Menu Utama

Hadi Cuma Tertekan, Garangnya Seketika Tak Membawa PAS Ke Mana-Mana

“Saya tidak boleh diminta, nak hadir saya akan hadir. Atas sayalah nak hadir atau tidak,” itu antara kenyataan Abdul Hadi Awang apabila ditanya pemberita mengenai desakan rakan sepakatannya DAP yang mahukan Presiden PAS itu hadir ke Mesyuarat Presiden PR di masa akan datang.

Nampak lain macam reaksi Hadi kali ini, bunyinya garang seakan kuat sangat tekanan yang dah tak tertanggung dek tuan punya badan nak menahan perasaan geram. Amarahnya semacam menunjukkan makin sirna kesabaran Hadi selepas asyik ditekan bertubi-tubi oleh rakan sepakatan.

Tidak syak lagi reaksi keras dan garang Hadi itu ada kaitan langsung dengan asakan DAP. Barangkali ia sebagai respon terhadap sindiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang melabelkan PAS sebagai parti yang cakap tak serupa bikin dan tidak memberi komitmen.

Atau mungkin juga disebabkan Hadi rasa tercabar dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memandai-mandai mengarahkannya hadir dalam mesyuarat PR akan datang. Mana-mana satu pun ia tetap berkaitan dengan DAP yang dulunya dianggap rakan tahaluf siyasi PAS sampai ke mati.

Dek kerana reaksi keras Presiden PAS itu, ramailah juak-juak DAP, macai PKR dan balaci PAS Anwarinas di kebanyakan portal dan blog pro PR bingkas bangkit melatah menyelar kenyataan Hadi yang dikira tidak mencerminkan kesabaran seorang pemimpin yang dianggap bertaraf ulamak.

Marah betul balaci PR, tak terjangka di fikiran mereka yang Hadi Awang tiba-tiba berani memberi reaksi sedemikian. Selama berminggu-minggu mereka menghentam membalun batang tubuh Hadi tapi kini Hadi masih lagi ada kudrat nak tunjuk garang dan kuat.

Dalam pada itu, sebahagian penyokong PAS yang masih berdiri teguh di belakang Hadi pula nampaknya kembali bermaya bila melihatkan Presiden mereka seakan bertenaga semula bila berani menyergah DAP. Mereka mungkin mengharapkan kali ini PAS pula yang akan mengajar DAP erti hormat pada rakan sepakatan.

Tapi persoalannya, sampai bilalah agaknya Hadi nak tunjuk garang dengan DAP? Sampai bila keras dan garangnya akan bertahan? Mampukah reaksi keras Hadi itu membangkitkan kembali semangat dan jati diri pimpinan PAS yang lain untuk menyanggah dominasi DAP dalam PR?

Persoalan-persoalan ini cukup penting kerana sejarah hubungan politik kedua-dua parti yang bersekedudukan dalam PR itu selama ini menunjukkan PAS selalunya mudah tunduk mengalah. PAS kerap sangat menyerah kalah bila DAP kembali menyergah. Itu hakikat yang dah terserlah.

Buktinya, ambil contoh isu Negara Islam yang dulunya sinonim dengan PAS sehingga ke peringkat menerbitkan Dokumen Negara Islam (DNI 2003), namun hanya disebabkan bangkangan DAP akhirnya Hadi sendiri yang menukarkannya kepada slogan Negara Berkebajikan dengan alasan Negara Islam tiada dalam Al-Quran.

Itu baru satu contoh bagaimana mudahnya Hadi berubah mengikut desakan DAP. Belum lagi diungkit flip-flop pendirian Hadi dalam isu Kalimah Allah yang akhirnya memaksa Presiden PAS itu menyorok belakang Majlis Syura Ulama PAS setelah terlanjur mengikut kemahuan DAP.

Berdasarkan seimbas lalu sejarah luar tabii PAS yang asyik tunduk pada DAP itu, rasanya tak salah kalau dikatakan garang dan berang Hadi hanya akan bertahan seketika. Itu cuma reaksi keras spontan dari seorang Presiden parti yang tertekan sahaja.

Hadi pun tahu PAS bukannya dominan dan kuat sangat dalam PR. Bila dikira-kira jumlah Ahli Parlimen PAS yang cuma 21 orang ditolak pula puak Anwarinas yang wala’ pada Anwar, Hadi akan sedar kalau dilayan rasa geram hanya kerja sia-sia. Sebab yang dominannya DAP. Yang tentukan hala tuju PR pun DAP.

Justeru itu, reaksi keras dan garangnya itu takkan membawa PAS ke mana-mana. Tertekan ke, diasak dan dibuli hatta ditekan rapat ke dinding sekalipun, akhirnya esok lusa Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang menggertak kembali, tak mustahil Hadi akan tunduk layu semula kembali mengabdikan diri pada DAP.






16 Komen to Hadi Cuma Tertekan, Garangnya Seketika Tak Membawa PAS Ke Mana-Mana

  1. moo says:

    1MDB , PR panggil PM to explain, tapi dia tak nak mai..ini issue negara ..hutang sampai RM41 billion atas nama Malaysia, bisness yg tak menentu and operating at high cost.

    mana Najib??????

  2. […] Tidak syak lagi reaksi keras dan garang Hadi itu ada kaitan langsung dengan asakan DAP. Barangkali ia sebagai respon terhadap …read more […]

  3. moo says:

    .
    Putrajaya Merugikan Rakyat – Mana MACC? ini ratusan juta ni…
    .
    .
    .
    .

    Pendekatan tender terbuka dalam memilih teknologi bagi projek loji insinerator boleh menghalang pembaziran jutaan ringgit wang rakyat yang dihabiskan bagi teknologi bermasalah dibekalkan XCN Technology (XCNT).

    Pengkritik projek itu juga merasakan terdapat unsur yang diragukan dalam cara pegawai kerajaan menilai dan meluluskan insinerator tersebut memandangkan betapa cuainya mereka.

    Mereka berkata, Putrajaya tidak perlu menggunakan pendekatan rundingan terus kerana terdapat pelbagai teknologi bagi loji insinerator di pasaran.

    Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Putrajaya sebelum ini harus membuka bidaan kepada teknologi lain, bukan terus bersetuju dengan teknologi disediakan XCNT.

    “Sepatutnya, bidaan terbuka dibuat bagi memilih teknologi dan buka tender kepada syarikat yang berminat melakukan kerja pembinaan dan operasi.

    “Insinerator mempunyai impak daripada segi kewangan, alam sekitar dan sosial terhadap kerajaan dan penduduk tempatan.

    “Insinerator dibekalkan XCNT bermasalah, contohnya daripada segi kos bahan api untuk membakar sampah dan kos membuang sampah yang dibakar,” kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual melalui emel.

    Menurut laporan pada 11 November, insinerator menggunakan kepakaran syarikat XCNT berdepan masalah kelewatan yang serius daripada segi pembinaan dan operasi.

    Putrajaya memberi kontrak empat insinerator iaitu di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Cameron Highlands dan Tioman kepada syarikat itu melalui rundingan terus walaupun ia menggunakan teknologi yang belum terbukti.

    Pada Disember tahun lepas, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming membangkitkan yang syarikat itu tidak banyak pengalaman dalam pembinaan dan pengoperasian loji insinerator.

    Pada Selasa lepas, Nur Jazlan menyarankan Putrajaya mengambil tindakan terhadap panel penilai yang terbabit dalam pemilihan teknologi dan perancangan projek loji insinerator tersebut.

    Mereka termasuk ketua setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ketua pengarah jabatan pengurusan sisa pepejal negara.

    “Kerajaan memutuskan memberikan lima projek insinerator bernilai RM200 juta melalui rundingan terus.

    “Ia sepatutnya cuba satu dulu dan lihat bagaimana ia berfungsi. Insinerator berkenaan tidak berfungsi seperti di dalam kontrak,” katanya.

    Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar mempersoalkan bagaimana pegawai dan pakar terlibat boleh jadi begitu cuai dalam menilai projek itu.

    Ini kerana, semua tiga fasa utama sesuatu perolehan sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta, biasanya melibatkan langkah-langkah memastikan projek itu benar-benar perlu, terdapat nilai untuk wang dan dapat diselesaikan mengikut masa dan spesifikasi ditetapkan.

    “Pertama, anda harus putuskan sama ada rakyat benar-benar perlukan projek itu atau anda perlukannya kerana ada seseorang yang hendak buat duit?,” katanya.

    Beliau juga mempertikaikan bagaimana pegawai dan panel terlibat boleh meluluskan projek itu berdasarkan kertas cadangan syarikat itu sendiri seperti dapatan PAC.

    “Kedua, berhubung fasa ‘due diligence’ (usaha yang wajar). Bagaimana pegawai itu boleh terus percaya dengan apa yang kontraktor cadangkan kepada mereka?

    “Mereka sudah bertahun-tahun kerja di sana, tentu mereka tahu bagaimana nak ‘google’ sesuatu perkara dan buat kerja rumah mereka,” katanya.

    Pada fasa penyampaian apabila projek itu dilaksanakan, Akhbar mempersoalkan kenapa tiada siapa mengambil tindakan apabila jelas yang loji itu mengalami kelewatan pembinaan. – 17 November, 2014.

    MENYUSUL LAGI
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/projek-insinerator-gagal-bukti-putrajaya-perlu-sistem-tender-terbuka#sthash.MNp0wiQw.dpuf

  4. raplahjingaa says:

    Rasa tak seronok pulak PAS jadi macam ni…rasa sedih pun ada, satu parti melayu diberi kata dua oleh cina pendatang !!

    oiii…orang PAS, bila nak bangun tidur !!

  5. WTF says:

    Pedulikanlah Hadi Awang tu, PAS pun dah tak relevan dalam dunia politik Malaysia!!!
    ____________________________________________________________________________
    Mooooooh, Najib Razak bukan ahli parti DAP, PKR mahupun PAS yg terikat dalam “peraturan” kepimpinan Pakatan Rakyat, di mana ahli2 parti DAP, PKR mahupun PAS boleh diperintah pada bila2 masa untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat!!!

    Tanggungjawab Najib Razak untuk memberi penjelasan tentang 1MDB adalah kepada rakyat jelata, bukan pada Pakatan Rakyat yg KALAH dan tidak mendapat sokongan rakyat untuk memerintah Malaysia pada PRU 13!!!

    Cubalah sedar sikit, yang KALAH tak boleh perintah org yg MENANG!!!

  6. moo says:

    .
    .

    Siapa yg tak serious pasal Negara ???

    A large number of questions went unanswered during parliament’s Question Time today due as several federal lawmakers and ministers were absent.

    The 90-minute session which started at 10am saw the house skipping one question after another until question 24 in the order paper because the MPs who were to answer them were absent.

    Ten lawmakers from both sides of the divide were absent from the Dewan Rakyat today.

    Ministers from the transport and tourism and culture ministries were also absent.

    Usually, the house does not go beyond the twelfth question on the order paper and rarely do other questions beyond that get addressed.

    The absences saw the remaining MPs in the Dewan Rakyat good-naturedly ribbing each other, with some calling out the word “ponteng” (playing truant). – November 17, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/parliaments-question-time-a-dud-no-thanks-to-absent-mps-and-ministers#sthash.ao97hiwL.dpuf

  7. moo says:

    WTF,

    Based on your reply, kami rakyat , kami berhak tahu! Nampak sgt Pemimpin BN sombong…

  8. WTF says:

    LOL, hang berhak tahu apa Moooooh!!!

    Kami semua tahu Mooh tak solat Jumaat pada 14th November 2014!!!

    http://www.mykmu.net/2014/11/13/plagiat-jawapan-idris-jusoh-sangat-lekeh-jatuhkan-nilai-profesor-negara/

    Hehehehehehehehe

  9. moo says:

    In another twist to the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) saga, a federal lawmaker has claimed that the state sovereign fund is diverting part of the proceeds of the US$3 billion (RM9.6 billion) loan raised by its subsidiary to fund operating expenses and pay off its burgeoning debts.

    This, said Tony Pua (DAP – Petaling Jaya Utara) clearly showed that 1MDB was facing difficulties in balancing its cash flow.

    The sovereign fund’s wholly owned subsidiary, 1MDB Global Investments Limited, had issued a bond to raise US$3 billion in March last year.

    According to the offering circular issued by Goldman Sachs, 1MDB Global Investments will “either on-lend all of the nett proceedings of this offering” to Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) or “use the nett proceeds of the offering to fund its investments in ADMIC”.

    However, in its latest financial statements for the year ended March 2014, 1MDB had said that the remaining nett proceeds had been utilised by the company for working capital and debt repayment purposes.

    Of the US$3 billion bond, US$283 million were paid to global investment bank Goldman Sachs International for certain commissions, fees and expenses while US$1.56 billion is invested with a licensed financial institution.

    This, said Pua, means that the balance of US$1.16 billion was diverted to parent company 1MDB to repay the latter’s debts and fund its operating expenses.

    “The transfer of US$1.16 billion, or 42.7%, of the funds to be used by the parent company, 1MDB, to help pay its debt and cover the shortfall in operating expenses is a clear breach of the offering circular,” he said at a press conference at the Parliament lobby today. – November 17, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-abusing-proceeds-from-us3-billion-bond-says-dap-lawmaker#sthash.vxcc5lai.dpuf

  10. moo says:

    WTF …memang aku tak solat Jumaat, tapi kalau musafir apa hukumnya dalam islam???

    Nampak sgt hang dungu..hang pikiaq keja hang, keje aku sometime need aku kat outsation, tgh tggu flight…

    Nampak sgt hang telah membunuh…(dosa fitnah)..

  11. system baru says:

    moo sudah itu moo.jangan nak putar belik ia , kalau setakat tong sampah pua itu siapa nak percaya ia, ingat kes sabah dulu tong pua sampah itu cakap unmo belakon disebab pencerobohan sabah ,sampaikan penduduk sabah nampak tong pua sampah itu di pukul dia ,sampal baju tong sambah koyak rabak di mahu berlakon di sabah

  12. WTF says:

    Tak payah lah nak membelit Moooooh, hang tak solat Jumaat sebab hang memang bukan org Islam pun!!!

    Buat apa hang nak MENYAMAR kat sini!!! Agama Kristian ajar hang MENIPU ka Moooooh!!!!

    Hehehehehehehehe!!!!

  13. KJ says:

    Kalau memberi pendapat, harap dapat berikan pendapat sendiri yang asli. Tidak perlu “Cut and paste” dari mana mana sumber kerana dalam dunia internet ini semua boleh buat rujukan. Sumber juga perlulah pelbagai, supaya menunjukkan bahawa kita melihat dari semua sudut.

  14. […] Tapi persoalannya, sampai bilalah agaknya Hadi nak tunjuk garang dengan DAP? Sampai bila keras dan garangnya akan bertahan? Mampukah reaksi keras Hadi itu membangkitkan kembali semangat dan jati diri pimpinan PAS yang lain untuk menyanggah dominasi DAP dalam PR?… Selanjutnya sambung di MyKMU.Net… […]

  15. Syed says:

    Moo celaka … kepala hotak punya orang…

  16. anakbochek says:

    Moo tu RBA (Red Bastard Army). SOP RBA mmg macamtu, cut and paste. There’s nothing inside their head. Entah2 atheis kot moo ni?

Leave a Reply

Threesome