Menu Utama

Azmin Sahkan Berlaku Salah Guna Kuasa MBI, Apa Lagi Serahlah Bukti Kepada SPRM

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam kenyataannya petang semalam secara terbuka telah mengesahkan teramat jelas wujud penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) membabitkan pemberian pampasan yang bernilai RM2.6 juta kepada lapan orang pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hebat pemerhatian Menteri Besar Selangor yang baru ini sepantas kilat sudah boleh membuat kesimpulan mengesahkan wujudnya penyelewengan dalam MBI tanpa memerlukan siasatan, perincian bukti dan pengesahan rasmi dari SPRM. Ini sudah cukup luar biasa.

Azmin Ali - Isu Salah Guna Kuasa Dalam MBI

Antara bekas pembantu Khalid yang dikatakan menerima wang pampasan atau ‘golden handshake’ itu termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin yang memperolehi sejumlah RM695,400 diikuti bekas Setiausaha Akhbar Khalid, Arfaezah Abdul Aziz yang menerima sebanyak RM413,000.

Baki selebihnya diberikan kepada 6 orang lagi bekas pembantu Khalid dengan jumlah pampasan yang berbeza tapi cukup untuk mereka beraya sakan kerana imbuhannya bukan tujuh lapan ribu setiap seorang tetapi berpuluh ribu dan beratus ribu ringgit.

Dalam reaksinya sebelum ini Khalid menjelaskan kesemua lapan orang bekas pembantunya itu layak mendapat habuan tersebut sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka. Azmin pula kata ia satu bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dakwaan siapa kita nak terima? Maka di sinilah pentingnya peranan SPRM dirujuk untuk masuk campur bagi melakukan siasatan seterusnya menentukan dakwaan siapa yang betul atau sebaliknya.

Bagi kita jumlah RM2.6 juta dah dikira besar dan cukup lumayan tapi hakikatnya masih dikira kecil kalau nak dibandingkan dengan isu elaun tuntutan berjumlah RM15 juta yang pernah kecoh tidak berapa lama dulu yang dikatakan dinikmati seorang penasihat ekonomi yang gaji asasnya cuma seringgit sahaja.

Apa pun menariknya dalam pada Azmin begitu yakin memang telah berlaku dengan jelas penyalahgunaan kuasa oleh pengurusan MBI ketika Khalid mengetuainya, Azmin juga menyatakan siasatan mengenainya hanya akan dilakukan oleh pihak pengurusan baru yang akan memulakan tugas mereka pada 1 Disember ini.

Pening seketika penulis dibuatnya, Azmin sendiri pada awalnya telah mengesahkan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam MBI, kemudian Azmin jugalah yang mengarahkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti sama ada berlaku atau tidak penyalahgunaan kuasa yang dimaksudkannya.

Mungkin penulis silap memahami konteks ayat yang ditulis oleh wartawan Sinar Harian, barangkali juga betul itulah yang disebut oleh Azmin atau pun penulis yang sebenarnya tak tercapai dek akal untuk memahaminya.

Pun begitu alang-alang Azmin sendiri sudah mengesahkan penyelewengan memang berlaku dalam MBI semasa Khalid mengetuainya maka eloklah jangan dilengah-lengahkan lagi tindakan. Segeralah melaporkannya kepada SPRM supaya agensi itu dapat mengambil langkah susulan.

Kita akui bakat Azmin memang pelbagai, tidak terhad pada gimik mencuci longkang, mengutip sampah dan menyembur nyamuk sahaja. Tapi dalam kes melibatkan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebegini, jika ada bukti maka serahkan saja kepada SPRM untuk menyiasatnya. Bukankah itu lebih baik?






10 Komen to Azmin Sahkan Berlaku Salah Guna Kuasa MBI, Apa Lagi Serahlah Bukti Kepada SPRM

  1. moo says:

    SPRM pun boleh masuk. Byk dalam kes yg melibatkan PR, SPRM masuk je..tak payah report.

    For sure org dah buat siasatan. Bodoh punya artikel…

  2. kuman says:

    .. dan pemenang Anugerah Skrin 2014 calon calon pelakon politik TERBAIK Malaysia .. Lim Guan Eng,Azmin Ali dan Adnan. Pemenang pelakon politik TERBAIK jatuh kepada…AZMIN ALI ..clap clap clap.

    .. bagi special kategori khas MB yang tak pandai berlakon 2014 penghargaan di beri kepada… Khalid Ibrahim.. kesian dia tak pandai berlakon,, tu le Nasib DO Re Mi…

  3. HackerXP says:

    moo.. betul siasatan jabatan audit dah dibuat, skang Azmin dah sahkan memang berlaku salah guna kuasa maka serahkan bukti kepada SPRM utk tindakan susulan. so buat apa lg lakukan siasatan baru oleh MBI pulak kalau dah yakin memang kesalahan yg didakwa tu wujud, kan senang serah bukti pd SPRM je. itu fokus artikel di atas. harap maklum moo.

  4. moo says:

    Sambil2 ambik action on case TS Khalid RM1.6 mili,(yg dulu Mykmu.netpanggil gagap, tiba2 towards the endsanjung pulak tu) , check lah 1MDB ye..itu RM 41 billionand making losses tu ye….

  5. system baru says:

    Moo’ azmin Pandai belakon. kahlid dan bagi jalan supaya lapokan sprm ia, cuba tengok ia orang2 pkr saling beza pemtakbiran kahlid dengan azmin ia . Kita tengok siapa menipu ia

  6. moo says:

    Mmm..baguslah..

    Pekata korang fokus pulak kat Pahang, Cameron Highland. Dah bekali 2 ni. Sampai ada yg terkorban. MB buat pe….

  7. raplahjingaa says:

    Hang toksah la divert pi sampai cameron highland mooo….dewa-dewa hang dah sah salah gunakan kuasa…mana intergriti ?? mana transparent ?? hehehehe….cacai macam hang jer boleh depa jual…

  8. anakbochek says:

    Ingatkan pembangkang ni maksum, rupa2nya kuat salahgunakuasa juga yea. Beru pegang negeri kalau pegang negara mau bangkrap Malaysia macam Greece. Penang harap pandai jual tanah je la, nak bangunkan infrastruktur untuk rakyat marhein hampeh, digula2kan dengan kenaikan elaun guru kelas KAFA je la.

  9. alimedanbaru says:

    Azmin terlalu ghairah nak kenakan Khalid mantan MB
    TETAPI TERLUPA ANWAR MEMBELANJAKAN 15 JUTA DUIT RAKYAT SELANGOR UNTUK BUAT APA?
    Anwar yg mesti dahulu dibogelkan
    yg pasti apa yg Anwar belanjakan pasti tidak ada kaitan dgn kebajikan dan nasib rakyat Selangor!

  10. semangat dato' haron says:

    Agak2nya tanpa Si Ketum, berapa lama lg hayat Pakatan Rakyat di Malaysia. Almaklumlah Si Ketum ni je satu2nya tali cangkuk pengubung pakatan hipokrasi haram x berdafatar dgn ROS ni…

Leave a Reply

Threesome