Menu Utama

CAA Resources tak terlibat perlombongan di Bkt Besi,Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini menafikan penglibatan syarikat CAA Resources dalam aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun.

Katanya dakwaan yang menyatakan syarikat CAA Resources kononnya membuka semula lombong bijih besi awal tahun ini dan mengeluarkan bijih sebanyak 500,000 tan setahun itu adalah tidak benar sama sekali.

Ahmad Razif menegaskan kerajaan negeri Terengganu tidak pernah meluluskan kawasan lombong kepada syarikat itu dan hasil carian rekod daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu tidak diperbadankan di negara ini.

“Syarikat itu juga tidak pernah berurusan dengan mana-mana jabatan kerajaan terutama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) atau Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri (LTAW) yang diamanahkan untuk mengawal tanah lombong di Bukit Besi.

“Dakwaan kononnya tiada kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) dilakukan juga adalah tidak benar, kerana untuk sesebuah syarikat mendapat pajakan lombong, terdapat 38 perkara yang perlu dipatuhi mengikut Enakmen Mineral Terengganu 2002 melibatkan enam jabatan kerajaan,” katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Enam jabatan itu ialah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan negeri, Jabatan Bekalan Air dan PTG.

Sidang media khas itu diadakan berikutan satu artikel yang dikeluarkan sebuah akhbar luar negara pada Jumaat lalu bertajuk ‘Chinese Interests Look to Malaysia For Cheap Iron Ore, And Profits’.

Turut hadir ialah Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Pengarah PTG negeri, Mohamad Nor Ibrahim.

Ahmad Razif berkata kandungan artikel itu kemudian diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan disiarkan dalam beberapa blog serta media sosial dengan analisis berunsur fitnah dan beliau meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan perkara itu.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkannya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata mengikut rekod PTG, sebanyak 571,282.35 tan bijih besi telah dikeluarkan sepanjang tahun lalu oleh enam syarikat manakala sepanjang tahun ini pula, hanya 327,724.16 tan bijih besi dikeluarkan oleh lima syarikat.

Kerajaan negeri tegasnya memperoleh sebanyak RM1,6 juta iaitu lima peratus royalti hasil pengeluaran bijih besi dari Ogos tahun lalu hingga sekarang manakala melalui LTAW pula, setiap satu tan yang dikeluarkan akan dikenakan caj sebanyak RM30.

“Dasar kerajaan negeri sebelum ini membenarkan syarikat lombong untuk mengeksport keluar bahan mentah, namun berkuat kuasa April lalu, satu dasar baharu diperkenalkan iaitu mana-mana syarikat yang mahu melombong bijih di Terengganu perlu memprosesnya di negeri ini sahaja.

“Setakat ini Perwaja Steel Sdn Bhd sudah mempunyai kilang sendiri manakala sebuah lagi kilang milik Eastern Steel Sdn Bhd (di Kemaman) kini dalam pembinaan dan siap 80 peratus,” katanya.

Ketika ini, sebanyak tujuh kawasan lombong seluas 871 hektar dibuka di Bukit Besi.

Bernama






7 Komen to CAA Resources tak terlibat perlombongan di Bkt Besi,Terengganu.

  1. system baru says:

    Moo mana pangkat dato yg bagi Pada orang dekat negara china ia,moo mana dia majalah time dan tongkonginsider cerita terengganuh bagi pelombong negara china pangkat dato itu ia lupa pesan ia time itu yahudi punya ia, time akan bikin cerita bukan2 ia untuk burukan malaysia ini ia

  2. moo says:

    kalau fitnah, saman je…

  3. system baru says:

    Moo kau cerita tongkonginsider sampaikan percaya time Pun percaya ia maklumlah time itu kan yahudi yg punya. Kalau saman nak kena ulang alik dari malaysia ke us menbazir duit aje ia mooo

  4. raplahjingaa says:

    SB….mooo boleh cari fund dengan kutipan derma style SUARAM, tak gitu mooo ??
    hehehehe…

  5. system baru says:

    Moo buat satu ngo moo kemudia minta mana2 syarikat duit kalau tak pun kau minta pas tolong kau buat tin milo untuk derma ia moo syarikat dap itu boleh tolong ia penuhkan derma jadi tak payah dia kena bayar cukai pada kerajaan ia ngo perjuang kan ketum didera

  6. alimedanbaru says:

    PEMFITNAH 1,000% MASUK NERAKA
    MAMPUS HIDUP BALIK DIBAKAR SELAMANYA

  7. Sontoloyo says:

    ketum tua, pakatan berserta konco konco termasuk moo memfitnah berpisah tiada.

Leave a Reply

Threesome