Menu Utama

Dilema Pasma: Halal Bagi Pakatan, Haram Bagi Pas

Oleh Riana Abd Aziz

Kemelut kemunculan PasMa nampaknya semakin hari dilihat mencabar kepimpinan utama Pas. Mencabar Hadi Awang sebagai Presiden Parti dan juga dianggap dengan sengaja memperlekehkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas itu sendiri.

Keputusan antara Presiden parti dan Majlis Syura Ulama sebelum ini dilihat selari iaitu memberi amaran keras kepada ahli agar jangan menyertai PasMa, Ngo yang ditubuhkan oleh ahli Pas sendiri dengan alasan ‘tiada jemaah dalam jemaah atau tiada parti dalam parti”.

Amaran yang dilihat paling keras ini juga disusuli dengan arahan supaya pemimpin akar umbi membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya ada ahli atau pemimpin Pas setempat yang menyertai Pasma dan tindakan lanjut bakal diambil.

Persoalan timbul, apakah larangan dan amaran Presiden parti dan Majlis Syura Ulamak Pas Pusat digeruni?

Jawapannya mudah. Tidak !

Buktinya, kepimpinan utama Pas mengetahui apa yang tersirat dalam penubuhan Ngo yang kononnya Pro Pas ini namun apa yang berlaku secara terang-terangan adalah penglibatan beberapa pemimpin besar Pas seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Salahuddin Ayub dalam beberapa program rasmi PasMa termasuk dalam program perasmian PasMa peringkat daerah.

Di peringkat daerah pula, penglibatan veteran Pas dalam PasMa serta ahli yang bermasalah dalam parti sebelumnya mula dilihat menonjol umpama dengan sengaja ingin menunjukkan kepada pimpinan pusat Pas bahawa mereka tidak mengendahkan langsung amaran yang dikeluarkan oleh entiti tertinggi dalam parti.

Menurut pemerhati politik, Pas terpaksa berdepan dengan asakan kumpulan PasMa yang cuba memperlihatkan kepada komponen pembangkang yang lain bahawa PasMa lebih liberal perjuangannya daripada parti Pas walaupun mereka datangnya dari aliran kelompok pemikiran yang sama.

PasMa juga cuba tonjolkan diri bahawa mereka boleh menggantikan tempat Pas kiranya berlaku kemelut antara komponen pembangkang yang membawa kepada Pas keluar dari pakatan pembangkang. Ditambah lagi bila wujudnya gerakan memburukkan Pas yang kononnya dasar Islamik Pas sentiasa menjadi penghalang kepada dasar perjuangan pembangkang dalam isu kesamarataan antara ugama. Komponen lain tidak sepenuhnya selesa dengan pegangan Pas selama ini.

Apakah Pas akan berjaya matikan langkah PasMa yang begitu agresif seolah-olah sedang menyusun strategi lumpuhkan parti Pas atau sebagai usaha untuk menyingkirkan Hadi Awang dan kuncu-kuncunya supaya di penggal yang akan datang, Pas dikuasai sepenuhnya oleh Anwarinas yang memakai “Jubah Pas” melalui PasMa?

Mat Sabu sentiasa tersenyum, tergolek Pas dia ‘menang’, kekalnya Pas dalam gabungan pembangkang, dia juga bertambah kenyang.



(Next News) »



8 Komen to Dilema Pasma: Halal Bagi Pakatan, Haram Bagi Pas

  1. samad says:

    apasal tak keluar doktrin siapa masuk PASMA, akan terbatal tiket ke syurga?

    kan gerun sikit orang nak masuk PASMA tu.

  2. semangat dato' haron says:

    Aku lebih suka PAS musnah. Selama ini merekalah batu penghalang yg dicipta oleh pihak berkepentingan sblm kemerdekaan negara untuk menghalang penyatuan total orang Melayu dan Islam di negara ini. Manakala PKR, aku x bimbang. Tamatnya riwayat Anwar dlm politik @ dunia, berakhirlah sokongan Melayu bandar pada PKR. Apabila UMNO mendapat sokongan total orang Melayu, nescaya golongan bkn Melayu terutamanya hipokrit Cina dan evangelical Kristian akan terhegeh-hegeh kembali memberi sokongan padu pada BN atas alasan politik perkongsian dan muhibah.

  3. GT86 says:

    Masalah pembatalan tiket ke syurga hanya melibatkan hal-hal dgn UMNO. SOP tak buat lagi. Tu yang Hadi Awang dan Majlis Syura tengah pening kepala. Camne nak Spin. Kes Hudud senang nak spin. Kes Pasma, melibatkan jawatan, kuasa dan masyukkkk
    Benda ni mudah aje….ade telor ke tidak, itu jea. Nak jawatan di dunia atau selamat di akhirat.

  4. dkds says:

    Inilah Pas yang ada pada hari ini..tersepit angkara ahlinya sendiri

  5. ToraTora says:

    Siapa yang bertepuk tangan? DAP kafir tak tau asal usul tu lah

  6. mzma says:

    Halal bagi PR kerana agenda utama PasMa untuk menjatuhkan Presiden & Pemimpin Ulama dlm PAS.. Haram bagi PAS kerana sebab yang sama, dasar penubuhan & agenda terang2 berbeza…

  7. hazmi hazali says:

    Assalam. Bagi aku apa yang berlaku sekarang adalah merupakan balasan Allah SWT kepada PAS. PAS tergamak mengkafirkan ahli UMNO dan mendoakan perkara-perkara yang keji dan buruk kepada Melayu/Islam yang tak sealiran dengannya. Mereka juga sering mempermainkan hukum hudud kononnya nak melaksanakan hudud sebelum ayam berkokok keesokan paginya. Apabila hudud gagal dilaksanakan walaupun berpuluh tahun memerintah Kelantan, Tun Dr Mahathir pula yg disalahkan!! Kini balasan Allah telah tiba kepada mereka. PAS akan dihancurkan oleh ahli-ahli partinya sendiri!

Leave a Reply