Menu Utama

Harussani Sifatkan Hakim Mahkamah Rayuan Mahu Cabar Kuasa Allah

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengistiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.

Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.

Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

“Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.

“Saya amat sedih, udang-udang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.

“Dengan keputusan yang dibuat, masyrakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala” katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.

Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalaman supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.

“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.

“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri,” ujarnya.






17 Komen to Harussani Sifatkan Hakim Mahkamah Rayuan Mahu Cabar Kuasa Allah

  1. […] “Saya amat sedih, udang-udang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam …read more […]

  2. bujuk says:

    Susah juga kalau hakim muslim tak faham hukum Islam. Rasanya masa kita budak2 mak-ayah dan ustaz-ustazah dah jelaskan berpakaian menyerupai jantina berlainan HARAM. Isu ni patutnya diputuskan dimahkamah syariah..
    Dengan keputusan ini dah jadi HALAL pulak lelaki berpakaian wanita dan sebaliknya. Kalau tak melibatkan orang Islam.. boleh terima jugak, ni terang2 yg. didakwa dan hakimnya orang islam. Alasan dan pengesahan dari Hospital tak memberi apa2 makna bila.. jelas fizikal seseorang tersebut, lain la kalau khunsa.

  3. Mak Nyemah says:

    Laknatlah Hakim bodoh tu? Semoga tidurnya malam ni dilanda mimpi ngeri. Antara ahli2 neraka adalah hakim2 yg zalim. Sukalah nuar berahi tercapai juga perjuangannya memartabatkan LGBT di Malaysia.

  4. Semangat Dato' Haron says:

    Kerajaan harus mengawal pornografi internet terutamanya melibatkan LGBT. Di sinilah punca permasalahan utama. Sila tapis kandungan internet. Sudah tiba masa Akta Anti-Pornografi digubal. Masalah ini semua berpunca kerana dasar liberal kita pada kebebasan internet.

  5. dkds says:

    rasanya sudah sampai masanya mahkamah syariah dipertingkatkan sehingga hakimnya boleh mendengar kes rayuan dan persekutuan…tidak hanya sampai di mahkamah tinggi, ini bagi menjamin kesucian islam dipelihara dari terus dirogol oleh peguam yang bertunjangkan fahaman liberalis yang di ketuai oleh proksi ambiga majlis peguuam

  6. itsme says:

    mungkin admin boleh war2kan siapakah hakim2 tersebut. ada bbrp jenis makhluk dibumi Allah ini dan spesis yg plg teruk ialah apabila ia melibatkan org2 jahil kpd hukum hakam Allah mnjadi hakim kpd undang2 sedangkan ramau ualamak yg perlu dirujuk atau majlis fatwa yg sentiasa bersedia membantu. Kerajaan perlu wujudkan garis panduan kpd hakim2 yg mengendalikan kes2 berkaitan akidah islam spt mana imam2 bertauliah yg boleh menimamkan solat dimasjid2 & surau.

  7. cj says:

    Ts mufti perak blh dikenakan hukuman kerana menghina mahkamah..
    Apa yg diputuskan oleh hakim yg bijaksana adalah berlandaskan perlembagaan persekutuan yg mn ia adalah undang2 tertinggi di msia..mengatasi segalanya termsk hukum syariah…sekian dimaklumkan.

  8. Adam Abdullah says:

    Ada satu cara dan tindakan yang boleh diambil iaiitu Kerajaan Negeri Sembilan, Menteri Besar NS, Mufti NS, Majlis FATWA KEBANGSAAN dan Majlis Agama Islam Negara menfailkan RAYUAN atas keputusan Mahkamah Rayuan kepada MAHKAMAH PERSEKUTUAN.

  9. Adam Abdullah says:

    http://www.utusan.com.my/rencana/agama/mains-digesa-fail-rayuan-ke-mahkamah-persekutuan-1.21888

  10. fandi ahmat says:

    Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan yang terlibat seperti berikut
    Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus
    Hakim Datuk Aziah Ali
    Hakim Datuk Lim Yee Lan.

  11. wong jowo says:

    hakim di malaysia lebih sayangkan periuk nasi daripada sayangkan allah..sebab tu dia batalkan undang2 mahkamah syariah .

  12. bujuk says:

    cj awak muslim atau bukan?
    Kami hanya nak melaksanakan agama kami yg dijamin perlembagaan. Ini undang2 Islam.. yg lain tak perlu masuk campur.

  13. bangKano says:

    Kita mesti ingat…undang undang syariah bukan perundan gan federal cuma di peringkat negeri jerr..jadi semua perundangan syariah di buat & di absah setakat persetujuan para ahli majlis agama negeri bersama mufti. Perundangan syariah ni tak plak di bentang kan dalam persidangan DUN untuk perbincangan. Di sini la kelemahan ketara perundangan syariah kerana di buat secara melulu ikut nafsu para agamawan yang bersifat autoritarian. Kenapa regim birokarasi agama di negara kita tak ikut contoh sistem khalifah yang demokraftrik bila mana sesuatu perundangan di bincang kan secara mesyarawah…?

    Ni dah jelas regim keagamaan kita lebih selesa mengamalkan konsep kepaderian yang mengongkong pemikiran maysarakat muslim. Manusia tak boleh di kawal pemikiran & tindakan mengikut kehendak individu & kelompok tertentu….islam mengajar kan kita lebih demokratik & memelihara hak hak awam.

  14. bangKano says:

    Harussani ni memang bebal kot…tak kaji peruntukan perlembagaan di mana perundangan sivil mengatasi perundangan syariah. Buat kenyataan melulu ikut emosi hasil nya semua fakta yang di bentang kan berunsur falasi jerrr. Perfundangan sivil ada la di bawah pusat…perundangan syariah plak di bawah kuasaan majlis agama setiap negeri. Setiap perundangan yang di lulus kan setiap negri mesti tak bercanggah ngan fakta dalam setiap artikel Perlembagaan Persekutuan.

    Ni la akibat nya kalo dah jahil tang perundangan negara…kalo berani cabar la keputusan Mahkamah Persekutuan…buat malu jerrr status mufti, perundangan pun tak paham..ada ka mufti negeri punya kuasa membatal kan peruntukan perlembagaan …? Kuasa mufti pun tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ikut peruntukan perundangan negeri yang di bentuk.

    Ingat kenyataan bersandar kan emosi dia leh di dakwa mahkamah kerana dah menghina mahkamah. Dia ni lupa kuasa mufti di bawah kawalan Perlembagaan Persekutuan…tanpa peruntukan artikel perlembagaan ni jawatan mufti & majlis/jabatan agama islam tak kan wujud…..insaf la wahai mufti….!!!!

  15. fandi ahmat says:

    Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan yang terlibat seperti berikut
    Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus
    Hakim Datuk Aziah Ali
    Hakim Datuk Lim Yee Lan.

    Kow Gah Chie | 11:51AM Nov 7, 2014
    Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

    Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

    Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

    Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

    Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

    Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

    Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

    Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

    Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

    Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.

  16. Adam Abdullah says:

    Bang Kano, Bila senang-senang sila baca artikel di laman web di bawah ini. Ada banyak maklumat tentang Undang-Undang Syariah serta sejarahnya.

    http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/3976/Pelaksanaan_Perundangan_Islam_Di_Malaysia.pdf

Leave a Reply

Threesome