as an independent, sovereign country of not having its assets seized by a Court to satisfy a judgment of that Court.

    ________________________________________________________________

    Tommy Thomas bylineTommy Thomas is a prominent lawyer specialising in corporate litigation and insolvency, and commercial and public law. He has appeared in litigation involving bonds and other sophisticated financial instruments, and has dealt with administrative, labour and constitutional cases.

  22. moo says:

    As the clock ticks down for the Umno general assembly, a veteran newsman with close links to former prime minister Dr Mahathir Mohamad, as well as a staunch critic of the current administration, has issued a warning to the party president.

    If Najib Abdul Razak fails to heed the frustrated voices of Umno members and the Malay community, A Kadir Jasin said, he runs the risk of being changed or witnessing his party being decimated in the next general election.

  23. mzma says:

    Setelah dinyah senarai… ada la plak “LANUN MODEN” nak ambil kesempatan… Kenapa selepas dinyah senarai baru tunjuk muka? Mudah aje jawapan nya, LANUN2 MODEN yang tak berduit nak sapu “HARTA2 MILIK KERAJAAN DENGAN CARA MUDAH, CEPAT & MURAH”… Ingatkan lanun2 moden nie nak pupus rupa2nya masih ada lagi yaa…

  24. korokstabang says:

    macai start dah kupi pes berjela jela idea sendiri tadak duk ciplak idea orang dah lah tu lari topik sungguh memalukak sungguh

    berbalik pada topik tadak lain, si toni pun ada kat belakang syarikat baru tu semua perut tempayan tamak haloba tau nak menjahanamkan saja

Leave a Reply