Menu Utama

Jangan ‘apologetik’ dalam perbahas usul PAU 2014-Hishammuddin

Pembahas-pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014) yang akan berlangsung pada hujung bulan ini diingatkan jangan bersifat ‘apologetik’ dalam perbahasan mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi bagi PAU 2014 mahu agar-usul yang dikemukakan pada perhimpunan nanti mengutamakan suara akar umbi dan denyut nadi rakyat.

“Tanpa kebijaksanaan UMNO dan ketokohan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tak mungkin pelbagai masalah termasuk MH17 dapat diselesaikan. Jadi kenapa kita hendak apologetik sangat.

“Sebab itu saya mahu bahawa usul-usul kita mempunyai kandungan yang betul-betul dapat dijiwai oleh mereka di bawah. Saya mahu usul yang bersifat inklusif,” kata Hishammuddin.

Hishammuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Kerja Tertinggi bagi Perhimpunan Agung UMNO di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Persidangan meja bulat selama sehari ini dihadiri oleh 130 individu yang pakar dan arif dalam bidang masing-masing.

Mereka terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, para pensyarah dan cendikiawan, persatuan belia, tokoh-tokoh korporat, pihak swasta, pentadbir agensi, pihak berkepentingan Melayu yang memahami suara akar umbi dan denyut nadi rakyat.

Hishammuddin berkata, UMNO mesti terus kehadapan bagi memastikan kelangsungan agama, bangsa dan tanah air.

Tambah beliau, isu-isu sensitif boleh diterima jika dibahaskan secara teguran tak bersifat emosi. Antara yang bakal disentuh oleh pembahas nanti melibatkan isu sekolah aliran jenis kebangsaan.

Untuk nota Jawatankuasa Usul melibatkan draf usul ucapan Dasar Presiden dipengerusikan oleh Hishammuddin sendiri.

Draf usul ekonomi dipengerusikan oleh Tan Sri Jamaluddin Jarjis, draf usul agama dipengerusikan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan draf usul pendidikan dipengerusikan oleh Datuk Seri Idris Jusoh.

Ibu pejabat UMNO telahpun menerima 638 Usul Untuk Rujukan dengan 81 usul berkaitan pindaan perlembagaan, 87 usul politik, 67 usul ekonomi, 74 usul agama, 170 usul sosial, 121 usul pendidikan dan 38 lain-lain usul.

Utusan.






Satu Komen to Jangan ‘apologetik’ dalam perbahas usul PAU 2014-Hishammuddin

Leave a Reply

Threesome