Menu Utama

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-undang MAS

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional itu.

Rang Undang-Undang itu antara lain bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran Malaysian Airline System Berhad (MAS), syarikat subsidiari milik penuh dan milik separanya.

Ia juga akan menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad yang akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali ketiga sebelum diluluskan selepas mendapat majoriti persetujuan daripada anggota Dewan.

Rang Undang-Undang itu mempunyai 37 fasal dan enam bahagian yang mana ia dibahaskan 10 anggota Parlimen membabitkan lima dari Barisan Nasional (BN) dan lima dari pembangkang sejak pukul 11.30 pagi sebelum ianya diumum diluluskan kira-kira pukul 4.45 petang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Antara ciri-ciri utama dalam rang undang-undang itu ialah membolehkan (MAS) beroperasi pada kos yang munasabah dari kos bekalan, perkhidmatan, kakitangan termasuk kaedah-kaedah kerja dan terma-terma untuk kakitangan baharu.

“Ini (Rang Undang-Undang) juga membolehkan syarikat baharu ini beroperasi pada standard yang tinggi,” kata Abdul Wahid sambil menambah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), cabang pelaburan kerajaan, komited untuk membantu kakitangan MAS yang tidak mahu berpindah ke pengurusan syarikat baharu.

Beliau berkata Khazanah akan mewujudkan pusat latihan semula kakitangan MAS yang memilih untuk tidak berhijrah bagi panduan kerjaya, kaunseling dan keusahawan.

Menurutnya, pusat penempatan semula kakitangan juga akan diwujudkan untuk kakitangan yang hendak berhijrah dalam kumpulan Khazanah dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

“Tentang pemilihan kakitangan yang bakal menyertai syarikat baharu, mereka akan menjalani proses pemilihan dari segi kemahiran dan budaya kerja (sebelum dipilih),” katanya.

Beliau berkata kira-kira 14,000 pekerja akan diletakkan dalam syarikat baharu ini berbanding 20,000 kakitangan sedia ada ketika ini.

Sebelum ini, Khazanah dilaporkan akan menubuhkan pusat khas bagi memberi sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula itu.

Tumpuan pusat itu adalah menghulurkan sokongan termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka untuk beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.

Abdul Wahid berkata usaha membaik pulih berkaitan pekerja dan pembekal akan berpaksikan prinsip keadilan dan ketelusan.

Ini katanya, termasuk memperkukuh barisan kepimpinan MAS yang baharu yang dijangka beroperasi pada Julai 2015 membabitkan ahli lembaga pengarah , pengurusan pertengahan dan atasan dalam memastikan kepimpinan syarikat baharu boleh membawa keuntungan kepada MAS.

Beliau juga berkata pentadbir syarikat yang baharu dibenarkan untuk berunding semula dengan semua pembekal sedia ada mengenai harga baharu yang ditawarkan.

Bagaimanapun, katanya jika syarikat terbabit tidak bersetuju, maka syarikat boleh mendapatkan pembekal yang lain.

“Khazanah akan melihat kontrak yang relevan dan tidak semua kontrak akan dilindungi, contohnya kontrak katering,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wahid berkata, ketika ini MAS mengalami kerugian sebanyak RM5 juta sehari, manakala sebanyak RM748 juta kerugian dicatatkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Ini berikutan struktur operasi dan jumlah pekerja yang ramai dan untuk membolehkan syarikat baharu nanti lebih berdaya maju, adalah penting untuk syarikat diberi peluang memilih pekerja mengikut terma-terma yang mampu meningkatkan produktiviti,” jelasnya.

— BERNAMA






10 Komen to Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-undang MAS

  1. […] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar membentangkan rang …read more […]

  2. itsme says:

    kerajaan melalui khazanah perlu berani dlm membentuk semula MAS. kita terlalu ramai sgt pekerja2 yg tdk mampu berdaya saing, ibaratkan duit2 itu semua dtg dr poket kita adakah kita akan masih menyimpan mrk2 yg tdk menyumbang?? begitulah juga halnya dlm jab kerajaan skrg, mungkin ramai bersetuju bhw kakitangan kerajaan juga harus dikurgkan jumlahnya??

    dgn pembaziran yg sgt tdk menyebelahi kerajaan ini seharusnyalah mrk2 yg “tidak mampu bekerja” itu diberhentikan” dan langkah ini pasti akan menjimatkan belanja mengurus negara. hantarlah pemerhati secara senyap disetiap jab kerajaan pasti kita akan tahu jawapannya.

    sesebuah sykt yg sedang menanggung beban kos yg tinggi pasti akan mengurangkan jumlah pekerjanya begitulah seharusnya yg kerajaan perlu buat with NO fear. Mahu tak mahu itu antara solusi yg paling tpt utk langkah jangka pendek. selebihnya terpulang kpd pengurus yg diamanahkan utk menilai. Dalam hal MAS dan jab kerajaan, UMNOlah pengerak utama kpd pengurus2 tersebut dan jika pengurus itu gagal maka jawapannya sgt mudah.

    Tiada urusjanji yg lbh penting selain keutamaan kpd rakyat dan dlm aspek ini UMNO tlh gagal dlm memilih pengurus2 mrk dlm merwalisasikan agenda2 negara ini. Renung2kanlah sementara kita masih diberi kepercayaan dan izin Allah masih ditempatnya.

  3. moo says:

    Umni has failed in way too many areas. Under umno we lost Singapore but none umni member discussing about it….

    Under Tun Razak was more honest….

  4. system baru says:

    lupa pesan ia mooo singapore airlines dan Japan airlines penah bankrap ia moo tapi berjaya bankit balik ia.
    bagi aku perkara tak untungkan mas harus berhenti dan perjanjian berat sebelah Harus hapuskan.
    jika mas buat untung sila banyak kan iklan papan iklan didalam kapal terbang mas itu Dan syarikat tempatan sila sewa papan iklan yg sediakan Mas dan syarikat tempatan glc sewa lah papan iklan ada dalam kapal mas bagi menbantu mas itu. glc memiliki hotel macam felda sewa iklan yg dalam kapal terbang itu Perkenalkan hotel yg ada di malaysia itu dan tempat pelancongan

  5. moo says:

    System Baru..

    Bila Singapore airlines bankrupt? Cuba cerita sikit kat aku? Tempek cerita tu kat sini?? Hang memang pandai buat cerita..

    Kerajaan dah bbelanja +bailed out bbelas billion dah untuk Mas.itu duit rakyat. Apa hasilnya?? Tajuddin Ramli dapat RM589 juta ( sila baca out of court settlement frwbyears ago je T Ramli tak payah bayar hutang) tak trrmasuk businesses company dia dgn Mas. Idris Kala jual asset Mas, lepas tu di angkat jadi Menteri.

    INI menunjjukan incompetency BN. Korang ingat kitaorg tak sokong BN because of one reason je….?

  6. kuman says:

    Abdul Wahid berkata usaha membaik pulih berkaitan pekerja dan pembekal akan berpaksikan prinsip keadilan dan ketelusan.

    Beliau juga berkata pentadbir syarikat yang baharu dibenarkan untuk berunding semula dengan semua pembekal sedia ada mengenai harga baharu yang ditawarkan.

    Adil dan Telus. Berunding semula. Ha Ha. Kenapa sekarang, bukan 5 tahun lepas? Khazanan take over MAS , Merge dg Tony Air Asia sampai drop good route form MAS dan banyak lagi, now boleh berunding? Perlakon terbaik.. 2014 adalah// terlalu banyak sampai tak de pemenang .. Khazanah salah satu dari nya..

  7. system baru says:

    itu moo kau bodoh tak bodoh kau ”ini terlalu banyak menbaca tokonginsider dan tokongkini ia macam ini moo sila cari taip computer ekau ini singapore airlines bankrupt cari aje mana2 media ia moo bagi aku aku sekarang cabar.
    Singapore airlines penah di selamatkan oleh kerajaan supaya tak bankrap ia mooo

  8. system baru says:

    Airasia dan mas kedua2 nya pelakon terbaik sebenar nya kedua2 penebangan itu rugi ia cuma airasia dulu masa untung di sebab simpati kerajaan ia. kau tengok nanti tak lama lagi bila rugi ada aje airasia cari orang politik untuk melabur dan jual saham nya untuk tutup kerugian ia

  9. raplahjingaa says:

    Yup SB aku setuju, Air Asia X yang beroperasi untuk international routes jugak rugi ratusan juta, pengusaha airport luar negeri dan kerajaan depa mana ada bagi layanan istimewa pada air asia seperti MAB dan kerajaan Malaysia satu masa dulu…tanpa layanan istimewa Air Asia X pun…..rugi.

  10. raplahjingaa says:

    Dey mooo….hang tak mau cerita ke berapa kerajaan negeri selangor habiskan duit rakyaat untuk bailed out Talam ???

    hinggakan tergamak depa beli tanah dalam tasik !! sapa yang untung kroni DAP jugak !! penjualan tanah tropicana, hang tak mau cerita jugak ka ??

    Itulah sebab pembangkang tak kan dapat memerintah negara sampai bila-bila, baru dapat sikit tapi dah buat kerosakkan yang amat besar ! incompetant ?? nope…its more of a jokes.

Leave a Reply