Menu Utama

Hadi Awang Diasak Bertubi-tubi – Sebijak Mana Ahli PAS?

pas hadi

Ke mana lagi harus Hadi Awang pergi?

Itu persoalan yang harus diasimilasi dengan baik oleh seluruh ahli PAS, mahupun penyokong mereka dalam senario yang sedang berlaku sekarang ini. Sedang proses asimilasi itu tidak sukar, jawapan yang bakal menjadi pilihan ahli PAS haruslah tepat, berdasarkan cita-cita dan perjuangan almarhum Ustaz Fadhil Noor, yang konsisten dengan prinsip perjuangan PAS.

Umum tahu dan mengerti, akan situasi canggung yang sedang dihadapi oleh Hadi Awang, apabila dikeliling oleh “ulama yang tebal solekan kealimannya”. Ke utara, selatan, timur atau barat, hala tuju bahasa badannya seringkali menggambarkan rasa tidak selesa waima bermahkotakan kerusi empuk sang presiden.

“Bisikan-bisikan liberalisme dan pluralisme” terasa cukup dekat di cuping telinganya, bahkan hampir setiap kali, fahaman-fahaman tersebut menjadi santapan halwa telinga. Sejauh mana Hadi Awang dapat bertahan “keimanannya”?

Apa yang berlegar di sekelilingnya, beliau masih mampu bertahan. Namun, sejauh mana sedang “racun-racun liberalisme” itu sedang semarak hijau di kawasan parlimen yang dimenanginya?

Tersusun, dan terancang, bukan kebetulan, itu firasat penulis tentang kenyataan terbaru dari Gobind Singh, yang semata-mata meletakkan Hadi Awang sebagai punca atas kononnya tiada kerjasama yang baik dari Parti Islam Se-Malaysia. Menariknya, “tarian politik” Gobind didendangkan dengan “keynote” yang sama seperti mana kenyataan dari Lim Guan Eng sebelum ini. Fokus Hadi. Fokus Hadi.

Dihambat luar dan dalam, dengan kadar konsistensi yang tinggi, mengakibatkan Hadi senantiasa dalam posisi meraih tekanan yang tinggi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya beliau semahunya berkata “Atas sayalah hendak hadir atau tidak mahu hadir” dalam kemelut pertikaian kehadirannya dalam mesyuarat Pakatan. Luahannya tanpa disedari, menetapi ciri-ciri golongan yang sedang menghadapi segunung tekanan. Sekali imbas, tidak salah untuk menafsir wujudnya unsur-unsur amarah dan emosi.

Hakikatnya, itulah yang dimahukan oleh para pendesak yang mahukan Hadi Awang berundur, demi melengkapkan proses meliberalisasikan fahaman dan akidah ahli PAS mengikut cara, mutu dan gaya sekutunya.

Hadi Awang perlu didesak sehari-hari, setiap jam agar terus-terusan berada di dalam kondisi tidak sihat. Untung-untung, beliau akan berundur dengan sendirinya. Atau pun kondisi tidak sihat itu yang bakal membuat keputusan.

Dengan dua kebarangkalian tersebut, maka keuntungan abadi bakal dimiliki oleh kumpulan pendesak; “say no to Hadi Awang”. 






11 Komen to Hadi Awang Diasak Bertubi-tubi – Sebijak Mana Ahli PAS?

  1. raplahjingaa says:

    Dosa dia mengkafirkan umat Islam adalah jauh lebih besar dari kifarah yang sedang dia lalui sekarang. PAS akhirnya akan dikuasai oleh puppet-puppet DAP seperti mat sabu mujtakdakhead rawa dan Khalid Samad…

    Siapa sangka begini jadinya pengakhiran PAS….sedih kan ? aku harap sangat akan ada pemimpin PAS yang muncul dari mana-mana, dan megutip maruah PAS yang dah bersepai dalam longkang, dan digilap kembali untuk menjadi parti saingan UMNO yang jauh lebih berwibawa. Aku harap sangat-sangat.

  2. kulaan says:

    Aku tak kisah sangat kemelut ini jika parti ini tak dinamakan Parti Islam Semelaysia. Untungnya UMNO jugak. Tapi aku tak sanggup melihat parti yang berlabel berkenaan berubah kepada ataupun dipimpin kepada yang tak sewajarnya dan bakal mengelirukan Umat islam yang mungkin kurang berilmu.Wallahualam

  3. GT86 says:

    Brother Rap,
    Jangan harap bro, pemimpin2 PAS dah dikasi oleh DAP dan PKR. Hingga mereka dah jadi bodoh dan hilang wibawa.
    Sahih, inilah balasan dari Allah Taala. Allah dah campakkan perasaan takut dalam diri diorang, ini bukan pasal redha. Apa dah si Hadi buat pada Islam dulu?
    Dr M, bagaimana keadaan nya sekarang? Bagaimana pulak dgn musuh2 beliau? Tak kan lah ahli2 PAS sendiri tak nampak hal ni. Matahati dah di butakan?
    PAS lah yang telah melemahkan Islam dan yang menjatuhkan Maruah Islam.
    Bubar aje PAS, buat yang baru.

  4. anakbochek says:

    Kalau PAS dibubarkan maka bersoraklah PASMA, DAP dan PKR. Cita2 mereka untuk melunyaikan Islam telah berjaya dan ianya dilakukan oleh manusia bertopengkan Islam juga.

    PAS tidak perlu bubar. Keluar dari Pakatan dan bangkang keputusan DAP dan PKR yang menyentuh Islam. Berpadu dengan UMNO demi Islam. Tidak perlu masuk BN cukup bersatu hati dalam soal yang menyentuh kesejahteraan dan sensitiviti umat Islam. Pedulikan retorik “demi rakyat”, “untuk rakyat” kerana itu semua bullshit semata2.

    Wake up ulamak serta ahli PAS yang masih sayangkan PAS.

  5. alimedanbaru says:

    dah sampai nak jutuh dalam jurang pun
    Pas masih mamai macam minum ketum
    Pas terbelah dengan ujudnya Pasma
    Pas dihinggap virus politik ebola
    pemimpin spt mat sabu, mujahid rawa, khalid samat dan pahrolrozi
    adalah watak anak makan bapak
    bulan salah ibu mengandung
    tetapi pendidikan Pas tidak ikut jalan sunnah Nabi saw
    nawaitu untuk dunia bukan akhirat
    Islam diluar bukan didalam
    inilah padahnya
    Pas lupa ayat :’yg kamu benci mungkin itu lebih baik buat kamu’
    tapi Pas tetap Pas, ego dan besar diri
    UMNO bersempati dengan kamu Pas!

  6. semangat dato' haron says:

    Inilah akibatnya apabila Parti dimasuki agen2 dajjal yg merosak Dan menukar hala tuju Parti. Siapa sangka kedudukan ulama dlm PAS boleh menjadi sehina ini. Harap ulama2 dlm PAS yg masih utuh dpt mempertahankan hala tuju sebenar perjuangan parti.

    UMNO juga seharusnya belajar dari apa yg terjadi pada PAS apabila pemimpin2 munafik dan liberal diberi kuasa dan merosakkan perjuangan sebenar melindungi dan mempertahankan Islam, Melayu dan Raja2. Kita mungkin telah berjaya menyingkirkan bala malapetaka bernama Anwar Ibrahim dari parti. Namun masih banyak lagi manusia2 jenis ini yg menunggu kesempatan utk naik dan merosakkan parti. Ingat UMNO milik ahli bknnya segelintir pemimpin sahaja. Tidak ada siapa lebih berkuasa dari parti hatta Dato’ Onn pengasas UMNO.

    Utk anak lelaki karpal singh, ko ckp mcm Kualiti mengutuk belanga. DAP ko tu terang2 dikuasai Dinasti Lim lebih2 lagi sejak kematian tragis bapa ko di bumi bertuah Perak di mana bapa ko didapati bersalah bwh akta hasutan menghina bekas Sultan negeri tersebut. Lebih baik ko fikir bagaimana mengukuhkan kembali pengaruh politik keluarga Karpal Singh di dlm DAP supaya legasi 40 tahunnya tidak hilang begitu sahaja. Aku bimbang tanpa Karpal Singh, tiada siapa yg boleh mengawal tindak tanduk mereka.

  7. Semangat Dato' Haron says:

    Kenyataan Gobind ni seolah2 membawa maksud lain iaitu Hadi Awang ni adalah satu2nya penghalang pelan DAP dan PKR mengawal PAS secara total melalui proksi mereka. Bagus2 Hadi Awang sila teruskan apa yg anda buat. Jgn keluar dari Pakatan Rakyat, jgn biar mereka menguasai Selangor secara total. Akan dtg 50 tahun lagi, sejarah akan mengenang Hadi Awang sebagai pemimpin Melayu yg berjaya menghalang revolusi jahat DAP dan PKR. Inilah peluangnya Hadi Awang utk mencuci dosa lampau kerana memecah belahkan orang Melayu dgn mengkafirkan sesama sendiri. Penyatuan Melayu Islam adalah tonggak penting kestabilan Malaysia.

  8. moo says:

    rrrrrrrrrrrr….Bukan Najib pun di asak bertubi oleh ex PM, bukan Pak Lah pun di asak bertubi2 oleh ex PM, bukan TAR pun di asak bertubi2 oleh ex PM?

  9. moo says:

    .
    Tahniah Kerajaan BN!.
    .
    .
    .
    Fuel subsidies for RON95 petrol and diesel will be scrapped from December 1, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek announced this afternoon.

    The retail price for these two fuels will be decided by a “managed float”, he told a press conference in Putrajaya. – November 21, 2014.
    – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/subsidies-cut-for-ron95-and-diesel-from-december-1#sthash.azXU3Kkq.dpuf

  10. Syed says:

    Jika no more subsidi petrol / diesel Kerajaan perlu timbangkan insentif lain utk rakyat yg lebih terarah. Selama ini banyak diselewengkan… diseludup. . Dll. Utk semua peringkat rakyat… sbb rakyat tetap rakyat perlu dipayan dgn adil….

  11. arhi says:

    Apa pula komen Nik Aziz yg begitu menyenjung Anwar Ibrahim dan DAP dgn scenario yg berlaku ini SEHINGGA MERELAKAN DIRI UNTUK HADIR MAJLIS HARI JADI di Penang bersama LGE dan menghadiri di hari kematian mendiang Kugan dan TEO Bebg Hock serta bersama Ambiga dalam demonstrasi bersih begitu mulia DAP baginya,baginya tak apalah asalakan dapat jatuhkan UMNO,BN

Leave a Reply

Threesome