Menu Utama

Hapus Subsidi Petrol RON 95 Wajar, Namun Perlu Mekanisme Realistik

Oleh Ab Jalil Backer

Keputusan Kabinet untuk menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember 2014 ini merupakan langkah terbaik mengatasi inflasi dan kemelut kos sara hidup rakyat yang sangat mengganas sekarang ini.

Melalui pengapungan terkawal ini kerajaan akan menentukan harga Ron95 dan Diesel mengikut kaedah RON 97 iaitu bergantung kepada pengiraan harga semasa selama 3-6 bulan sekali.

Ini bermakna sungguhpun subsidi telah ditarik balik, petrol dan diesel masih merupakan barang kawalan dan tidak boleh ditentukan oleh peruncit sesuka hati seperti di kebanyakan negara lain. Adalah dijangka pengahpusan subsidi ini tidak membabitkan sebarang perubahan harga dalam masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama kaedah ini mengelakkan peruncit menaikkan harga berulang kali setiap kali kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi Petrol tetapi tidak menurunkan harga apabila harga petrol diturunkan.

Ketika menumumkan keputusan kabinet ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, berikutan itu harga kedua-dua harga bahan bakar api itu akan dilaksanakan sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Bagaimanapun pada hemat saya kerajaan perlu memperkenalkan harga maksimum tahunan untuk Ron 95 dan Diesel ini. Jika paras harga RON 95 dan Diesel dunia melebihi harga yang maksimum yang ditetapkan, maka kerajaan perlu memberi subsidi sementara sehingga ia kembali ke paras yang realistik.

Melalui kaedah penetapan harga maksimum ini ia memudahkan rakyat, peniaga dan usahawan merancang bajet dan perbelanjaan mereka serta menetapkan harga barangan. Ini sekaligus mengelak kenaikan harga yang berlipat kali ganda setiap kali perubahan harga petrol.

Mungkin juga dalam mengurangkan bebanan subsidi ketika harga RON 95 dan Diesel melambung tinggi, maka kerajaan perlu mewujudkan stok penimbal sendiri bagi membolehkan ia mengawal harga pasaran dalam negara selama beberapa tahun.

Membenarkan RON 95 menjadi tidak stabil juga tidak bagus kepada negara biarpun ia menjimatkan kos pengurusan subsidi. Ini akan menggalakan inflasi dan perbelanjaan syarikat dan individu di luar jangkaan kerana harga minyak dunia sendiri tidak stabil dan bergantung kepada manipulasi pasaran.






5 Komen to Hapus Subsidi Petrol RON 95 Wajar, Namun Perlu Mekanisme Realistik

  1. moo says:

    Pesal Kerajaan BN yg lama mampu managed??? Siap boleh buat Putrajaya, KLCC dan macam2 lagi????

  2. HackerXP says:

    aiseymen.. hang ni moo sbelum komen better tengok fakta.. dulu sekitar tahun 1990 hingga 2003 harga minyak dunia untuk setong hanya USD24.49 hingga USD31.54 atau kurang dari USD40 saja untuk setong.

    Skang harga minyak berkisat sekitar USD80 setong kadang-kadang kurang skit. Bezanya besar moo & perbezaannya itulah yg mempengaruhi harga minyak & subsidi di Malaysia.

    Dgn harga skang lebih kurang USD80 setong atau kurang skit kita boleh jangka harga minyak bermula 1 Disember maybe akan kekal pada harga RM2.30 seliter atau kurang skit.

    Itu belum cerita lg pasal kadar tukaran wang negara kita yg dah banyak berubah moo.. dulu USD1 sama dengan RM2.50 hingga 2.80, skang USD1 sama dgn RM3.35/37 moo.. sekian dulu utk pencerahan moo..

  3. raplahjingaa says:

    hehehehehe…deyyy moooo, dulu hang berlagak minum stout kat brickfield, laa ni hang kene pi jauh di Kelang nuuuu…nak dapat minum todi murah.

  4. bangKano says:

    Bagi moo bebal bagai lembu ternak hanya PR di PM kan oleh Raja Liwat jerr barang tak kan naik termasuk petrol & gas. Apa dia ingat Anuaq tu ada kuasa mukjizat ke leh kawal kenaikan petrol & barangan lain…?

    Porrahhh dai tambi moo….sana leh cakap la……!!!!

  5. tengkudin says:

    mooo kan lembu…apa la dia tau sangat..hahah

Leave a Reply