Menu Utama

Jaga BN, jangan korban prinsip UMNO dan Melayu

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ahli parti merenung kembali ramuan kekuatan antara kaum di dalam Perikatan yang membawa kepada kejayaan kemerdekaan negara.

Tegasnya, semangat itu harus terus dipertahan dan dipertingkat di dalam Barisan Nasional (BN) untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

“Ada kata tidak perlu undi orang Cina. Kalau tengok dari segi sejarah, kenapa Tunku Abdul Rahman buat Perikatan kalau tidak menguntungkan kita.

“Tun Mahathir pernah sebut, dia kalah dulu, satu lawan satu; kalau dicabut 3,000 undi daripada kita diberi kepada pembangkang, defisitnya 6,000.

“Sebab itulah Tun Mahathir kalah. Undi orang Melayu tidak cukup hendak tampung sebab terkeluar ayat, tak perlu undi Cina. Itu satu pengajaran kepada dia,” katanya semasa ucapan penggulungan Presiden pada Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kerana itu katanya, UMNO melihat kepentingan menjaga BN, namun tidak sampai mengorbankan prinsip yang dekat di hati Melayu.

“Sebab semua orang kata orang Melayu adil, tegas. Itu kita. Kontrak Sosial sebab apa? Kita hendak bina Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya,” jelasnya.

Najib turut menegaskan, pengumuman mengekalkan Akta Hasutan yang diumumnya merupakan suara hati rakyat yang harus didengar seorang pemimpin.

“Saya dapat rasa, sebagai ahli politik, pemimpin, mesti merasai denyut nadi rakyat. Saya ikuti perkembangan dan dengar pendapat.

“Saya boleh pilih untuk umum keputusan kerajaan di Parlimen tetapi saya tahu, ada satu lagi platform iaitu Perhimpunan Agung UMNO.

“Saya pilih di sini kerana saya hendak semua ahli UMNO sedar, sebagai Presiden parti, saya bertanggungjawab kepada semua ahli.

“Kalau suara UMNO hendak Akta Hasutan ini dikekalkan, maka saya pilih penuhi hasrat ahli UMNO semua,” ujarnya.

Dalam pada itu Najib menyifatkan isu peremajaan parti harus melibatkan beberapa golongan di dalam UMNO.

“Kerjasama, satu haluan. Kalau jeling ke belakang, tidak akan wujud satu keadaan solidariti. Bagi peluang mana yang patut kepada orang muda. Lebih banyak peluang kepada orang muda tapi mesti layak, menepati jil UMNO.

“Ada kriteria-kriterianya. Bukan sembarangan orang. Masuk hari ini terus hendak bertanding. Tidak boleh. Ada masa kita perlu kepada orang lama,” jelasnya.

Sumber Awani






4 Komen to Jaga BN, jangan korban prinsip UMNO dan Melayu

  1. Badrole Amin says:

    aku faham sangat apa Najib kata jadi aku nak kata ya lah ya lah tu!

    2 perkara utama/penting BN harus lakukan untuk mencapai keputusan cemerlang pada PRU14:

    1) membetulkan persepsi negatif pengundi cina kepada BN

    2) mengembalikan sokongan pengundi cina kepada BN(terutama kepada MCA dan Gerakan) untuk PRU14

    aku nak kata(berharap sebenarnya) semoga presiden BN iaitu Najib selalu memantau(bukan terhadap gerak-kerja UMNO sahaja) dan tahu menilai sama ada gerak-kerja MCA dan Gerakan tentang 2 perkara aku sebutkan diatas memuaskan ataupun tidak dan agresif ataupun tidak untuk PRU14…jika tidak, harap Najib dapat bertegas lebih sedikit daripada biasa tentang teguran itu kepada MCA dan Gerakan…takkanlah fasal 2 perkara itu UMNO juga yang kena agresif dalam membuat gerak-kerja untuk 2 parti komponen BN ini…MCA dan Gerakan ini ‘tuan’ kepada UMNO ke?

  2. syaa says:

    cina??MCA GERAKAN TIDOR.makan gaji buta.tak bolah harap.

  3. bangKano says:

    Kini Najib sudah berani menyindir Mahathir….baguslah macam itu jangan biarkan Mahathir asyik mengkritik dia sepanjang masa. Jangan ingat manusia macam Mahathir itu semuanya hebat-habat belaka…Mahathir ada agenda hendak menjatuhkan Najib…PakLah sudah berjaya disungkurkan…apa dia ingat semua manusia boleh begitu mudah dijatuhkankah….? Ini kesilapan Mahathir membuat percaturan politik peribadinya…..daripada 10 strategi bukan semuanya dia berjaya laksanakan…paling hebatpun dia berjaya mencapai 6 itupun sudah tinggi.

    Dahulu dia ambil Anwar masuk kabinetnya untuk mempromosi islam bagi menentang keghairan PAS menegakkan hudud agama…dia sudah berjaya mencapai misinya tetapi dia juga sudah diperolok-olokkan oleh Anwar musibat tersebut. Kemudian Mahathir ambil Ghaffar Baba untuk mengembalikan sokongan orang melayu veteran kepada parti & peribadinya sendiri akibat sokongan orang muda melayu semakin melayu-layu terhadap UMNO.

    Begitulah permainan bijak lagi licik Mahathir untuk memelihara kehebatan & legasi peribadi sendiri…sentiasa mempergunakan kemahiran orang lain demi politik kekuasaan. Buatlah kajian & analisis terhadap aktiviti Mahathir sejak mula menceburkan diri dalam politik tanah air…sentiasa mengambil peluang & ruang untuk kepengtingan dirinya sendiri dengan menopengkan perjuangan demi bangsa,agama & negara kononnya….!!!!

Leave a Reply

Threesome