Menu Utama

Datuk Seri Najib Berlapang Dada Terima Kritikan Tun Dr Mahathir

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamed dalam tulisannya di blog Chedet.cc telah membangkitkan pandangan dan kritikannya terhadap Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang diperkenalkan sejak 2011.

Ada kalangan kita yang menyokong teguran bekas Perdana Menteri Ke-4 dan ada juga yang kurang bersetuju. Di kalangan penyokong pakatan pembangkang tentu sekalilah pendirian mereka terlebih-lebih pula ibarat lebih sudu dari kuahnya. Seronok mereka bila tengok Tun Dr Mahathir mengkritik Datuk Seri Najib.

Golongan oportunis dari PR barang tentu sahaja mengharapkan Datuk Seri Najib akan melatah dengan kritikan Tun Dr Mahathir. Tinggi harapan mereka untuk melihat Presiden UMNO membalas semula dengan kenyataan keras atau menempelak kembali kritikan Bapa Permodenan Malaysia itu.

Malangnya apa yang diharap-harapkan sangat oleh penyokong PR tidak kesampaian apabila Datuk Seri Najib dalam wawancara eksklusif yang disiarkan Mingguan Malaysia semalam memperlihatkan kematangan beliau apabila berlapang dada dalam menerima teguran dan kritikan Tun Dr Mahathir.

Datuk Seri Najib tanpa berselindung mengakui setiap kritikan, teguran atau pandangan oleh Tun Dr Mahathir mahupun yang disuarakan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, sentiasa akan dinilainya dari pelbagai sudut dan bila perlu penambahbaikan atau pembetulan terhadap sesuatu dasar itu maka ia akan dihalusi sebaik-baiknya.

Merujuk kepada kekhuatiran Tun Dr Mahathir dalam isu BR1M misalnya, beliau sendiri menegaskan kesediaannya untuk mengkaji balik dasar pemberian wang tunai itu sekiranya itulah kehendak orang ramai. Malah jika ada kaedah lain yang lebih baik dari BR1M beliau terbuka untuk menimbangnya.

Berkait persepsi kemungkinan dasar BR1M menimbulkan tanggapan bahawa ianya adalah rasuah atau pembelian undi, Datuk Seri Najib menjelaskan bukan itu tujuan BR1M kerana matlamat utama bantuan tunai itu lebih kepada untuk mengurangkan bebanan rakyat yang terhimpit dengan masalah kos sara hidup.

Itu antara reaksi Datuk Seri Najib dan apa yang penulis nukilkan hanya secara seimbas lalu, namun bagi yang membaca wawancara itu dari awal hingga akhir pastinya dapat menilai betapa Perdana Menteri merupakan seorang yang berjiwa besar, rendah diri dan sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan pandangan.

Kita boleh jangka pencacai dan balaci PR meloncat marah dan geram melihat reaksi tenang Datuk Seri Najib. Kalau boleh mereka mahu Perdana Menteri bersikap keras seperti Presiden PAS, Abdul Hadi Awang atau mengikut rentak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kerap bercakap sehingga mencalar hati rakan sepakatan yang lain.

Apa pun nyata sekali sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib merupakan satu contoh yang baik dan wajar diikuti oleh para Menteri Kabinet yang sebelum ini ada segelintirnya – seorang dua kalangan mereka yang cepat benar melatah bila mengulas teguran atau kritikan Tun Dr Mahathir.

Tak salah mahu menyanggah teguran Tun Dr Mahathir, tak juga salah mahu meluahkan rasa kurang senang dengan kritikan beliau, namun biarlah beradab dan cermat sebagaimana ditunjukkan oleh Perdana Menteri.

Penulis tidak bermaksud mengatakan Tun Dr Mahathir sentiasa betul dalam semua pandangannya, ada yang benar, ada yang kurang tepat dan ada yang sedikit mengguris, tapi kita kena sedar menghormati pemimpin yang terdahulu mencerminkan jiwa besar seseorang pemimpin.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Baik Datuk Seri Najib mahupun Tun Dr Mahathir, kedua-duanya mempunyai jasa bakti kepada agama, bangsa dan negara. Cara berbeza, pendekatan tidak serupa dan zamannya tidak sama tapi kita semua tetap berkongsi matlamat yang serupa yakni berjuang bersama UMNO dan BN untuk kebaikan Alif, Ba, Taa.






8 Komen to Datuk Seri Najib Berlapang Dada Terima Kritikan Tun Dr Mahathir

  1. kuman says:

    PM Ah Gib Gor is for URBAN escpecially to lure opporiton supporters while Najib is for rural especially Bumi and Malays voters.Yesterday Minguan Malaysia interview with Najib, Ah Gib Gor used the word ‘ADVOCATE’ in a malay neswpaper read by malays especially rural malays. Do you think most malays understand what ‘Advocate’ means? Advocate word for elit ‘Malays’ of Ah Gib Gor ranks not for the normal and rural rank of Najib Tun Razak. As a malay Najib ‘sedar’ bahawa tidak layak mengunakan perkataan elit seperti ‘Advocate’ atau Slogan yang entah apa apa sukar di fahami oleh orang melayu itu sendiri malah SLOGAN lebih GAH dari perlaksannan sebab yang melaksanakannya pun ‘BLURR’. Tetapi apa nak buat Perdana Menteri Malaysia ialah Ah Gib Gor yang di sukai dan self made ‘POPULAR’ dikalangan orang Cina sedangkan Melayu masih menunggu menaruh harapan pada Najib Tun Razak. Pelik Melayu undi Najib Tun Razak tapi Ah Gib Gor yang memgang kuasa. GE 13 Ah Gib Gor buat banyak kesilapan yang paling besak meletakkan Zulkifli di Shah Alam dan sekarang masih berlaku kesilapan beliau yang terlalu mengikut petunjk billion dollar consultant. Menghabiskan berjuta untuk consultan menyebabkan saya berfikir lebih baik tak perlu undi ahli parlimen yang sepatutnya bekerja dan berfikir apa yang terbaik untuk rakyat , kalau begini lebih baik tak perlu pilihanraya terus employ consultant untuk memajukan Malaysia. Minta maaf Najib, this is what I think from my humble opinion kerana One Malaysia doesnt work tapi Malaysia Boleh will give a better result sebab idea original dari hati kecil seoarang pemimpin berkaliber besar. Dont you leant anything from Badawi Hadhari di mana setiap hari ada had?

  2. GT86 says:

    Berlapang dada konon… Purata rakyat masih mahukan Akta Hasutan kenapa nak di hapuskan? ISA dulu, ada tanya pada rakyat dan orang melayu? Di sebabkan Panda, orang melayu disisih. Nak jaga hati org cina yang jauh tu kan.
    Merasuah rakyat dengan BR1M.
    Najib tau klu dia membalas kata-kata Dr.M pasti akan membangkit kemarahan orang Melayu, terutama dari generasi yang berpelajaran dan matang. Sebab generasi inilah yang banyak bangkit menyanggah Najib. Generasi ini juga sayangkan UMNO tapi tidak pada Najib lebih-lebih lagi si KJ tu.
    Najib baik sedikit dari Si Anuar tapi masih gilakan kuasa. kalau berani buatlah pungutan suara….

  3. […] Berkait persepsi kemungkinan dasar BR1M menimbulkan tanggapan bahawa ianya adalah rasuah atau pembelian undi, Datuk Seri Najib menjelaskan bukan itu tujuan BR1M kerana matlamat utama bantuan tunai itu lebih kepada untuk mengurangkan bebanan rakyat yang terhimpit dengan masalah kos sara hidup. Selanjutnya… […]

  4. raplahjingaa says:

    Yup….Najib menang sebab orang Melayu masih sayangkan UMNO, tak dak kena mengena dengan kredibiliti Najib.

  5. bangKano says:

    Konsep 1Malaysia & Malaysia Boleh ada la 2 slogan retorik semata mata nak mengaruhi jiwa rakyat yang gila ngan slogan muluk muluk..sloghan slogan tu bermotif nak memukau massa yang bebal jerrr…sama jugak ngan slogan Masyarakat Madani ciplakan dari retorik falsafah Timur Tengah oleh Anuaq kaki pungkoq tuuu. Semua nya punya misi & visi tersendiri nak kekal kan kuasa politik je

    Pada hemat aku pasai Tun M dah dok sakan keghiau kat Najib…? Pasai dasaq PPSMI di mansukh kan oleh Najib bila dia jadi PM. Kedua pasai Jembatan Bengkok tak jugak di terus kan …tu la isu sebenaq nya napa Tun M naik hanghin sampai berasap la ni. Coba Najib kembali kan kedua dua legasi Tun M tuu dah tentu dia ni dok sengap jerr sehingga ke akhir hayat…..dah tabiat alam ahli poltik semua nya gila legasi penuh egois……!!!

  6. Aurora Borealis says:

    Boring arr dengan Umno skang…..x menyengat langsung

  7. bangKano says:

    Mana tidak menyegat langsung kerana pembahasan kurang mapan akibat kekurangan fakta tulen bagi menyanggahi hujahan orang lain. Pembacaan bagi menajamkan tahap intelektual jarang dipergunakan oleh golongan berpendidikan…malah mereka sentiasa akur pada kenyataan dengar cakap tanpa mahu berusaha membuktikan kesohehan eviden tersebut. Inlah senario realiti golongan yang mendakwa kononnya berpendidikan tinggi di Malaysia kini. Mereka cuma membaca cuma setakat hendak dapatkan skrol bukannya hendak meningkatkan lagi tahap keintelektualan masing-masing. Dampak Malaysia sebagai kilang produk graduan kurang matang berfikir bertahap falsafah tinggi cuma takat penghafal fakta & figura teoritis dan gagal membuat pemikiranan analisis apalagi kritis…..!!!!

Leave a Reply