Menu Utama

Hadi :Ikut suka sayalah nak hadir atau tak mesyuarat majlis Pakatan.

Di tengah-tengah desakan daripada DAP, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Saya tak perlu diminta (hadir), (kalau) saya nak hadir, hadirlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Gombak hari ini.

Beliau diminta mengulas resolusi oleh jawatankuasa eksekutif pusat DAP yang mendesak Hadi menghadiri mesyuarat gabungan itu.

Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat akan datang, Hadi hanya berkata, “atas sayalah nak hadir (atau) tak mahu hadir”.

DAP sebelum ini mengkritik Hadi kerana tidak hadir ke mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan dan perkara itu menyukarkan kerjasama mereka dengan parti Islam itu.

sumber Mkini






6 Komen to Hadi :Ikut suka sayalah nak hadir atau tak mesyuarat majlis Pakatan.

  1. Uturn says:

    kata rakan tahaluf siyasi sekarang apa jadi? elok pas keluar saja dari pakatan syaitan tu.

  2. moo says:

    Korang cuba baca latest The Edge (korang tau tak amende ni?)… pasal 1MDB…punya lah byk projek berbillion …semua kasi kat cina. Ini bukan kasi BRIM RM500 tau..ini billion2 punya cerita. Sapa boss 1MDB? Tak lain tak bukan presiden UMNO Najib. Hidup Melayu! Hidup Melayu! Uwekkkkk…!!!

    Confirm ahli umno melayu ngok ngek….
    .

  3. GT86 says:

    Kalau jawab macam tu…sah lah tahap pemikiran Hadi ni….
    Memalukan….

  4. WTF says:

    Biarlah Hadi Awang tu, dia nak buat apa pun sukati dia lah!!!

    Dah tak relevan pun parti PAS dalam dunia politik Malaysia!!!
    ______________________________________________________________________________
    Moooooooh, org Islam perlu patuh kepada ajaran Al-Quran dan Hadith Sahih untuk mendapat keredhaan Allah SWT di muka bumi ini!!!

    Bukan ikut pada berita dalam The Edge!!!

    Confirm Mooh tak solat Jumaat pada 14th November 2014!!! Sibuk ikut berita dalam The Edge katakan!!!

    http://www.mykmu.net/2014/11/13/plagiat-jawapan-idris-jusoh-sangat-lekeh-jatuhkan-nilai-profesor-negara/

    Hehehehehehehehe

  5. omega says:

    Alaaa.. tegas Hj Hadi setakat mana. Nanti Bang Non datang pujuk mesti cair punya. Perjuangan kemana yg penting jawatan TPM

Leave a Reply

Threesome