Menu Utama

Feriz, Mana Pelan “200” Muka Surat?

Penulis agak tertarik untuk mengulas mengenai sidang akhbar “tertutup dan terpilih” anjuran syarikat swasta baharu berumur sekitar 2 bulan, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd (Jentayu) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysian Airlines (MASEU) baru-baru ini.

Sememangnya sidang akhbar berkenaan ditunggu-tunggu rakyat Malaysia bagi mengetahui kandungan “pelan strategik” Jentayu yang kononnya mempunyai “200 muka surat yang hebat” sebagaimana yang dinyatakan Pengarah Urusannya, Feriz Omar, sebelum ini.

Feriz mendakwa kertas cadangan “200 muka surat” itu telah dikaji dan diteliti pakar-pakar bidang berkaitan, termasuk “menyelamatkan” sekitar 6,000 kakitangan MAS yang bakal diberhentikan.

Penulis tertanya-tanya, mengapa Feriz tidak langsung menyentuh jumlah muka surat kertas cadangan yang diberikan pada Khazanah untuk diteliti?

Apakah kerana kertas cadangan yang dihantar pada Khazanah untuk dipertimbangkan itu hanya mengandungi tidak lebih 25 muka surat yang “lebih banyak gambar dan profile syarikat berbanding isi kandungan”?

Apakah Feriz rasa kertas cadangan “sebenar” yang diberikan pada Khazanah cukup “ampuh”, meyakinkan dan mampu membuat syarikat berkepentingan kerajaan itu tertawan dengan “pelan strategik”nya?

Pelan tersebut sepatutnya bukan kerja main-main memandangkan yang bakal dipertaruhkan nanti merupakan sebuah syarikat penerbangan yang membawa maruah negara ke serata dunia!

Bermain dengan persepsi kononnya cuba “menyelamatkan 6,000 pekerja MAS”, apakah itu boleh dikatakan sebagai “efektif” apabila ramai penganalisis dan pakar industri penerbangan sebelum ini menegaskan MAS perlu mengurangkan jumlah pekerjanya secara drastik.

FERIZ OMAR / JENTAYU
Penganalisis ekonomi dan pakar-pakar kewangan seperti Dr. Yeah Kim Leng, Ahmad Zakie Ahmad Shariff dan ramai lagi menjelaskan bahawa pengurangan kos amat perlu bagi memastikan syarikat penerbangan itu mampu beroperasi secara efektif seperti syarikat penerbangan lain.

Misalnya, Singapore Airlines hanya mempunyai sekitar 14,000 kakitangan sahaja dengan jumlah pesawat dan destinasi yang hampir sama berbanding MAS yang mencecah lebih 20,000 kakitangan itu.

Bukan itu saja, bagi menyelesaikan masalah perberhentian kerja itu, MAS telah menyediakan pelan yang benar-benar berkonsep kebajikan dan holistik yang telah dipersetujui MASEU sebelum ini.
Penulis tertanya-tanya, Feriz mahu selamatkan pekerja atau MAS? Untuk menyelamatkan MAS, maka Feriz perlu kurangkan kos dengan terpaksa menjadikan 6,000 kakitangannya sebagai “kos melepas”.

Atau Feriz mahu selamatkan 6,000 kakitangan syarikat itu dengan menyaksikan MAS terpaksa menanggung kos lebihan yang akhirnya akan menyebabkan MAS “mati” secara perlahan-lahan? Di saat itu bukan saja 6,000 kakitangan yang hilang kerja, malah lebih 14,000 kakitangan lain akan menerima akibatnya, bukan?

Tidak perlulah Jentayu bermain strategi dengan menanam “racun simpati” pada 6,000 kakitangan yang akan diberhentikan itu kerana sememangnya semua pihak bersimpati pada mereka sebelum ini. Tidak perlu “menanggung di air yang keruh” jika benar ikhlas, bukan?

Namun selepas diumumkan 12 langkah pelan Khazanah, khususnya tentang pusat khas bagi membantu kebajikan 6,000 kakitangan MAS yang bakal diberhentikan itu, ramai yang memuji langkah itu, termasuk MASEU sendiri.

Penulis menekan mengenai kandungan muka surat kertas cadangan itu memandangkan Jentayu mendakwa pelan mereka sangat “strategik” untuk mengukuhkan 12 langkah Khazanah. Namun desas-desus mengatakan Jentayu hanya kemukakan kertas cadangan yang hanya mengandungi 23 muka surat, bukan 200 muka surat sebagaimana yang dikatakan Feriz sebelum ini. Benarkah?

Sekiranya desas-desus itu benar, sekiranya penulis jadi Khazanah, sudah tentu penulis “reject” sahaja kertas cadangan yang diberikan Jentayu. Apa yang boleh diteliti kalau kertas cadangan sepenting itu hanya mengandungi lebih kurang 23 muka surat sahaja?

Perlu diingat bahawa yang mahu dimantapkan itu adalah MAS yang membawa maruah negara dan bukannya syarikat kecil tepi jalan. Harapnya tidaklah jadi sebagaimana isu “kes kepala lembu” dulu, kan?






6 Komen to Feriz, Mana Pelan “200” Muka Surat?

  1. […] Penulis tertanya-tanya, mengapa Feriz tidak langsung menyentuh jumlah muka surat kertas cadangan yang diberikan pada Khazanah untuk …read more […]

  2. moo says:

    Cepat Minggu Depan ada Lawak Mega 2014 kat PWTC.

    Nanti ada pantun seloka, sajak, syair, nyanyian, nangis2 dan lawak jenaka dan yg penting bodek pemimpin.

    Lagu tema: Anak kecil main api….bla..bla..

  3. Uturn says:

    letak kat website la pelan tu, kami pun nak tgk mampu ke tak mampu jentayu danaraksa nak ambilalih mas tu

  4. raplahjingaa says:

    Mooo hang jangan lupa tengok tau…ada LIVE dalam TV lagi, ialah UMNO kan parti pemerintah, apa pun yang diputuskan akan memberi kesan pada hidup hang, itu penting !

    Lain la perhimpunan DAP samapi sekarang tak boleh settle lagi, dah boleh dikira illegal, perhimpunan PKR tok sah cakap laaa, kerusi melayang sana sini, PAS pulak…lagi sedih ! kotor dan menjijikan. Apa pun keputusan ketiga-tiga parti ni buat, hanya retorik dan tak memberi kesan apa-apa pada sesiapa pun.

    So tanda arasnya hang mesti kena tengok perhimpunan UMNO. Hang tunggu depan TV jangan pi mana.

  5. WTF says:

    Kan aku dah cakap hari tu, MACAI macam Mooooooh mengikut PAU dgn penuh KONSENTRASI!!!

    Oh ya Moooooooh, hang nak kutuk org2 UMNO suka pantun seloka, sajak, syair, nyanyian, nangis2 dan lawak jenaka dan yg penting bodek pemimpin, aku tak kisah Mooooooooh!!!!

    Tapi ada lagi perhimpunan lagi LAWAK MEGA, iaitu pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR)!!!

    Kerusi terbang sana sini, kepala berdarah pun ada, siap boleh ada ahli2 PKR buat DEMO kat luar ibu pejabat PKR dan juga ugutan terhadap calon2 PKR!!!

    Bila pemilihan PKR akan datang Mooooooooh!!!

    Aku nak jual kerusi la kat hangpa semua!!!!

  6. anakbochek says:

    Wuihhh… kalau dah kerusi terbang bukan lawak mega lagi. Itu dah standard WWE. WWE ni 10% betul dan 90% temberang, sama macam mentaliti pemimpin Pakatan. Dan yang melopong mulut sambil tangan genggam penumbuk ialah macai2 Pakatan yang jadi penonton macam Mooo.

Leave a Reply

Threesome