Menu Utama

Jakim ajak tiga lelaki berpakaian wanita sertai program pemulihan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput tiga lelaki yang berpakaian wanita dan terlibat di dalam kes mahkamah baru-baru ini menyertai program pemulihan yang dianjurkan.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah merangka program kepada golongan yang mengalami masalah kecelaruan gender khasnya golongan transgender ini semenjak tahun 2010.

“Melalui program ini kita telah mendekati lebih 1,000 orang golongan sasaran melalui program yang kita namakan sebagai mukhayam (camping) yang berteraskan pengukuhan diri, kerohanian dan pemulihan,” katanya.

Othman mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang membenarkan rayuan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.

Ujar Othman, peruntukan berkenaan larangan bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita adalah bertujuan mencegah berkembangnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang secara jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

“Suka saya menekankan bahawa peruntukan tersebut khusus kepada umat Islam dan tidak terpakai kepada mereka yang bukan beragama lain.

“Namun, kita tidak pernah mendesak mana-mana pihak untuk menyertai program yang kami tawarkan sebaliknya kami turun padang/promosi melalui laman Facebook untuk mereka menyertai program yang kita anjurkan,” ujarnya.

Katanya, dari program berkenaan, mereka yang terlibat akan menawarkan diri untuk menyertai program kami atas dasar kesedaran dan kerelaan sendiri.

Sumber Awani






15 Komen to Jakim ajak tiga lelaki berpakaian wanita sertai program pemulihan.

  1. Uturn says:

    Tahniah jakim di atas inisiatif yg baik ini. Diharapkan agar lebih proaktif melakukannya.

  2. GT86 says:

    Mana diaorang nk, setan yg menghasut dah peluk dan sanjung diaorang. JAKIM, teruskan usaha murni tu, ziarah-ziarah lah juga penjara sungai Buluh nanti, Insha Allah. Bapak setan ada di situ.
    Melawat peliwat, berdakwah lah………

  3. […] Othman mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang membenarkan rayuan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili …read more […]

  4. itsme says:

    mohon JAKIM juga mewartakan pengharaman pelakon2 yg berlakon jd pondan ni.. tak der faedah apa pun berlakon jadi pondan..

  5. kuman says:

    Then kenapa charge depa at the first place samapi depa bawak pi court? Kenapa tak buat cam ni dari mula mula dulu? Dah terantuk baru nak…

  6. korokstabang says:

    hal sebegini menyedarkan kita umat islam bahawa dalam badan kehakiman negara kedudukan mahkamah syariah masih di belenggu atau berada di bawah pengaruh kuasa mahkamah persekutuan dan hal ini akan menimbulkan komplikasi berterusan dan berpanjangan jika tiada usaha dari pihak kerajaan bagi memperkasakan kedudukan mahkamah syariah menjadi sebuah badan kehakiman islam yang bebas dari pengaruh mahkamah persekutuan tapi hanya terikat di bawah pengaruh DYP Agong.

  7. Anak_Nogori says:

    Boleh tak transform JAKIM ni supaya lebih pro aktif…jangan bila ada kes baru nak bertindak…sama juga dgn semua jabatan2 agama disetiap negeri.

  8. Adam Abdullah says:

    Program seperti tersebut sepatutnya diterangkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi sebagai satu fakta apabila ada perbicaraan atau kes rayuan. JAKIM, JAIS dll Jabatan Agama Islam Negeri bukan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah dengan cara menangkap sahaja tetapi mereka ada program kounselling dan pemulihan juga.

  9. sireh ke gagang says:

    JAKIM harus lebih agresif dalam mempertahankan akidah islam dan enekmen undang2 syariah .

  10. Sontoloyo says:

    Anda boleh fikir sendiri…….. Tetapi yang jelas ialah;

    Di bawah Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Sultan dan Majlis Agama Islam Negeri untuk menubuhkan Mahkamah Syariah di Negeri masing-masing. Butiran 1, Senarai Negeri memperuntukkan “…the constitution, organization and procedure of Syariah courts which shall have jurisdiction only over persons professing the religion of Islam and in respect of any of the matters included in this paragraph…”. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu perintah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah.

  11. bangKano says:

    Ni la standard ganda yang dok ada kat sistem negagha kita…untuk muslim di khusus kan bagi sistem syariah dan para non musliom di ada kan sistem sivil. Dah mendatang kan beberapa masalah pada para hakim bila nak mengadili sesuatu kes yang melibat kan muslim & non muslim.

    Napa bingai sangat yang dok ada kat para pemimpin politik,ahli akademia alias cendikiawan & agamawan kita…? Pasai apa tak di wujud kan satu perundangan tunggal berasas kan ajaran islam. Kan doktrin islami tu universal sifat nya.

    Alquran di turun kan bukan semata mata untuk muslim tapi semua ummat di bumi ini. Kalo aku cakap nanti ada plak pihak tertentu melenting tuduh aku ni fasik laa.

  12. moo says:

    Lelaki menyerupai wanita berdosa and vice versa.

    Kalau tak tutup aurat pulak dosa tak??? Nape dosa mcm ni tak ada tdkn jugak???

  13. WTF says:

    Napa hang MEROYAN Mooh???

    Hang tak puas hati ka lelaki menyerupai wanita and vice versa dihukum manakala org yg tutup aurat tak kena apa2 tindakan???

  14. […] kepada empat anak itu mendakwa diculik oleh tiga lelaki ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran berdekatan Taman Sungai Ramal, […]

Leave a Reply

Threesome