Menu Utama

DAP Tamak, Dah Pegang Speaker DUN Minta Lagi Jawatan Timbalan Speaker

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam ucapannya di konvensyen parti itu hari ini tanpa berselindung mengakui DAP kini sedang memfokuskan usaha untuk melobi jawatan Timbalan Speaker tambahan. Kata Tony Pua, DAP mahu DUN Selangor mengikut jejak langkah Perak dan Sabah dengan mewujudkan dua Timbalan Speaker.

Speaker DUN Selangor tika ini dikuasai DAP melalui wakilnya YB Hannah Yeoh manakala Timbalan Speaker dipegang ADUN PAS Bangi YB Mohd Shafie Ngah. Jika jawatan Timbalan Speaker Ke-2 diwujudkan ia akan disandang oleh ADUN DAP Sekichan, Ng Suee Lim.DAP TAMAK-Minta Timbalan Speaker Ke-2 DUN Selangor

“Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik . Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah,” demikian kata Tony Pua sebagaimana dilaporkan portal Malaysiakini.

Alasan DAP konon mahu mengikut jejak langkah Sabah dan Perak sukar untuk diterima ramai memandangkan di DUN Sabah penguasaan jawatan-jawatan itu dipegang parti berlainan. Speaker DUN diwakili UMNO, Timbalan Speaker 1 dikuasai PBS sementara Timbalan Speaker ke-2 diserah kepada PBRS.

Di DUN Perak pula Speaker dipegang wakil MIC dan timbalan pula dikuasai UMNO, setakat pemerhatian penulis tiada jawatan Timbalan Speaker ke-2, atau penulis terlepas pandang? Mungkin Tony Pua merujuk pada senario semasa Perak dikuasai PR pada 2008 dan 2009 dulu.

Pada pemilihan baru-baru ini DAP telah menamakan Ng Suee Lim bagi merebut jawatan Timbalan Speaker dari PAS meskipun pada 26 September yang lepas Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali telah berjanji jawatan tersebut telah diserahkan kepada PAS sebagai ganti kuota EXCO parti itu yang dikurangkan.

Mungkin disebabkan rasa malu janjinya kepada PAS tidak dihormati DAP, Azmin kemudiannya memberi alasan kebudak-budakan kononnya perebutan yang berlaku itu hanyalah sebahagian dari proses demokrasi ala PR.

Setakat ini belum ketahui apa reaksi Azmin berhubung permintaan DAP supaya jawatan Timbalan Speaker kedua diwujudkan dan diserahkan kepada parti itu, namun yang jelasnya senario ini semakin menimbulkan rasa jelik di kalangan penyokong PR berikutan sikap tamak yang ditunjukkan DAP.

Apa pun amat jelas sekali pemintaan terbaru DAP ini menonjolkan sikap tamak DAP yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Dah dapat betis dimintanya peha. Peliknya di Pulau Pinang tidak pula terdetik nak mewujudkan jawatan Timbalan Speaker ke-2 untuk diberikan kepada PAS setelah Speakar DUN Pulau Pinang dikuasai DAP dan Timbalan Speker diberikan kepada PKR. Ada double standard ke?






9 Komen to DAP Tamak, Dah Pegang Speaker DUN Minta Lagi Jawatan Timbalan Speaker

  1. […] Speaker DUN Selangor tika ini dikuasai DAP melalui wakilnya YB Hannah Yeoh manakala Timbalan Speaker dipegang ADUN PAS Bangi YB Mohd Shafie Ngah. Jika jawatan Timbalan Speaker Ke-2 diwujudkan ia akan …read more […]

  2. raplahjingaa says:

    Aku nak tengok ahli DUN PAS nak sokong atau bantah ?? kita tunguuuuu…

  3. Anak Lenggong says:

    Berkenaan dengan perkara ni mana komen bujuk ngan moo lembu…tarakkkk..bila kena batang hidung sendiri mula laa menikus…woiii..bangun laa mangkok..tapi aku tak hairan sebab melayu PAS memang hipokrik..takut dengan cina DAP dan nuar brahi..kalau melawan nanti tak dapat kuasa dan pulus tak masyuk kocek..

  4. semangat dato' haron says:

    Moo lembu…cepatlah copy paste artikal tokonginsider. X sabar bagaimana ko nk divert isu ni…

  5. bujuk says:

    Biar la DAP nak mintak jawatan MB pun, apa kena mengena dengan UMNO/BN?

  6. Badrole Amin says:

    kepada bujuk…

    ADUN melayu mana dari DAP(di Selangor) boleh diberi jawatan MB mengikut undang-undang tubuh negeri?

    tulah makan lagi babi banyak-banyak, kan bodoh!

    hehehehehe

  7. raplahjingaa says:

    Memang pun tak ada kena mengena dengan UMNO bujuk….tapi sedih tengok PAS di sakau kaw-kaw oleh cina kafir…lembik tak bermaya !

  8. WTF says:

    LOL, Bujuk dah PASRAH ka PAS dah takder kuasa kat negeri Selangor!!!

    Hehehehehe…tulah Bujuk, sokonglah PASMA lagi!!!

Leave a Reply

Threesome