Menu Utama

Baru 90 Ribu Menyerah Diri & Ditahan, Ada Lagi 4 Juta Pendatang Asing Tanpa Izin Di Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim dalam sidang akhbarnya semalam memaklumkan setakat ini seramai 59,590 orang Pendatang Asing Tanpa izin (PATI) telah menyerah diri kepada pihak berkuasa sejak Program Serah Diri Sukarela diperkenalkan pada Julai tahun ini.

Melalui program yang dikenali sebagai 3+1 ini PATI yang menyerah diri secara sukarela hanya dikenakan kompaun berjumlah RM300 serta RM100 lagi untuk pas khas sebelum dihantar balik ke negara asal masing-masing.60K PATI-Program Serah Diri Sukarela

Menurut beliau lagi sejak Januari hingga 19 November pula seramai 27,082 orang lagi PATI turut ditahan hasil dari 4,922 operasi yang dilaksanakan di seluruh negara. Angka itu menjadikan keseluruhannya sejumlah 86,672 PATI telah ditahan serta menyerah diri sepanjang tahun ini.

Sekilas lalu jumlah hampir 90 ribu itu sudah boleh dikira satu kejayaan besar bagi pihak berkuasa. Tapi kalau kenyataan Kementerian Sumber Manusia pada 11 November lepas diambil kira yang menyatakan terdapat 6.7 juta pendatang asing di negara ini di mana 2.1 juta merupakan pekerja asing berdaftar dan 4.6 juta lagi adalah PATI, maka teramat jelas sekali angka 90 ribu terlalu kecil.

Walau pun Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem menyebut angka 4.6 juta PATI itu sekadar anggaran kasar sahaja, namun realiti di sekeliling kita menunjukkan kenyataan tersebut ada benarnya dan tak mustahil angka sebenar PATI jauh lebih besar lagi.

Masalah kebanjiran PATI sejak beberapa tahun kebelakangan ini dah semacam satu penyakit sosial yang kronik dan sukar nak dibanteras. Kesan darinya menyebabkan kadar jenayah dan masalah sosial lain di negara ini meningkat secara mendadak.

Itu belum lagi diungkit perihal masalah penyakit berjangkit yang dibawa bersama oleh PATI serta penglibatan sesetengah mereka dalam perniagaan gerai di tepi-tepi jalan atau di pasar tanpa mempedulikan soal kebersihan. Juga belum dikira dah berapa ramai anak gadis kita yang lena dalam dakapan Mat Bangla dan Awang Hitam dari Afrika.

Kalau nak di ambil kira kesan buruknya memang banyak merangkumi soal keselamatan, kesihatan, keselesaan rakyat dan macam-macam lagi. Ini semua memerlukan tindakan tegas pihak berkuasa untuk menanganinya.

Namun kita tak nafi keperluan negara terhadap tenaga kerja pekerja asing yang berdaftar untuk beberapa sektor ekonomi seperti perladangan, perkilangan dan beberapa sektor lain. Tapi jumlahnya biarlah berpada-pada. Kerajaan perlu mengawalnya untuk kebaikan rakyat dan negara ini di masa depan.

Penulis dan rata-rata rakyat Malaysia cukup mengharapkan sebaik tamatnya Program Serah Diri Sukarela pada 31 Disember 2014 ini, kerajaan dan agensi berkaitan akan benar-benar bertegas dan menggandakan usaha mencari, menyerbu dan menahan seterusnya segera menghantar pulang seramai mungkin PATI ke negara asal mereka.

Pihak berkuasa terlibat jangan lagi menunggu sehingga kebanjiran PATI ini akhirnya menjadi satu bencana kepada negara baru nak bertindak tegas. Lambat bertindak impaknya buruk kepada kesejahteraan kita semua. Tolonglah, jika bukan untuk kami sekurang-kurangnya demi negara ini dan untuk kebaikan anak cucu anda juga.






7 Komen to Baru 90 Ribu Menyerah Diri & Ditahan, Ada Lagi 4 Juta Pendatang Asing Tanpa Izin Di Malaysia

  1. kulaan says:

    penyokong pakatan perlu jawab kata Idola mereka:

    http://www.utusan.com.my/berita/nasional/200-nelayan-malaysia-ditahan-1.27360

    Kita bukan tak berhati perut.Tapi kalau berlaku kat kita…?Ada depa hati perut kat kita.Kita tak la kejam sampai nak tenggelamkan kapal.Siap bagi makan lagi dalam tahanan….Kompaun cuma RM 300. Fikir laa….

  2. raplahjingaa says:

    Aku yang paling kelakar bila baca berita, PATI ditahan semasa hendak menyusup keluar dari Malaysia !! oiiii dol…bila depa nak keluar hangpa pi tahan buat apa ??? biar la depa keluar, patut hangpa pi tangkap PATI yang nak masuk Malaysia !

  3. arhi says:

    Senangnya pati boleh masuk ke Malaysia saban waktu dan ketika,di mana silapnya mereka senang bolos untuk ke sini dan kita sekaligus rasa nak tergelak bila ditunjukkan pihak2 berkaitan nampaknyA MACAM BERSUNGGUH SANGAT untuk membenteras kebanjiran PATI.namun kesannya Malaysia kini sudah mendapat trade mark sebagai negera yg paling senang untuk dibolosi oleh PATI.

  4. semangat dato' haron says:

    Tolong halau pendatang Myanmar. Dorang dtg sini dorang masih buru dan bunuh etnik Rohingya di Malaysia yg mendpt perlindungan. Ini dh melampau, kita kena bantu saudara seagama kita. Kita jgn bg pendatang Myanmar masuk sini secara sah @ haram. Say NO!!! to Myanmar PATI. JUSTICE FOR ROHINGYA.

  5. bangKano says:

    Menukar ketua jabatan ato agensi penguat kuasaan bukan kaedah terbaik mengekang aktiviti penyelewengan,penirisan dll. Ketuan jabatan cuma beri arahan tapi pegawai bawahan nya lah yang wajib melaksana kan tanggung jawab yang di amanah kan. Di sini la poin permulaan segala gala nya….kalo jujur berjaya la misi & visi jabatan…kalo tak …tak tau nak kata apa lagi…!!!!

  6. alimedanbaru says:

    Sepatutnya pengambilan pekerja dikalangan PATI dalam sektor pekerjaan adalah mengikut nisbah.Sebaliknya hari ini 100% dalam sektor pekerjaan tertentu mereka diambil 100%. Contoh jelas distesyen minyak. 100% pekerja Bangla distesyen minyak Shell dan sesetengah stesyen Petronas.Di premis makanan segera juga sama
    ,kita dilayan dan diservis oleh pendatang asing sedangkan anak tempatan patut diberi peluang pekerjaan.
    Hakikatnya dasar kerajaan dalam bab pekerja asing adalah tidak tegas, lemah dan ada unsur penyalahgunaan pekerja oleh majikan yg tamak.Kita memerlukan Menteri Dalam Negeri yg lebih tegas dari Zahid Hamidi. Tok Zahid lebih gaya bercakap dari bertindak!

  7. jagungmentah says:

    Cara pemimpin kita menguruskan negara:trade nilai akhlak budaya untuk pembangunan..

    dulu kan mereka kata foreigner utk kerja2 kasar spy org malaysia boleh masuk bidang kerja yg lebih baik high level berpendapatan tinggi..tidakkah mereka berfikir yg lambakan org asing ini merosakkan nilai budaya dan akhlak org malaysia?kalo mereka ikut budaya dan akhlak kita takpe ni budaya dan akhlak buruk yg diimport sekali..

    Sama juga dlm industri..kita trade industri pertanian dgn industri berteknologi tinggi..sepatutnya dikekalkan atau ditingkatkn industri pertanian disamping membawa masuk industri high tech..bukan trade in..

    Pemimpin kita berfikiran TRADE IN kah???

Leave a Reply

Threesome