Menu Utama

Guan Eng Perli PAS, atau Presidennya?

guan eng sindir hadi awangTidak perlu kita berkias-kias tentang siapa yang Guan Eng maksudkan di dalam ucapannya seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah portal pembangkang. Hakikatnya, kita tahu dengan jelas bahawa ianya ditujukan kepada PAS.

Nada Guan Eng sangat dominan, seolah-olah tidak takut dengan desakan akar-umbi PAS yang mahu mengkaji semula kedudukan PAS di dalam Pakatan. Bahkan, melalui laman sosial, sudah mula ada pro-ulama yang mengecam tindakan Guan Eng kerana membuat komentar terbuka seperti itu.

Persoalannya, apakah pro-ulama golongan yang dikhuatiri oleh Guan Eng pada masa kini? Hemat penulis menafikannya, kerana ada maksud yang lebih besar dalam ucapan beliau itu.

Jika diteliti di dalam ucapannya, Guan Eng bijak mengajak ahli PAS berfikir. Malah, Guan Eng secara “rendah diri”, mengakui bahawa beliau tidak tahu harus bagaimana untuk berurusan dengan parti itu disebabkan keputusan jawatankuasa tertinggi pun mampu ditolak oleh presiden parti.

Gaya penyampaian politik, cukup halus permainan dan maksudnya bagi yang mengerti. Bukan parti PAS menjadi sasaran utamanya, tetapi lebih tepat, ialah presiden parti itu sendiri. Rata-rata komentar di media-media sosial bersetuju, bahawa golongan ulama PAS merupakan ancaman kepada tahaluf siyasi Pakatan Rakyat. Dan Guan Eng juga sedar, bahawa PAS amat diperlukan di dalam Pakatan Rakyat. Siapa lagi yang mampu diperkudakan di dalam Pakatan selain PAS.

Strategi Guan Eng memang licik, iaitu mengelak dari sebarang pertelingkahan dengan ahli PAS apabila tidak melakukan provokasi melampau terhadap PAS, sebaliknya memilih untuk memanipulasi pemikiran ahli PAS, tentang keupayaan dan kredibiliti presiden PAS. Seolah-olah, presiden parti lah yang menjadi penghalang utama dalam keputusan bersama Pakatan Rakyat, terutamanya dalam kemelut Menteri Besar Selangor suatu ketika dulu.

Selepas ini, terserah kepada Anwarinas pula untuk memainkan peranan.

Samada suratan atau kebetulan, kenyataan Guan Eng ini seperti tepat pada masanya, iaitu tatkala PASMA pula dikhabarkan sedang pergiat usaha untuk menambah keahlian di kawasan Marang, kubu kuat presiden PAS. Siapa sangka, siapa menduga.

Presiden PAS sedang ditekan hebat, bukan sahaja dari golongan Anwarinas, malah juga dari DAP. Mungkin inilah jawapan ke atas “sambutan dingin” solidariti untuk Hadi Awang yang diterimanya sempena perbicaraan kes saman malu “pil kuda” PRU13.

Siapa bakal pengganti Hadi Awang nanti?






13 Komen to Guan Eng Perli PAS, atau Presidennya?

  1. samad says:

    eleh, guan eng pun masih dok pegang jawatan setiausaha DAP biarpun kalah undi perwakilan. Mau bising lagi.

    Choiii…PAS dan DAP elok la, dua dua sama poyo.

    tanpa PAS, DAP tetap ditakuk lama. Tapi nasib PAS ni tidoq.

  2. moo says:

    A known Hong Kong firm called Bridge Partners has been appointed to manage around RM7 billion (US$2.3 billion) of the controversial funds of 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

    Public information on the company is scarce, PKR’s Pandan MP Rafizi Ramli said today. and he questioned the decision to hand the management of the funds to a company that is not monitored under Malaysia’s own laws.

  3. Uturn says:

    hadi awang la sasaran guan eng tu……pas dah kena hentam dgn dap kaw2 dah, tapi pas saja muka tak malu masih duduk dlm pakatan

  4. system baru says:

    Sudah itu mooo kita orang tak percaya pada rafizi itu ia suruh bagi bukti tak ada siapa mahu percaya ia

  5. bajak says:

    ala mooo..cite rm15 juta yg faekah dedah kn xnk ulas ke???

  6. moo says:

    bajak..

    Faekah dedah RM15 juta???

    Report la kat MACC. Tengok ada kes ke tak??

    Malaysia bayar sampai 11% management fee kepada Goldman Sachs, padahal yuran kebiasaan ialah 0.5% – 1.5% ja. Ini dari jumlah Lebih kurang RM5.5 billion bond, maka 10% dah sama RM1.0 billion.

    Mana machai UMNOngok????

    sbb deal melibatkan billion2 korang tak paham ye????

  7. reds says:

    deyy moo….orang x percaya laa cakap rafizi tuh…dah berapa kali kantoi mengencing…..cakap main lepas…tapi bukti tarak….kalo ade bukti dah lama kecoh laa….x abis abis nak sebar fitnah tanpa bukti….dah laa kutip pon kat blog sampah…..ko jangan lupa samak tau lepas pegang anjing….

  8. Badrole Amin says:

    bukan sahaja fasal 1. isu hadi awang dan PAS menolak wan azizah sebagai MB malah fasal 2. hadi awang tidak setuju pakatan rakyat menobat peliwat terlaknat anwar menjadi PM telah juga membuat lim guan eng tidak berkenan pada hadi awang dan PAS sejak dari dahulu lagi(selepas pasca PRU12)

    mengikut syarie, sebagai orang Islam apatah lagi digelar seorang ulama tentulah hadi awang harus menolak 2 fasal yang aku sebutkan diatas dan kafir laknat lim guan eng tidak wajar terus memperli atau menyindir hadi awang dan PAS jika apa yang dia peril dan sindir itu melibatkan sentimen tentang 2 fasal itu

  9. Bellaz says:

    Dear moo

    Rafizi ni terkenal sebagai pakar mengutip fakta sampah dari pelbagai website yang tak diyakini. Dia punya statistik pasal “pendidikan percuma” , harga minyak etc dulu, bagi kami yang dah lebih 10 tahun dok kat pelbagai negara luar ni, memang buat kami gelak terguling-guling. Pandai dia potong sekerat2, pilih2 mana yg dia sedap pakai… Memalukan malaysia saja orang macam ni. Garbage betul fakta dia…

    Kalau betul dakwaan dia kali ini, bawalah ke parlimen. Kita semua rakyat, kalau benda tak baik untuk rakyat, kita kenalah brsatu tolak sama2 tanpa mengira parti.

    Tapi, buktikanlah dulu. Dan bagi pihak sana jawab dulu. Kita dengar siapa yang auta…

  10. WTF says:

    La Mooh, hang pun patut report pasal kisah yg hang bawak kat sini pada MACC!!!

    Tengok ada kes tak Mooh hang canang cerita pasal 1MDB!!!

    Oh ya Mooh, Anwar Ibrahim selalu kata yg Anwar Ibrahim BENCI pada rasuah!!!

    Cuba cerita kat aku, berapa kali Anwar Ibrahim buat report kat MACC pasal kes rasuah ahli2 BN???

    TAKDER KAN MOOH!!! HEHEHEHEHE!!!!

  11. wong jo woo says:

    guan eng perli org melayu sebenarnya..keturunan babi ni mana senang tgok islam n melayu senang ati..melayu je yg tak sado diri…layan je babi tua tu bercakap..

  12. Badrole Amin says:

    kepada moo…

    engkau dah buat check-up ke belum?

  13. dkds says:

    kalau ahli Pas masih sayangkan hadi awang , mereka pasti bersungguh mempertahankan…tapi sekiranya majoriti ahli Pas melihat hadi awang sebagai satu bebanan buat mereka menakluk Putrajaya, pasti mereka akan menjatuhkannya…walau apa pun keputusan yang ahli Pas buat, yang pastinya DAP memanglah sebuah parti dominan dalam pakatan, Apantahlagi apabila anwar sudah tidak relevan lagi

Leave a Reply

Threesome