Menu Utama

Jawatankuasa putuskan apungan terurus RON95, diesel selepas mesyuarat OPEC

Jawatankuasa Dasar Fiskal akan membuat keputusan sama ada meletakkan harga RON95 dan diesel pada apungan terurus dalam tempoh dua minggu lagi, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata keputusan itu akan dibuat selepas mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC), yang dijangka diadakan minggu depan.

“Jawatankuasa Dasar Fiskal akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut seminggu dua lagi selepas keputusan mesyuarat OPEC yang dijangka diadakan pada minggu hadapan,” katanya.

Ahmad berkata sekiranya OPEC memutuskan untuk mengurangkan jumlah pengeluaran minyak, ia akan mengelak harga minyak dunia daripada terus jatuh, dan apungan terurus akan digunakan sekiranya harga minyak terus jatuh dan OPEC mengekalkan jumlah pengeluaran minyak seperti sekarang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Majlis Pecah Tanah Surau Nur Hidayah Kampung Parit Betak Darat di sini hari ini.

Ahmad berkata kerajaan disaran meletakkan RON95 dan diesel pada apungan terurus seperti RON97 berikutan penurunan sebanyak 20 sen RON97, menjadikannya RM2.55 seliter, pada Rabu.

Berharga RM2.30 (RON95), perbezaan harga RON95 dengan RON97 hanya 25 sen.

Harga minyak di Asia dilaporkan naik hari ini susulan harapan OPEC memutuskan untuk mengurangkan lagi pengeluaran minyak pada mesyuarat itu nanti.

Harga kontrak hadapan minyak West Texas meningkat 43 cent (dolar US) menjadikannya US$76.28 setong bagi penghantaran Januari tahun depan manakala minyak mentah Brent North meningkat 31 cent (dolar US) menjadikannya US$79.64 setong bagi penghantaran sama, dalam dagangan petang tadi.

Bernama






15 Komen to Jawatankuasa putuskan apungan terurus RON95, diesel selepas mesyuarat OPEC

  1. […] Ahmad berkata sekiranya OPEC memutuskan untuk mengurangkan jumlah pengeluaran minyak, ia akan mengelak harga minyak dunia daripada terus jatuh, dan apungan terurus akan digunakan sekiranya harga minyak terus jatuh dan OPEC mengekalkan jumlah pengeluaran …read more […]

  2. itsme says:

    di TV1 itu hari kata beliau akan mncadangkan kpd kabinet/PM jika harga myk turun dibwh paras $0.70, harga myk akan turun, la ni lain pulak cerita.. len kali kurangkan bwrcakap lbhkan berzikir bang oiii.. payah nak jawab nanti diparlimen.. cuba jadi pembantu yg “baik” kpd PM bukan menyesakkan kepala PM yg dah sememangnya sesak tu. cakap siang pandang2 beb!!

  3. itsme says:

    ps : USD70/setong daa..

  4. moo says:

    .
    org umno mcm mana sekalipun tetap akan sokong Najib. Mcm zaman pak Lah dulu. Beriya2 sokong konsep Islam Hadhari, coridor2. Skb apa dah jadi kat Hadhari dan pelbagai corridor tu?

    Korang tak perasan zaman Tun, wpun bg subsidi minyak, mcm2 boleh buat Putrajaya, KLCC, LRT dll. Zaman Najib ni habuk pun tarak, yg kaya cina2 IMDB, Pemandu, Teraju, Prima dll. Kalau gaji ko RM5,000 in year 2003, rasa dah besar. Hari ni RM5,000 is nothing to shout about because the property prices have sky rocketed…

    sedar2 lah ahli umno, myokong najib tak membantu rakyat malaysia dan org melayu pun, merosakkan lg ada ler… korang nak marah kat aku , aku tak kisah, tapi pls be knowlegeble…sbb aku tgk WTF dan System Baru terlalu bodo sgt…?

  5. WTF says:

    Hahahahaha, Moooh MIMPI NGERI ka pasal aku dan saudara system baru sampai terjaga pukul 4 pagi!!!!

    Hahahahahaha, nampak sgt Mooooooh hidup dgn KETAKUTAN terhadap KEBENARAN!!!!

    Moooooh, saudara HackerXP dah explain la pasal cerita Moooh ttg zaman Mahathir dgn zaman Najib!!!

    HackerXP (November 21st, 2014 at 4:34 PM)

    aiseymen.. hang ni moo sbelum komen better tengok fakta.. dulu sekitar tahun 1990 hingga 2003 harga minyak dunia untuk setong hanya USD24.49 hingga USD31.54 atau kurang dari USD40 saja untuk setong.

    Skang harga minyak berkisat sekitar USD80 setong kadang-kadang kurang skit. Bezanya besar moo & perbezaannya itulah yg mempengaruhi harga minyak & subsidi di Malaysia.

    Dgn harga skang lebih kurang USD80 setong atau kurang skit kita boleh jangka harga minyak bermula 1 Disember maybe akan kekal pada harga RM2.30 seliter atau kurang skit.

    Itu belum cerita lg pasal kadar tukaran wang negara kita yg dah banyak berubah moo.. dulu USD1 sama dengan RM2.50 hingga 2.80, skang USD1 sama dgn RM3.35/37 moo.. sekian dulu utk pencerahan moo..”

    http://www.mykmu.net/2014/11/harga-ron95-perlu-mekanisme-realistik/

    Moooh jangan MIMPI NGERI pulak pasala saudara HackerXP!!!

    MOOOOOOOH SCARED….MOOOOOOOH SCARDY CAT!!!!

  6. moo says:

    Bila Jokowi naikkan hatga minyak, ramai ahli mykemut.net condemn buat comparison dgn Malaysia. Skg harga minyak nak naik, dia org support Najib lagi. Kalau nak buat the same analogy, kalau korang org Indon, sure korang akan condem Najib. Ini sebaliknya. Nampak sgt sokongan korang kat Najib hanya membabi buta.

  7. moo says:

    Ada flight. Klia. Keje tak semestinya weekday. Kalau ada urgency that u need a meeting, u have to. Doest it to be all the time in Malaysia.?

  8. tengkudin says:

    apa la si lembu moo ni merepek…dari dulu sampai selamanya camtu la ko moo

  9. raplahjingaa says:

    Hang nak pi meeting kat Turki lagi ke moooo ??? hehehehehe…

  10. WTF says:

    Hahahaha, Moooooh takder duit KENA PAKSA kerja WEEKEND walaupun gaji diterima CIPUT!!!

    Isilah boring BR1M tu Moooooh, itu untuk kebaikan hang jugak Mooooooh!!!

    MUEH444444

  11. asrul says:

    Kata kena naikkan harga kereta sbb nak cover subsidi kan. So dah tarik subsidi minyak, turunkan harga kereta, atau review balik kaedah duti, kereta harga kos 300%

  12. Sontoloyo says:

    Moo suka spin.!!!

    Yang aku tahu sejak mula jokowi memegang jawatan presiden indonesia yang suka buat comparison jokowi ngan najib ialah orang orang pakatan dari semua peringkat (lebih banyak kondem najib dan sanjung jokowi). Kami masih waras dan daya ingatan kami masih kuat laa moo. Bukan seperti kamu senang diperbodohkan oleh pemimpin kamu dengan putar belit.

  13. Pak Tho says:

    Bukan sokong Najib membuta tuli moo, tapi rasionallah sikit. Kalau Indonesia nega anggota OPEC pun trpaksa naik harga bahan api, apatah lgi negara kita. Lgi satu Moo, boleh awk beri contoh apakah sumbangan atau langkah² yg PR lakukan utk kesejahteraan rakyat malaysia. Selain retorik² yg indah tetapi lagi gampang dari BN. Sepanjang masa SPIN sokmo.

  14. WTF says:

    Cadangan saudara asrul supaya kajian untuk review balik duti import yg dikenakan untuk kemasukan kereta buatan luar negeri perlu dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia

Leave a Reply