Menu Utama

Dewan Pemuda Pas Negeri mahu Lim Guan Eng meminta maaf.

Dewan Pemuda Pas negeri mengecam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa wujud parti ‘cakap tidak serupa bikin’ dalam pakatan pembangkang kerana tindakan itu dikatakan telah mencalar imej Pas.

Bendaharinya, Dr. Rosli Allani Abdul Kadir berkata, walaupun kenyataan Guan Eng tidak menyebut secara spesifik nama mana-mana parti, pihak media dan masyarakat tahu sindiran beliau ditujukan kepada Pas.

Menurut beliau, Dewan Pemuda Pas negeri memandang serius kenyataan Guan Eng dan menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberi bukti terperinci kepada dakwaan beliau bahawa Pas merupakan sebuah parti yang tidak berpegang kepada janji.

“Jika beliau gagal berbuat demikian, maka dewan menuntut beliau segera menarik balik dakwaan itu serta meminta maaf kepada pemimpin dan ahli Pas.

“Hal ini kerana kenyataan beliau telah merendahkan martabat serta menjatuhkan maruah dan kedudukan Pas di mata masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketika berucap dalam Konvensyen DAP di Kuala Lumpur baru-baru ini, Guan Eng mendakwa walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin dibebaskan daripada tuduhan meliwat, kewujudan parti ‘cakap tak serupa bikin’ dikhuatiri tetap membawa masalah kepada pakatan pembangkang.

Beliau juga dilaporkan berkata, DAP tidak tahu bagaimana berurusan dengan parti berkenaan yang sentiasa berubah-ubah dalam membuat keputusan, di samping menegaskan parti itu berpegang pada prinsip dan sanggup bergerak sendirian demi menjaga prinsip tersebut.

Mengulas lanjut, Rosli Allani berkata, konvensyen sesebuah parti sepatutnya digunakan untuk membicarakan masalah dalaman, mencari jalan memperkuat parti atau pakatan politik yang disertai, bukan menghentam rakan sekutu.

“Tidak dinafikan bahawa seorang perwakilan Pas pernah membuat ucapan menegur pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang dalam Muktamar Pas, tetapi beliau menegur kerajaan negeri dan dibuat setelah cubaan lain gagal,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyifatkan ucapan Guan Eng yang menyebut DAP sedia berjuang bersendirian demi prinsip dan masa depan rakyat sebagai tindakan tidak matang yang tidak sepatutnya dilakukan pemimpin tertinggi parti.

Sumber Utusan.






13 Komen to Dewan Pemuda Pas Negeri mahu Lim Guan Eng meminta maaf.

  1. Uturn says:

    Apa pas ingat guan eng akan minta maafbke…..pas tunkaldai saja dlm pakatan.

  2. orang selatan says:

    PAS dari dulu memang xde maruah… tu sebab selalu kena buli ngan DAPig & PKRgay..

  3. Jambol says:

    Ini sahaja yang boleh dibuat oleh Pemuda PAS – desak minta maaf. Bila LGE ambil tindakan, masing-masing senyap, takut !!! Inilah kelakuan anjing LGE.

  4. dkds says:

    hahahaha..kena ale utooooooooooooooooooooooooooooo lah dengan DAP

  5. ToraTora says:

    Ini semua cakap2 politik PAS saja untuk menunjukkan kepada penyokong mereka bahawa PAS bermaruah dan bukan parti yang boleh ditunjal kepala sembarangan. Itulah akibatnya apabila berkawan dengan musuh sendiri malahan musuh Islam. Matlamat bersama mungkin boleh tercapai tapi matlamat parti sendiri berderai…seterusnya PAS tetap kaldai.Susah sangat ke nak nampak.

    Aku rasa kalau nak berkawan dengan musuh sangat, baiklah bertahalufsiasi saja dengan Barisan Nasional.Kalau tak ngam jugak balik la semula dengan parti2 pakatan rakyat semula. Begitulah seterusnya pusing-pusing PAS tetap kaldai yang sampai bila-bila tak boleh berfikir jangka panjang dan disokong macai-macai yang tak tahu apa- apa, pakat-pakat sokong sajelah yang diorang pandai.

  6. alimedanbaru says:

    maruah sebenar Pas adalah sejauh mana dia berani
    berani keluar dari longkongan Pakatan Rakyat
    hidup bermaruAH SPT SEEKOR HARIMAU
    bukan sekawan kambing yg bersama kehulur kehilir…

  7. burrpp.. says:

    Syukur..ada jugak benda lawak hari ni..terhibur la jugak dgn lawak pemuda PAS..tq ye

  8. GT86 says:

    Malas dah aku nak ketawa…penat!
    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA…… Sori la..tak leh nak control.
    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA…….Adoi! sakit perut aku.

  9. raplahjingaa says:

    Kekadang macai-macai PAS lupa yang depa tu cicak…tapi sekali-sekala depa ada hati nak jadi buaya…hehe

  10. Adam Abdullah says:

    Minggu ini PAS dan Azmin Ali sebok buat kenyataan akhbar pasal SIS.
    http://www.thesundaily.my/news/1214258
    http://www.nst.com.my/node/49773
    http://www.thesundaily.my/news/1217241

    Apa nak jadi kita orang Melayu/Islam berhubung dengan agama Islam kita sendiri.

    Bila kita semua boleh bersatu hati, boleh bersefahaman dan boleh patuh kepada apa yang dijalankan atas nama Majlis Raja-Raja.

  11. adi says:

    tak payah la pas nak menyalak pada dap nanti tak makan pulak. Dan tak payah nak joint bn nanti tak de tempat bertanding pulak. Ikut je cakap cina kapir tu dan angguk je nanti tak dapat sponsor bertanding. Ini la bala yang orang pas berdoa tak baik pada sesama islam. Masih tak nampak lagi memang buta hati la orang pas ni mungkin nampak $$$$$$$ tak nampak dapat masok surga.

  12. kumbang says:

    Ini semua sandiwara pas dab dap. Lim guan eng nak tunjuk konon benci pada pas sebab peratus cina sokong bn meningkat.pas pula nak kata depa bukan pak angguk jadi tunjuk bisa.kelur dari patatan rakyat tak lah juga asik main wayang kulit

  13. itsme says:

    senario politik melayu yg sering kali terbawa2 dgn kaedah dan cara kaum china berpolitik menjadikan kita semua tergila2kan kpd dunia. malah PAS yg dulunya sgt mempraktikkan kehendak2 Islam dlm perjuangan politik mrk telah berhijrah kpd pendekatan politik yg lebih terbuka dan sanggup mengetepikan sesetengah agenda2 islam yg cuba dibawa oleh mrk.

    pas yg sering kali disuakan dgn kejayaan dlm mencipta peluang mrk menakluk putrajaya seakan2 hilang tumpuan kpd matlamat penubuhan parti mrk dgn mengadaikan bbrp agenda penting mrk. pas rela utk bermusuhan dgn org islam lain yg mrk sendiri menolak utk bersekutu. walaupun dikatakan mrk diterajui oleh para ulamak namun kita dapat lihat bhw keberadaan ulamak dlm parti mrk sebenarnya hanyalah sebagai satu “tenplate” utk meraih sokongan. Lebih teruk lagi “template” itu sendiri hanya boleh diubahsuai oleh mrk. Ketaksuban kpd sesuatu perkara yg dikatakan nampak baik diluar ttp busuk didlm itu sebenarnya telah membunuh sifat perjuangan asal mrk.

    apakah pas masih relevan dimasa akn dtg kita tdk pasti, namun jika mrk terus-terusan cuba utk bersatu atau bersama dgn DAP & PKR maka kita boleh anggap mrk adalah juga sama dgn mrk itu.

    UMNO ketika ini hanyalah satu2nya pilihan kebanyakkan melayu dan oleh sbb itu pastinya mrk akan cuba untuk “membunuh” parti2 yg menentang mrk. Jika parti yg “dibunuh: oleh umno spt PR maka kita tidaklah terasa namun kita merasakan sekarang ini bhw sudah sampai masanya utk kita memastikan kemenangan akan berpihak kpd parti2 islam yg lain pd PRU2 yg akan dtg.

Leave a Reply