Menu Utama

Doktor Bedah Atau Gilotin Mini, PAS Masih Tercari-Cari Kaedah Potong Tangan Pencuri

Semalam riuh dan kecoh seketika dibuatnya apabila portal Mstar Online dan Malaysiakini menyiarkan berita kemungkinan Kerajaan PAS Kelantan akan menggunakan alat pemenggal kepala yang dikenali sebagai gilotin bagi menguatkuasakan hukuman hudud terhadap pesalah yang didapati bersalah mencuri.

Dilaporkan juga bahawa Timbalan Menteri Besar Kelantan Nik Amar Nik Abdullah sendiri yang akan mencadangkan idea menggunakan gilotin mini untuk memotong tangan pencuri itu kepada Jawatankuasa Teknikal Hudud Negeri Kelantan untuk dipertimbangkan.

Alatan kuno itu dikatakan berkesan dan lebih cepat menyelesaikan proses memotong tangan si pencuri selain dianggap sebagai alternatif terbaik menggantikan khidmat doktor bedah yang enggan melaksanakan hukuman tersebut disebabkan kekangan etika perubatan.

Bagaimana pun dalam reaksi segeranya semalam seperti dilaporkan oleh Harakahdaily, Nik Amar menafikan kenyataannya tersebut sebaliknya menjelaskan cadangan penggunaan gilotin mini itu sebenarnya disebut (dicadangkan) oleh wartawan yang menemu bualnya melalui telefon.

Penjelasan TMB Kelantan itu rasanya cukup untuk meredakan riuh rendah sebelumnya. Soal siapa antara mereka yang betul atau salah, itu urusan Nik Amar dan wartawan terbabit.

Pun demikian ada sesuatu yang cukup menarik tersirat di sebalik polemik tersebut apabila secara tidak langsung menimbulkan persoalan sejauh mana Kerajaan PAS Kelantan benar-benar bersedia untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu seawal tahun hadapan (2015)?

Umum sedia maklum isu perlaksanaan hudud merupakan agenda politik PAS sejak ia diperkenalkan dalam manifesto mereka semasa kempen PRU-08 1990 dulu. Dikira dari tahun 1990 hingga sekarang 2014, maknanya sudah 24 tahun PAS mengusung isu hudud di atas pentas politik terutama sekali di Kelantan.

Pilihan raya umum silih berganti dari PRU-08 1990 hingga PRU-13 2013, maknanya sudah lebih 5 penggal mengurus tadbir Kelantan dengan segala macam gebang mengenai kewajipan melaksanakan hudud, tapi bab nak potong tangan pesalah pun masih tak ketahuan apa kaedah sesuai.

Mula-mula ura-ura nak guna khidmat doktor bedah, nah sekarang baru PAS tahu tak ada doktor yang sanggup melakukannya kerana ia dikira menyalahi etika perubatan atau melanggar sumpah hippocrates. Nak digunakan gilotin mini, Nik Amar sendiri dah nafikan.

Jadinya, apa cara untuk tegakkan hudud terhadap si pencuri yang didapati bersalah? Jawapan tepatnya belum ada kaedah yang disepakati walaupun dah 24 tahun PAS gebang isu nak laksana hudud ke hulur ke hilir.

Itu cukup untuk menjelaskan betapa dalam tempoh tersebut PAS hanya banyak bercakap dari segi teori bombastik semata-mata untuk menarik undi demi kepentingan politik kepartian tanpa sebarang persediaan rapi untuk merealisasikan perlaksanaan hudud di negeri ini.

Mereka masih tercari-cari dan sekarang keliru sendiri. Ini yang dikatakan bila menabur janji dan bercakap ikut kehendak hati memang mudah lebih-lebih lagi kalau ia membabitkan usaha politik kepartian untuk meraih undi. Tapi bila masuk bab perlaksanaan, baru tahu ia tak semudah kata-kata yang keluar dari mulut.

Itu baru polemik bagaimana nak potong tangan pencuri. Tak diceritakan lagi betapa selepas menguasai Kelantan selama 5 penggal baru setahun dua ini sahaja PAS terdetik nak menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Hudud. Itu pun baru berapa kali jawatankuasa terbabit selesai bermesyuarat. Selama ini gebang bukan main gah.

Analoginya seumpama segelintir orang kita yang gah sembang keliling kampung menguar-uarkan konon tahun depan dia akan pergi menunaikan haji di Mekah. Niatnya baik bercampur unsur riak menunjuk-nunjuk sedikit tapi dengan Tabung Haji belum pun berdaftar lagi, duit tambang dan perbelanjaan sekupang pun tak disimpannya. Tercapaikah hasrat murni tersebut?

Kerajaan PAS Kelantan nak laksanakan hudud, UMNO dah bagi lampu hijau menyokongnya. Alih-alih bila diberi sokongan, PAS pula yang kantoi rupanya selama ini hanya pandai sembang merata tanpa menyiapkan diri untuk merealisasikan perlaksanaannya.

Ayam jantan yang pernah PAS jadikan saksi dah beratus ribu kali berkokok sampai serak anak tengkuk, tapi bab potong tangan pencuri masih tercari-cari. Jangan nanti dah masuk tahun 2015 bawa ke tahun 2016 dan seterusnya hingga PRU-14, balik-balik kesudahannya UMNO juga yang PAS nak persalahkan.

Apa pun dengan keadaan sekarang ini, siapa di kalangan kita yang boleh yakin dengan ikrar PAS untuk memastikan perlaksanaan hudud mula berkuat kuasa awal tahun 2015 nanti? Sempatkah? Tinggal sebulan lebih sahaja lagi nak masuk tahun baru, nak guna doktor bedah atau gilotin mini, mana satu yang berkenan di hati?






10 Komen to Doktor Bedah Atau Gilotin Mini, PAS Masih Tercari-Cari Kaedah Potong Tangan Pencuri

  1. […] Alatan kuno itu dikatakan berkesan dan lebih cepat menyelesaikan proses memotong tangan si pencuri selain dianggap sebagai alternatif terbaik menggantikan khidmat doktor bedah yang enggan melaksanakan hukuman tersebut disebabkan …read more […]

  2. cina malaysia says:

    100% sokong gilotin potong tangan…………………

  3. hodoh says:

    dalam pas ada ramai doktor perubatan, lantik je la diorang sebagai perlaksana hukuman. Sudah sampai masanya ahli ahli pas ini membantu kerajaan pas melaksanakan hukuman. Tak guna jika doktor2 ini yg selama ni duk canang keberanian pas utk melaksanakan hudud jika mereka sendiri xmahu memberi bantuan dan kepakaran.

  4. bujuk says:

    Tentu takda masalah besar jika semua umat Islam iklas dan yakin dengan HUDUD. Yg jadi masalah bila banyak sangat alasan dan kritikan. Nak guna doktor mereka kata tak ikut falsafah kedoktoran, nak guna gilotin kata kejam dan tak guna cara Islam.. ini semua akal saitan yg mahu menggagalkan pelaksanaan hudud. Apa yg susah pun tak tahu… kalau dah Brunei dan Aceh telah laksanakan ikut ajelah, buat apa pecah kepala bergaduh. Tambahbaik aje jika ada yg kurang… paling penting, jangan bagi muka orang KAFIR dan MUNAFIK masuk campuh hal-ehwal agama Islam.

  5. jagungmentah says:

    Kata hukum islam..ikut cara zaman pemerintahan islam dulu lah..mcm mana ianya dilakukan..kalo banyak sgt pusing nk pakai doktorlah, gilotin lah, gergaji lah, paranglah ape2 saja lah dan semuanya tak boleh itu ini lah nampak sgt itu main politik namanya..bkn nk tegakkan hukum islam tujuan utamanya..

    Last2 nk selamatkan diri salahkan umno jugak..

  6. jentayu says:

    tak bagi muka mcm mana bujuk, pas pun dah bergelumang dgn kafir harbi. boleh buat mcm brunei dgn syarat kita hapuskan demokrasi dan kembali pd pemerintah agong yg mutlak. yg kapir2 ni kita jgn bg kerakyatan, cukup taraf penduduk tetap. jgn lantik mereka ke jawatan2 besar mcm menteri, ksu kementerian, ketua pengarah jabatan dll. selagi guna system demokrasi ni, jgn haraplah nak buat hudud.

  7. WTF says:

    Kalau nak potong tangan pakai gilotin pun boleh!!!

    Maklumlah, kerajaan negeri Kelantan hanya sediakan MYR 1 juta untuk persiapan prasarana bagi melaksanakan hudud di negeri Kelantan!!!

    Doktor2 yg mempunyai keahlian PAS mana nak beri khidmat bantuan dan kepakaran FREE2 jer kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS!!!

    Hehehehehehehehe!!!!

  8. raplahjingaa says:

    Oii bujuk bila Brunai laksanakan hudud ?? hang tak tau ke, Sultan Brunai tangguhkan perlaksanaan ??

  9. bangKano says:

    Pemimpin serba haprak hamnPAS memang tau deda tok leh nak laksana kan hukum hudud pasai ada halangan dari artikel Perlembagaan Persekutuan. Banyak kekangan perlu di lalui seperti regim penguat kuasaan & infrastruktur keghana kuasa tersebut di bawah kerajaan persekutuan. Tapi demi karier politis depa sanggup mengorban kan kesucian islam demi sokongan rakyat bebal tak berpendidikan supaya mengundi hamPAS di setiap PRU. Walo pun dok ada pemimpin berkelayakan akademik terutama bidang profesioanal….depa cuma nak berjuang demi kedudukan & jawatan dalam parti mau pun kerajaan jerrr. Perjuangan menegak kan islam cuma retorik politis penuh ngan pelbagai slogan muluk muluk….apa yang penting poket sentiasa penuh ngan wang hasil dari pendapatan tender & projek yang di anugerahi bila menjawat pemimpin parti & kerajaan. Kebajikan rakyat pergi jahanam ngan depa…tu la sifat alam manusia bejat yang dok ada dalam PR sama jerr kelaku ngan sebilanghan para pemimpin UMNO & BN yang lain yang dok ada masa dulu,kini & pasti masa depan kot.

    Depa tu 2 x 5 jerr bila ada kuasa mutlak cuba menindas rakyat demi perut & tembolok masing masing……!!!!

  10. bangKano says:

    Brunai tangguh kan hudud setelah mwndapat bantahan antarabangsa keghana ciri ciri keadilan tak mengikut standard islami yang termaktub dalam teks alQuran. Hingga pasangan penzina yang sudah berkawin di hukum ngan rejam sampai mati..ni memang bercanggah ngan hukum ALLAH supaya kena kan sebatan sebanyak 100 kali jerr tanpa mengira status perkahwinan. Hukum rejam sampai mati terhadap penzina berkahwin memang kejam..ni berasas kan hukuman dalam kitab agama yahudi. Nampak nya usur unsur israiliyah dah meresap ke dalam perundangan kunun nya syariah yang di rangka oleh para agamawan kunun nya dah islami tapi penuh ngan pelbagai bidaah & kurafat.

    Ni la beberapa bidaah yang di bentuk oleh sekumpulan agamawan sebagai mana dakwaan ilmuwan Mesir Dr.Yusuf Qardhawi.

Leave a Reply

Threesome