Menu Utama

Bukan Pelajar Sekolah Agama Yang Tak Boleh Cakap Melayu

MOTIF ahli parlimen Sibu dari DAP, Oscar Ling Chai Yew menuduh pelajar sekolah agama sebagai punca perpecahan kaum di negara ini, bukan susah sangat nak diteka – ia adalah satu tindakan preemptive DAP untuk mempertahankan sekolah vernakular setelah banyak bukti menunjukkan kewujudan sekolah itulah yang menjadi punca perpecahan kaum di negara kita

Justifikasi pertama, tak beberapa lama sebelum ini terdapat kajian mengejut dimana 607 pelatih PLKN dikesan tidak boleh berbahasa Melayu walaupun dapat keputusan cemerlang matapelajaran tersebut di peringkat SPM.

Sebelum itu, Perdana Menteri meminta penguasaan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan (sekolah vernakular lah senang kata) dipertingkatkan sebab bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Penulis percaya, semua ini dilihat DAP cuba memberi ancaman kepada sekolah vernakular di negara ini dan sebagai parti yang kononnya menentang segala bentuk perkauman, kecuali sekolah berunsurkan kaum, maka DAP perlu campur tangan sebelum melarat.

DAP tahu,kajian oleh Prof. Dr. Teo Kok Seong itu ada benarnya kerana jangan kata 607 pelatih PLKN, dari kalangan 37 ahli parlimen parti itu sekarang pun, bukan semuanya tahu berbahasa Melayu dengan fasih. Mereka yang terlibat itu (tanpa menyebutkan sesiapa) penulis yakin adalah produk sekolah vernakular.

Jadi sebelum ada kajian, sebelum ada siasatan dibuat, terutama bagaimana mereka yang tak fasih berbahasa Melayu ini boleh cemerlang dalam matapelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM, DAP kena buat sesuatu untuk paling tidak mengalihkan isu.

Takut-takut selepas siasatan, wujud pulak konspirasi peringkat tertinggi untuk memastikan pelajar ini lulus cemerlang bahasa Melayu di peringkat sekolah vernakular walaupun tak reti. Penulis tak menuduh, perlu ada siasatan dulu, sebab itu disebut ‘takut-takut’.

Semua ini dan faktor pilihanraya negeri Sarawak yang nak dekat, menjadi punca kenapa ahli parlimen DAP dari Sibu ini membuat tuduhan berbentuk perkauman dan penindasan agama.

Tapi si Oscar ini mungkin terlupa, DAP Pulau Pinang pun ada beri bantuan kepada sekolah agama untuk menunjukkan parti itu bukan parti perkauman. Malah katanya peruntukkan ini ditambah setiap tahun.

Apa komen Oscar pasal hal ini? Pada penulis, nampak sangat pertambahan peruntukan untuk sekolah agama di Pulau Pinang itu drama sahaja, realitinya adalah agenda tersembunyi dalam tuduhan ahli parlimen DAP Sibu itu.

Dalam masa sama, tertanya-tanya juga, dimana PAS? Kenapa membisu? Adakah PAS sudah menjadi dungu dan tugu? Ingat tak dulu bila bantuan kerajaan untuk sekolah agama rakyat dihentikan dalam bajet, bukan main melalak lagi PAS. Sekarang bila institusi sekolah agama diperlekeh serendah ini, langsung PAS jadi bodoh.

Politik, politik tak habis-habis walaupun dalam soal agama. Kalau yang sebut ni ahli parlimen BN, dah tak cukup ayat kawan tu kena maki.






7 Komen to Bukan Pelajar Sekolah Agama Yang Tak Boleh Cakap Melayu

  1. Uturn says:

    Akibat terlalu diberi muka oleh pas, maka dap besar Kepala. Pas bila nak sedar ni.

  2. moo says:

    Taukeh Cina dapat RM1.6 billion, org Melayu dapat RM500. Hidup Melayu! Hidup Melayu!

    Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguruskan berbilion ringgit wang para pelabur, kini dihimpit skandal melibatkan kroni elit politik, Liew Kee Sin.

    Besar kemungkinan ramai yang tidak faham dan tidak dapat membaca arus politik elit yang berjalan dibelakang tabir. Elit politik sepatutnya beriltizam untuk membangunkan ekonomi Melayu, telah melanggari amanah bangsa dengan memperkaya towkay yang menabur sisa-sisa untuk mereka kutip.

    Kita harus sedar bagaimana wang para pelabur PNB digunapakai untuk mengambil alih kesemua saham kepentingan Tan Sri Liew Kee Sin dalam SP Setia, syarikat hartanah terbesar di Malaysia, dengan harga RM3.90 sesaham.

    Selain PNB, para pemegang saham SP Setia yang lain adalah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja sebanyak 13.4 peratus dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) lima peratus termasuklah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin yang sebelum ini memiliki 11 peratus.

    Dari gossip-gosip industri, Tan Sri Liew Kee Sin dianggarkan mengaut sekitar RM 1.6 billion dari urusniaga ini.

    Di bawah Tan Sri Liew, SP Setia meraih pendapatan sebanyak RM8.24 bilion pada tahun kewangan 2013, hampir dua kali ganda pendapatan dicatat tahun kewangan sebelumnya.

    Ramai penganalisa menyifatkan cadangan pengambil alihan itu adalah strategi pelaburan jangka panjang PNB yang baik memandangkan SP Setia memiliki trek rekod yang baik. Namun begitu, Towkay Liew sudah pun mempunyai rancangan nakal untuk terus menerus menarah hasil rakyat bagi kekayaan beliau dan elit politik yang dibiayai beliau.

    Tidak berapa lama selepas urusniaga tersebut,Tan Sri Liew telah meletakan jawatannya di SP Setia.

    Krisis pengurusan korporat ditambah apabila hampir keseluruhan pengurusan atasan SP Setia berjumlah kira-kira 200 orang meninggalkan SP Setia dan berhijrah ke syarikat pemaju EcoWorld. Selepas mendapat laba hasil jualan saham beliau di SP Setia, Towkay Liew telah menguasai EcoWorld.

    Urusniaga PNB membeli saham SP Setia telah memberi kelebihan kepada seorang towkay yang terus mendapat projek demi projek dengan dibantu elit politik.

    Kini kita telah mendapat gambaran bagaimana dana dan tanah GLC-GLC ini digunapakai untuk memperkayakan towkay yang seterusnya mengayakan elit politik.

    Peneraju-peneraju GLC ni dilantik bagi memegang amanah bangsa dan negara, tetapi bagi mereka inilah peluang untuk mengaut kekayaan sebanyak mana yang boleh.

    Dana para pelabur PNB diguna untuk “buy out” Towkay Liew yang seterusnya diberi projek demi projek. Antaranya, pembangunan di tanah Lembaga Getah RRI di Sungai Buloh dan kini tanah bekas Penjara Pudu.

    Selepas urusniaga PNB dan SP Setia selesai, ratusan kakitangan SP Setia berhijrah ke EcoWorld dan jadikan SP Setia seperti tong kosong tanpa pengurusan dan jentera.

    Maka bagaimana SP Setia yang telah dibeli oleh PNB ini akan menjadi satu syarikat yang berdaya maju? Bukankah sebelum ini dikatakan bahawa pengambil alihan saham SP Setia ini langkah strategik yang bernas. Tetapi rupa-rupanya, penguasaan SP Setia ini bertukar menjadi pembelian yang sia-sia kerana aset yang dibeli kini tidak mempunyai sumber tenaga kerja.

    Ini ditambah dengan kejatuhan harga saham SP Setia daripada hampir RM4 kepada sekitar RM3 sahaja. Ini bermaksud PNB telah kerugian hampir 25%. Wang pelabur Melayulah yang paling terkesan akibat skandal ini.

    Inilah hasilnya jika dibalik urusniaga bisnes ada peranan dan rencana oleh elit politik. Elit politik dan kroni mereka akan terus menerus menarah kantung negara.

    Pelabur PNB terutamanya orang Melayu harus sedar bahawa amanah yang mereka berikan pada pimpinan untuk mengangkat martabat Melayu telah dikhianati.

    Seterusnya kita akan terus membongkar betapa rakusnya towkay Liew Kee Sin ini membolot wang rakyat.

    …akan disambung

  3. GT86 says:

    Aikkk…menjolok sarang tebuan nampak….
    Ini bukan soal PAS aje, ini soal melayu islam. Perpaduan, keamanan dan keharmonian. UMNO BN takkan nak duduk pegang telor jea. kata ade “untouchable” menteri, macam ganas tapi dah macam rimau yang bukan hilang taring aje tapi dengan bulu-bulu sekali.
    Penulis oiii..PAS dah memang tak boleh di harap, dan tiba masanya kita jerit kat telinga UMNO yang sedang diulit mimpi lagi…pulas telinga tu kuat2

  4. kayu says:

    Kali ni aku sokong hang mooo…nampak dah cerdik sikit…..Cina kalau berbaik atau berkawan dengan mereka…bila mereka senang dan kaya kalau mereka tidak tikam belakang bukan Cina ,,,..itu mau ingat…Melayu masih buta kayu dan buta perut….sedangkan Cina ni memborong tanah di Penang secara besar-besaran hasil dari jualan SP setia untuk projek halau Melayu….bijak tak Cina …..guna duit Melayu untuk halau Melayu…!!!!..Melayu jadi kayu..!!

  5. raplahjingaa says:

    Bila pelajar sekolah agama sebegini di fitnah DAP, macai-macai PAS senyap menikus, tinggal lah orang lain selain dari PAS yang akan mempertahankan pelajar-pelajar agama ini.

    Berapa ramai pelajar SRJKC yang boleh menyanyi ” negara ku ” dalam 10 nak cari sorang pun susah, bercakap bahasa kebangsaan tok sah cakap lah…100 perkataan pun depa tak tau.

  6. semangat dato' haron says:

    Kempen Buy Chinese Last (BCL) atau Boikot Barang & Perkhidmatan Cina harus digerakkan semula secara besar-besaran. Jgn bg muka pada Cina. Tanpa wang, cina hanyalah setaraf indon taraf PR baru dpt jd warganegara.

    Jgn pandai2 sentuh sekolah agama, buruk akibatnya. Orang melayu kalo pasal agama mereka plg sensitif. Semua orang tahu bangsa Melayu inilah paling baik sangka dan bertoleransi di dunia ini. Kalo cina dan India di Malaysia ni akan jd stateless people seperti di Brunei.

  7. wong jowo says:

    dah ku kata jangan kompromi dengan cina..sebab dia memang hati komunis..tak kira cina dalam kerajaan atau dalam pembangkang semua sama..keturunann babi

Leave a Reply

Threesome