Menu Utama

DAP Guna 1MDB Sebagai “Racun” Cetus Provokasi Dalam PAU 2014?

1MDB Teresa

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU 2014) minggu depan turut menjadi perhatian DAP. Mereka dilihat seolah-olah cuba menjadikan medan PAU 2014 sebagai tempat untuk memecahbelahkan UMNO. Sekali imbas mereka “macam” cuba mengajar perwakilan UMNO namun sebenarnya tindakan mereka tersirat seribu satu maksud yang tidak baik.

Teresa Kok seperti mana yang dilaporkan dalam beberapa portal berita mahu perwakilan Umno membahaskan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 25 November ini.

Kita dapat lihat betapa muka temboknya Teresa Kok dalam menangani isu ini. Dalam keadaan pakatan rakyat huru hara beliau ada hati mahu mengajar perwakilan UMNO. Isu mesyuarat Agung CEC sendiri pun belum berapa selesai. Malahan hubungan DAP dan sekutu mereka PAS juga dilihat amat tegang, retak menunggu belah sahaja.

Sebenarnya kita tahu bahawa kepakaran DAP dan pakatan rakyat hanyalah mencetuskan provokasi dan huru hara di mana-mana sahaja. Namun tindakan Teresa Kok yang cuba mengajar perwakilan UMNO sebenar tidak dapat kita terima. Siapa Teresa yang mahu campurtangan dalam urusan parti lain? Beliau perlu cermin diri beliau dengan lebih jelas agar tidak terus menjadi bahan jenaka dan tohmahan kita.

Tambahan pula, kita amat maklum betapa rasisnya DAP. Kita juga tahu bahawa DAP mahu UMNO hancur demi merampas tanahair milik kita. Oleh itu, Teresa perlu tahu bahawa UMNO tahu tindakan beliau tersebut merupakan jarum halus bagi menghancurkan parti itu.

Provokasi yang dilakukan oleh Teresa dilihat seolah-olah bertujuan untuk mempengaruhi perwakilan UMNO agar menentang pemimpin kita secari membabi buta. Dan yang pasti beliau tidak mempunyai hak untuk mengajar perwakilan UMNO supaya membahaskan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kini isu 1MDB dengan sengaja dipolitikkan oleh DAP dan pakatan rakyat bagi memberikan informasi yang salah kepada rakyat agar benci kepada Barisan Nasional dan UMNO. Perjuangan kita yang sentiasa mahu memertabatkan bangsa Melayu dan agama Islam merupakan racun bagi DAP. Dengan kata lain 1MDB ini merupakan racun bagi DAP yang perlu mereka hancurkan dengan secepat mungkin.

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa DAP sedang gementar dengan projek 1MDB yang bakal merosakkan penguasaan secara total bangsa Cina terutama di kawasan Lembah Kelang. Dengan ertikata lain 1MDB akan membolehkan orang Melayu dapat bernafas semula dengan lebih baik di tanahair kita.

Oleh itu mereka sedang melakukan serangan yang cukup agresif terhadap 1MDB. Demi kesinambungan dan relevannya bangsa Melayu di tanah tumpah darah kita maka kita jangan sesekali melatah dengan segala provokasi yang cuba ditimbulkan oleh DAP bersama-sama pakatan rakyat. Pastikan pemikiran kita sentiasa cukup objektif dengan fakta yang betul sentiasa dihujung jari anda. Kita doakan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta.






3 Komen to DAP Guna 1MDB Sebagai “Racun” Cetus Provokasi Dalam PAU 2014?

  1. raplahjingaa says:

    Aikkk…perwakilan UMNO pun DAP nak jadikan macam perwakilan PAS ??? hehehehe..

  2. Sontoloyo says:

    Hidup lagi babi betina tu rupanya..?!..ingat
    kan dah mampus…khaaak ptuiii.!!!

  3. alimedanbaru says:

    hanya UMNO yg dapat bertahan dengan racun dan badai DAP
    PAS terbelah dan lahir PASMA
    PAS berada ditepi jurang
    haji adi berada dipapan anjal untuk dicampak kedalam air
    PAS baru adalah PAS yg bertuankan DAP dan PKR
    UMNO ada penawar racun DAP
    hanya UMNO yg mahir menepis kuntau DAP
    selagi UMNO TEGAK, DAP GIGIT JARI!

Leave a Reply