Menu Utama

Contempt of Court: Apa Tindakan Ke Atas Tian Chua?

Tian Chua penjara anwar kita bangkit jatuhkan najibProvokasi melampau ke atas sistem kehakiman dan perundangan negara nampaknya semakin menjadi-jadi. Entah bagaimana, ianya menjadi “trend” masakini seolah-olah dirancang dengan teliti, di samping kadar kekerapan provokasi yang tinggi.

Berbicara soal melampau, tidak boleh tidak, nama Tian Chua akan terbayang di dalam minda kita. Apa tidaknya, aksi menggigit anggota keselamatan sewaktu mengepalai rusuhan di ibukota benar-benar menunjukkan sifat yang ada pada dirinya.

“Penjarakan Anwar: Kita bangkit jatuhkan Najib, kata Tian Chua”, begitulah tajuk artikel dari sebuah portal pro pembangkang. Hanya merujuk kepada tajuk itu sahaja, sudah cukup untuk kita tahu, bahawa, Tian Chua, dengan niat, samada secara langsung atau tidak langsung, cuba memberi ancaman kepada badan kehakiman negara termasuklah hakim perbicaraan kes rayuan liwat Anwar Ibrahim.

Sedang kes itu sedang dibicarakan, tentunya Tian Chua berharap ancamannya itu dapat memberi kesan kepada pihak pendakwaraya.

Di samping itu, Tian Chua sebenarnya sedang bermain dengan persepsi, apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri kononnya sebagai pihak yang bertanggungjawab sekiranya Anwar Ibrahim kalah kes rayuan ini, dan berdepan hukuman penjara.

Anwar pula di mahkamah, asyik dengan teori konspirasi tanpa sebarang bukti, dan lebih gemar menyerang peribadi Pendakwaraya. Kedua-dua pemimpin PKR ini menggunakan teknik yang sama, iaitu persepsi; atau dalam bahasa mudah “sekadar tuduhan semata-mata”. Tipikal PKR, matlamat mereka adalah serupa, iaitu untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman dan perundangan negara.

Pada Mac lalu, Tian Chua telah dua kali membuat ugutan yang sama apabila menulis di akaun Twitter beliau @tianchua menyatakan Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan. Kenyataan yang sama juga dilaungkan pada 7 Mac di hadapan lobi Kompleks Istana Keadilan, Putrajaya, ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar apabila didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful ukhari Azlan.

Menurut A.S Hornby dalam Oxford Dictionary Of Current English, ‘contempt’ atau penghinaan ialah satu unsur memandang rendah kepada sesuatu perkara atau tidak mengendahkan (mempedulikan): iaitu dalam semua bentuk peraturan atau undang-undang. Apabila disebut ‘contempt of court’ atau penghinaan Mahkamah, ia memberi maksud tidak mematuhi terhadap perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah atau tidak menghormati sistem kehakiman .

Apa yang telah dilakukan oleh Tian Chua boleh dikategorikan sebagai penghinaan secara tidak langsung, yang juga disebut sebagai penghinaan ex facie iaitu penghinaan yang tidak berlaku di dalam mahkamah tapi bertujuan untuk melemahkan pelaksanaan pentadbiran keadilan.

Tindakan Tian Chua ini sangat serius dan tidak boleh dibiarkan untuk berada di dalam amalan kehidupan masyarakat Malaysia. Pihak-pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan sewajarnya agar tiada pihak yang mengikuti jejak yang sama.

Institusi kehakiman dan perundangan adalah antara aspek terpenting dalam memastikan keharmonian masyarakat di Malaysia.






8 Komen to Contempt of Court: Apa Tindakan Ke Atas Tian Chua?

  1. […] “Penjarakan Anwar: Kita bangkit jatuhkan Najib, kata Tian Chua”, begitulah tajuk artikel dari sebuah portal pro pembangkang. Hanya merujuk kepada tajuk itu sahaja, sudah cukup untuk kita tahu, bahawa, Tian Chua, dengan niat, samada secara langsung atau tidak langsung, cuba …read more […]

  2. adi says:

    orang bodoh mana yang lantik dia jadi pemimpin. Kalau makamah menghukum anuar bersalah dan di penjarakan dan cina bodoh sekor ni nak jatuhkan najib, apa kenemengene najib dgn mahkamah. Woi cina bodoh kalau nak jatuhkan najib tunggu pilihanraya ke 14 la bodoh. Sekarang ni buat kerja oorang dah lantik awak jadi pemimpin bukan suruh kacau kerja orang. Hakim bukan ahli politik bodoh. Bila nak mampos cina sekor ni.

  3. samad says:

    Tian chua nak provoke lebih sebab nak ampu azmin bila anwar ke dalam nanti. Nak tunjuk yang dia setia pada anwar mcm azmin.

    kalau dia diam diri je alamat nasib dia sama macam khalid bekas mb selangor tu.

    cari makan beb.

  4. tengkudin says:

    konon nak jatuhkan PM dalam masa 5 bulan..ko sendiri gigit telinga polis pun kene hukum..kakakakaka

  5. semangat dato' haron says:

    Azmin, cina ni x bole caya. Bila2 dia akan tikam ko. Baik ko cari proksi lain demi berhadapan ancaman pakatan Azizah-Izzah-Rafizi.

  6. Memang Terok says:

    Sebab kenapa tikus bertukar menjadi anjing. Sebab kenapa cacing sudah membesar jadi naga… kita semua pun tahu , faham dan arif.

    Sekarang segala benda boleh disoal. Segala hal dipertikai. Hak kita disoal hak kita mahu dirampas. Keistimewaan kita mahu ditiadakan.

    Kenapa ?

    Dulu mereka jadi tikus dan nampak terlalu tunggi keperhatinan nya. Bukan kerana mereka sebenarnya perihati tetapi mereka takut. Mereka boleh ditarik dari rumah pukul 3 pagi dan disumbat kesuatu tempat.

    Mereka boleh dihalau, dibuang daerah, dipencil kedalam sebuah pulau. Sekarang itu semua tak ada lagi.

    Jueteru jangan ditanya kenapa tikus jadi anjing, Cacing bertukar jadi naga, kerana kita yang membenarkan mereka jadi begitu.

  7. itsme says:

    soalnya, apa tindakan kerajaan?? atau sememangnya mrk membenarkannya? atau kerajaan perlu diam demi menutup perkara2 buruk lain yg mungkin terkantol? byk kesimpulan yg kita boleh buat namun tidak satunya akan kita tahu kesahihannya namun apa yg kita boleh buat ialah dgn memberi peluang kpd parti2 islam lain utk menerajui negara dimasa akan dtg.

Leave a Reply

Threesome