Menu Utama

DS Najib Saman Tony Pua Isu 1MDB: Bahas & Fitnah Ada Bezanya Wahai Lim Kit Siang

Dua tiga hari lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Tony Pua meminta Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu meminta maaf dan menarik balik kenyataan fitnah olehnya yang menggambarkan Datuk Seri Najib sebagai pemimpin korup.

Kegagalan Tony Pua berbuat demikian dalam tempoh 14 hari atau jika jawapan balas oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu tidak memuaskan hati maka terdapat kemungkinan Datuk Seri Najib akan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan perundangan berupa permohonan injuksi dan saman malu.

Kenyataan fitnah yang dimaksudkan itu diucapkan oleh Tony Pua di satu majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 3 November 2014 berkaitan isu hutang dan kerugian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang hangat disensasikan oleh pemimpin pakatan pembangkang sejak dua tiga minggu lepas.

Berikut adalah transkrip petikan kata-kata Tony Pua di majlis tersebut;-Notis Tuntutan DS Najib Kepada Tony Pua

“Inilah masalah Barisan Nasional. Tiada siapa yang berani bantah Perdana Menteri, dan Najib sekarang seperti raja. Raja yang menimbulkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia. Besar! Tiada siapa yang berani bersuara, tiada, sama ada pemimpin MCA atau Gerakan atau pemimpin Umno.

“Amat memalukan skandal milik 100% entiti Menteri Kewangan dengan Lembaga Penasihat dipengerusikan Perdana Menteri sendiri tidak mampu menyerahkan akaun tepat pada masanya terutamanya apabila syarikat besar dan menjadi tumpuan dengan hutang 36 bilion.

“Hanya satu sebab ini boleh berlaku. Sebabnya adalah semua MCA, MIC, Gerakan tidak berani mencabar Perdana Menteri mereka sendiri, semuanya kata okay okay terima kasih, teruskan dan rompak duit rakyat.”

Sesiapa sahaja yang mendengar atau membaca kenyataan Tony Pua di atas akan faham maksud keseluruhan tiga perenggan ayat di atas secara jelas telah memfitnah Datuk Seri Najib yang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur atau autokratik, terbabit dalam skandal terbesar, korupsi serta terlibat merompak wang rakyat.

Datuk Seri Najib walaupun memikul beban sebagai Perdana Menteri, namun beliau tetap ada hati dan perasaan, ada maruah harga diri dan beliau ada hak untuk mempertahankan diri dari terus difitnah sedemikian rupa. Oleh itu beliau berhak mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya.

Menariknya apabila kisah Perdana Menteri menghantar tuntutan kepada Tony Pua sampai ke pengetahuan Lim Kit Siang, tak semena-mena Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah itu menggesa Datuk Seri Najib supaya tidak menyekat perbahasan di Parlimen mengenai isu 1MDB.

Penulis tak tahu sama ada Kit Siang sudah sampai ke peringkat nyanyuk atau secara tiba-tiba mengalami masalah untuk memahami senario sebenar berhubung notis tuntutan Datuk Seri Najib kepada Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara.

Notis tuntutan itu secara jelas merujuk kepada ucapan Tony Pua yang memfitnah Datuk Seri Najib di majlis makan malam dan kutipan dana anjuran DAP Petaling Jaya. Ia tiada kena mengena dengan perbahasan di Parlimen mengenai isu yang sama. Apakah itu pun Kit Siang tidak dapat membezakannya?

Nak bahas dalam Parlimen, bahaslah, nak tanya itu ini, nak kritik pun kritiklah, tiada masalah dan tiada halangannya selagi mana tidak menjurus kepada fitnah. Kalau tersilap fakta atau ‘terfitnah’ dalam Parlimen pun masih lagi boleh memohon maaf di Dewan Rakyat serta masih lagi kebal dan dilindungi dari tindakan undang-undang, betul tak?

Tapi masalahnya sekarang ungkapan fitnah oleh Tony Pua itu diucapkan di luar Parlimen yang secara jelas telah memalukan Datuk Seri Najib semata-mata untuk kepentingan politik DAP. Bila diucapkan di luar Dewan Rakyat bermakna tiada lagi pertikaian dirinya kebal atau terlindung dari tindakan oleh pihak yang dicelanya.

Lagi satu, apa yang dinyatakan oleh Tony Pua itu kita tak panggil ianya sebagai perbahasan. Bahas dan fitnah ada bezanya yang ketara. Bila berbahas kita bertukar pandangan, bersoal jawab tentang isu, memberi teguran membina dan mengkritik bersandarkan fakta dan pemahaman masing-masing.

Yang disebut Tony Pua di Petaling Jaya pada 3 November itu kita panggil ceramah politik berunsur fitnah kerana dengan sengaja telah mengaibkan Datuk Seri Najib. Apa yang dinyatakan oleh Tony Pua cukup tidak bertanggungjawab kerana menuduh secara liar dan memfitnah, maka Datuk Seri Najib bertindak betul dalam mempertahankan maruahnya.

Salahkah Datuk Seri Najib mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi diri dan harga dirinya dari terus menjadi mangsa fitnah pemimpin pembangkang? Selama ini pemimpin PR giat menyaman orang lain tanpa halangan dari Kerajaan Pusat, kenapa sekarang Kit Siang memandai-mandai mahu mencegah Datuk Seri Najib mengambil tindakan serupa?

Lagi pun apa yang dibimbangi sangat oleh Kit Siang? Berani kerana benar, takut kerana salah. Gentlemanlah sikit. Ini cuma baru notis tuntutan yang dihantar oleh Perdana Menteri kepada Tony Pua, belum lagi saman malu tapi Kit Siang sudah kalut tanpa mengetahui hujung pangkal cerita, apahal? Bikin malu sahaja ini apek tua.






8 Komen to DS Najib Saman Tony Pua Isu 1MDB: Bahas & Fitnah Ada Bezanya Wahai Lim Kit Siang

  1. raplahjingaa says:

    Hapuskan SRJKC di Tanah Melayu…maka akan kuranglah cina-cina tonggong di Negara ni….

  2. GT86 says:

    Buatlah apa yang patut Najib, salah engko gak. ISA engko hapuskan, akta hasutan ON THE WAY. Nak pujian dari seluruh dunia kononya. Ada melayu buat macam ni pada engko? Marah-marah orang melayu pun tau jaga adap. Orang cina yang engko sanjung, ada adap?
    Apa lagi yang nak engko tagih dari orang melayu?
    Engko tu PM. Ketua bagi kabilah melayu, klu cina keparat berani tunjal2 kepala engko, nak ke orang melayu setia pada engko? Dayus…

  3. WTF says:

    Apahal bagi tempoh 14 hari wahai Najib Razak, saman jer si Tony Pua tu!!!

    Jangan lupa saman juga si Rafizi Ramli!!!

  4. alimedanbaru says:

    lawan tetap lawan
    terpaksalah bawa ke mahkamah..zaman la ni..
    kalau zaman keris dan lembing
    lagi singkat masa diselesaikan….

  5. […] Menariknya apabila kisah Perdana Menteri menghantar tuntutan kepada Tony Pua sampai ke pengetahuan Lim Kit Siang, tak semena-mena Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah itu menggesa Datuk Seri Najib supaya tidak menyekat perbahasan di Parlimen mengenai isu 1MDB. Selanjutnya… […]

  6. Iken says:

    Saman… Jgn tak saman…..yg aku x nak dengar settle out of court….

  7. matatelinga2012 says:

    Betul iken

  8. […] ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengemukakan saman fitnah ke atas Tony kerana membuat kenyataan tidak […]

Leave a Reply

Threesome