Menu Utama

Dr. Nawar, Pakar Bedah Ortopedik Sangkal Profesional Tolak UMNO

Dr. Muhammad Nawar Ariffin menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya golongan profesional tidak menyokong perjuangan UMNO.

Tegasnya, dalam UMNO sendiri ada ramai profesional malah sekiranya ada di antara mereka tidak ada dalam parti tetapi itu bukan bermaksud memusuhi UMNO sebaliknya menyokong dalam senyap.

“Saya nak sangkal kenyataan banyak golongan profesional lari dari UMNO kerana itu persepsi pembangkang yang diwara-warakan sedangkan sebenarnya dalam UMNO ramai golongan terbabit,” jelasnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang merupakan pakar bedah ortopedik percaya dengan ruang dan peluang yang diberikan oleh UMNO kepada golongan terbabit tentunya tiada sebarang masalah untuk mereka turut menyumbang dalam idea pembangunan negara.

“Yang saya suka tekankan ialah, profesional yang ingin menyumbang haruslah memahami intipati dan juga keaslian UMNO kerana parti ini bukan NGO biasa sebaliknya berteraskan kepada akar umbi.

“Jadi jikalau ingin menyumbang di dalam UMNO harus kita turun ke akar umbi, memahami denyut nadi rakyat maka barulah kita akan diterima.

“Kita harus memahami bahawasanya kepimpinan di dalam UMNO memberi peluang yang luas cuma profesional itu yang harus mencari, mengusahakan diri dan memahami jati diri.”

Dalam masa yang sama, beliau yang juga turut membidas ada sebilangan golongan profesional yang melabelkan UMNO dengan macam-macam tuduhan negatif malah meminta mereka untuk sertai parti terbabit bagi mengetahui apa yang ada di dalamnya.

“Masuk dulu UMNO, cuba berikan perkhidmatan, kemudian kita tunjukkan komitmen dan selepas itu lihatlah apa yang kita akan dapat kerana saya dah tengok bagaimana UMNO dapat membantu dengan keikhlasan hati.

“Tetapi tidak bolehlah masuk UMNO kerana nak tunjuk pandai, nak tunjuk saya ini profesional kerana UMNO adalah sebuah parti, ada ahli-ahli akar umbi, ada sistem maka jika nak menyumbang kita boleh menyumbang. Fahami UMNO, kenali denyut nadi UMNO maka insya-Allah, ada hasilnya.”

Sehubungan itu, beliau berpesan kepada semua anggota parti untuk kembali kepada ajaran agama tanpa hanya tahu mengaku sebagai Islam malah jika mengerjakan sesuatu perlulah ikhlas dari hati tanpa mengungki-ungkit.

Dr. Nawar mewakili Kedah dalam membahaskan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 adalah antara 10 orang calon angkasawan negara selain menjadi Ikon Belia Negara 2011. Beliau turut menjadi ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena selain Ketua Cawangan UMNO Kampung Menerong.

Umno Online






8 Komen to Dr. Nawar, Pakar Bedah Ortopedik Sangkal Profesional Tolak UMNO

  1. […] Beliau yang merupakan pakar bedah ortopedik percaya dengan ruang dan …read more […]

  2. Tubir says:

    Adalah salah bila orang mengatakan golongan profisonal menolak umno.kami tak tolak ,kami cuma meluat aja.kami tak sertai parti lain pon….

  3. raplahjingaa says:

    Apa pulak proffesional menolak UMNO, yang penuh dalam dewan PAU tu bukan proffesional ka ?? proffesional cari makan….pada masa yang sama pijak orang lain.

    Perlu ada proses Islamisasi yang aggresive dalam UMNO, tapi jangan menyimpang ala-ala PAS, jangan halal kan cara yang haram. Muhyidin nampak agak meyakinkan.

  4. jackal40 says:

    Mohon mencelah..ada sesapa boleh tanyakan pada menteri cap ayam tu….kenapa shell tidak menjual minyak ron97 merah vpower?…boleh kata semua stesen shell dah takdef minyak jenis ni..apa dah jadi?

  5. jackal40 says:

    Woittt..kena delete posting aku..nak tanya betul2…knp shell dah x jual ron97 vroom???

  6. bujuk says:

    Hebat wakil kedah ni, berani sanggah kata TunM. Profesional dalam UMNO ada.. tapi yg duduk keliling pemimpin jadi tukang kipas bukan turun padang berjuang bersama rakyat. Profesional boleh duduk dalam umno asal tak kritik dan tunjuk pandai bagi idea yg bagus. Kalau tidak mereka akan disekat dan didiamkan macam TunM selepas turun takhta, nak jadi wakil ke perhimpunan pun tak lepas.

  7. raplahjingaa says:

    Aik ! ada lagi rupanya hang bujuk ?? sejak semenjak PAS dok kena hayun depan belakang dengan DAP, tak nampak langsung hang dalam ni…

    Aji adi kita apa cerita ??? hehehehehe..

Leave a Reply

Threesome