Menu Utama

DAP Cuba Rebut Jawatan Timbalan Speaker DUN Dari PAS, Itu Tanda Demokrasi PR – Azmin Ali

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ketika diminta mengulas isu pertembungan sesama PR membabitkan PAS dan DAP bagi merebut jawatan TimbalanAzmin Janji Jawatan Timbalan Speaker DUN Untuk PAS Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor siang tadi, beliau mengibaratkan perebutan itu sebagai bukti pakatan tidak berdaftar itu mengamalkan demokrasi.

“Kita buat begitu sebab kita mengamalkan demokrasi,” katanya ketika sidang media selepas membentangkan Bajet Selangor 2015 di DUN Selangor sebagaimana dilaporkan oleh portal FreeMalaysiaToday.

Siapa yang Azmin mahu bodohkan kita tak tahu, namun khalayak umum dah lama maklum jawatan Timbalan Speaker DUN yang dulunya milik PKR telah diserahkan dan dikhaskan untuk PAS sebagai ganti kepada satu kuota jawatan EXCO miliknya yang diserahkan kepada PKR berikutan pembelotan dua ADUN PAS sebelum ini.

Yang buat pengumuman bahawa jawatan Timbalan Speaker dikhususkan kepada PAS pun bukan orang lain. Azmin juga yang mengisytiharkannya pada 26 September 2014. Sekarang bila berlaku keadaan caca marba sebegini dek kerana berebut satu kerusi, Azmin juga yang kata ia tanda demokrasi dalam PR. Mengarut betul.DAP Nak Ajar PAS - Itu Tanda Demokrasi Kata Azmin

Baru dua bulan jadi MB Selangor automatik kesepakatan yng dipersetujui dulu hilang entah ke mana. Mula tunjuk kepintarannya dalam bab main putar belit. Agaknya kalau Azmin mampu bertahan di singgah sana kerusi MB sampai menjelang PRU-14 entah berapa banyak putar belit dan pembohongan yang akan dilakukannya.

Pun begitu kalau tak didedahkan putar belit Timbalan Presiden PKR itu, hakikatnya orang ramai tahu alasan yang diutarakan Azmin konon mahu menonjolkan amalan demokrasi ala PR itu hanyalah pembohongan di siang hari yang jelas nyata.

Sebabnya mudah, calon DAP untuk jawatan tersebut iaitu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang mendapat 14 undi dari semua rakan DAPnya secara sedar telah mendedahkan sebab sebenar DAP melawan PAS untuk merebut jawatan Timbalan Speaker bertujuan untuk mengajar parti itu.

Tindakan itu juga katanya sebagai protes terhadap sikap PAS yang tidak memperlihatkan semangat perpaduan semasa krisis perebutan jawatan MB Selangor baru-baru ini selain sebagai tanda tidak puas hati dengan sikap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang tidak menghadiri mesyuarat PR.

Dalam erti kata mudahnya DAP mengambil kesempatan yang terbentang depan mata itu dengan memanfaatkannya membalas dendam ke atas PAS tanpa mempedulikan lagi soal kesepakatan bersama dan perpaduan sesama PR. Satu sikap yang cukup buruk yang semakin memperlihatkan keretakan hubungan pakatan pembangkang.

Dari hal kecelaruan Langkah Kajang yang dah ke longkang meleret sampai ke krisis perebutan jawatan MB Selangor, kini terbawa-bawa ke dalam DUN Selangor pula. Dulu bertanding sesama sendiri di beberapa kawasan DUN & Parlimen di Selangor, Sabah, Penang dan Terengganu, kini berebut pula jawatan Timbalan Speaker DUN.

Tak pernah nak selesai percakaran dalam PR, ada sahaja kebodohan yang nak dipersembahkan kepada umum. Macam ini punya gaya, hanya sesetengah pengundi berdaftar yang tak cerdik sahaja yang sanggup menyokong dan memberi undi kepada pakatan pembangkang yang tak pernah kenal erti kesepakatan.






9 Komen to DAP Cuba Rebut Jawatan Timbalan Speaker DUN Dari PAS, Itu Tanda Demokrasi PR – Azmin Ali

  1. tengkudin says:

    berebut lagi..ish ish ish…gila kosa betul..hahaha

  2. matatelinga2012 says:

    Lantak kao la PAS eeei , semua orang tahu silat DAP , orang cakap tak nak dengar. Kalau UMNO cakap , kata sakit hati la, cemburu la, Melayu sama Melayu tak nak bersatu. Dipijak pijak macam tu masih hemoi lagi, kata orang kedah . Eb eh dimana la martabat PAS ni.

  3. raplahjingaa says:

    Demokrasi ?? berapa kerusi yang PKR ada dalam DUN Selangor yang membolehkan azmin jadi MB ?? hehehehe….

    PAS…PAS….sedih !!

  4. moo says:

    Umno nak jawatan tu ker..?? Cuba lg next PRU ye. Jgn putus asa. Err Toyo amacam? Jerung ada berani tangkap..? Nanti suruh dia hadiah Penyapu kat Noh Omar ya.. OK?

  5. system baru says:

    Moo jawablah mana demokasi apa di mainkan yg main oleh ketum ia,ini dah kita lihat orang pasmah masih gila duit dap ia sikit2 pas akan di tendang keluar ia tak lama lagi pasma akan berkuasa tapi tak kuasa dalam dun selangor kasihat lihat pas ini kena mainkan aje ia

  6. abai says:

    Baru ada kuasa sikit tu….hanya lrn xnk jd pak turut mereka.

  7. system baru says:

    Moo aku tahu anwar itu memang undi popular anwar sepatutnya pergi bertanding syria dekat syria. presiden bashar itu menang undi popular ia dekat malaysia ini bukan mengamal system undi popular ia. Di malaysia ini astro aje amal undi popular ia

  8. alimedanbaru says:

    JANGAN RISAU
    KENSER DALAM PAKATAN RAKYAT DAH MENJALAR
    TAK LAMA LAGI GUGURLAH SEKOR-SEKOR
    LUAR CANTIK…DALAM ROSAK
    TUNGGU MASA
    TUNGGUUUU……

  9. anakbochek says:

    Kalau aku ahli PAS memang aku keluar dari PAS. Tak sanggup rasanya melihat maruah PAS dipijak dan diinjak oleh kafir laknatullah DAP ni. Mana perginya suara2 keramat ahlul2 PAS yang lain. Sudah menjadi syaitan bisukah kalian?? Kalian hanya berani dengan umat Islam UMNO sahaja tetapi menikus dengan kafir laknatullah? What is wrong with you guys (read PAS)??

Leave a Reply

Threesome