Menu Utama

Arahan CEC DAP Buktikan Parti Itu Mendominasi Hala Tuju PR

Sejak pasca PRU 12 2008 sehingga sebelum hari pengundian PRU-13 2013 yang lepas sudah terlalu ramai pemerhati politik memperkatakan perihal bahayanya dominasi DAP dalam pakatan pembangkang PR yang lambat laun dikhuatiri akan menggugat jati diri dan prinsip perjuangan PAS dan pemimpinnya.

Apa yang diperkatakan itu ada asasnya selepas mengambil kira kegagalan PAS melawan kehendak DAP dalam isu kesucian Kalimah Allah SWT, isu murtad dan Kristianisasi, isu hudud dan Negara Islam serta lain-lain isu sensitif yang menyerlahkan kelemahan PAS dalam mempertahankan maruah dan akidah Islam.

Ianya berlaku disebabkan PAS gagal memecahkan dominasi DAP dalam PR sehinggakan menampakkan hala tuju gabungan tidak berdaftar itu lebih banyak ditentukan oleh DAP dan PKR, sementara PAS pula sama ada terpaksa atau rela dibuli sentiasa dilihat mengikut dan membuntut sahaja.

Kini bila mana timbul isu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerap ponteng Mesyuarat Presiden PR gara-gara ketidakhadirannya di mesyuarat penting PR 27 Oktober 2014 lepas, umum dapat melihat bagaimana bersungguhnya DAP dan PKR memanfaatkan isu itu untuk menekan pimpinan PAS hingga rapat ke dinding.

Baik Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim hinggalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diikuti pemimpin lain kedua-dua parti itu silih berganti mengambil kesempatan menghentam dan memperlekehkan kewibawaan Presiden PAS hanya disebabkan Hadi tidak lagi aktif mengimarahkan mesyuarat PR.

Disebabkan isu itu PAS disindir sinis sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin dan kerana desakan DAP maka Anwar mengeluarkan kenyataan yang menikam kalbu rakan sepakatan. Disebabkan DAP juga semakin ramai penyokong PR termasuk dari PAS kian mempersoalkan kewibawaan Hadi untuk memimpin PAS.

Wujudnya Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) juga disebabkan tangan ghaib dari DAP dan PKR hasil dari kejayaan ‘mengAnwarinaskan’ sekelompok pemimpin PAS yang terpegun dengan kepentingan mempertahankan matlamat PR hingga tergamak merendahkan keutamaan perjuangan parti yang mereka dukung selama ini.

Dek kerana DAP jua sudah ada pemimpin PAS berura-ura mahu menukar Presiden sendiri. Pendek kata semuanya gara-gara rasukan DAP yang dulunya PAS anggap adalah syaitan yang boleh dibuat kawan demi kepentingan Islam. Sekarang apa jadi? Syaitan yang dulunya kawan sedang bernafsu makan kawan.

Tak cukup dengan itu semua, DAP melalui Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pula mengeluarkan resolusi desakan berupa arahan meminta Presiden PAS menghadiri mesyuarat PR pada masa akan datang atas alasan demi menjaga kepentingan kerjasama parti pembangkang.

Demikian sekali hebat tak hebat dominasi DAP dalam PR sampaikan CEC DAP pun mahu tunjuk kuasa dengan mengarahkan Presiden PAS mengikut kehendak mereka. Jelas sekali menyerlahkan betapa kuatnya dominasi DAP dan betapa pentingnya kelangsungan PR untuk kepentingan survival politik DAP.

Lantas apa tindakan pro aktif pemimpin PAS dalam mendepani rasukan DAP yang sedang bermaharajalela mempengaruhi hala tuju PR dan kini semakin berani mahu pula mengeluarkan arahan mengenai apa yang patut PAS lakukan. Masihkah pemimpin PAS mahu pejamkan mata dari menerima hakikat realiti yang terjadi?

Cukupkah sekadar membuat kenyataan balas sepintas lalu sedang hari demi hari terus dibuli, pemimpin utamanya ditekan dan dihina semacam orang yang tak bermaruah? Atau seperti mana dulu PAS masih mahu menyapu sampah ke bawah karpet dan menganggap dominasi DAP yang menggila ini hanyalah propaganda UMNO semata-mata?.

Segalanya terpulang pada PAS. Kalau PAS masih redha terus diperlakukan sedemikian rupa samalah maknanya seperti PAS merelakan campur tangan yang serius iras-iras berupa penjajahan terhadap hak dan maruahnya. PAS yang merelakannya dan PAS yang membiarkannya, maka terimalah padahnya.



« (Previous News)



5 Komen to Arahan CEC DAP Buktikan Parti Itu Mendominasi Hala Tuju PR

  1. Uturn says:

    Pas rela dirogol oleh dap dan pkr semata2 nak kerusi. Setakat nak kerusi joinla bn, bukan takat kerusi parlimen saja, lebih dr tu bn boleh bagi.

  2. Sontoloyo says:

    Daripada ini kita dapat lihat betapa lemahnya PAS dalam mempertahankan Islam, dan ada benarnya juga cakap Lim Guan Eng bahawa PAS “cakap tak serupa bikin” kerana kita semua tahu PAS sering melaung-laungkan betapa Islamiknya PAS dan sering mendabik dada bahawa hanya PAS sahaja yang mampu mendaulatkan Islam di Malaysia ini tetapi sekarang semua orang nampak betapa lemahnya PAS dan tak boleh diharapkan untuk menjaga kesucian Islam di bumi bertuah ini. Ini sebenarnya bala buat PAS kerana dengan mudah mengkafirkan sesama Islam, suka membuat tomahan dan memecah-belahkan perpaduan umah. Nah! Sekarang semua penghinaan dan tomahan PAS itu terkena balik kepada PAS. Sedarlah wahai umat Melayu/Islam di Malaysia bahawa PAS tak layak untuk memerintah apatah lagi untuk menjaga maruah Islam di tanah bertuah Malaysia ini.

  3. mzma says:

    Meluat dah aku dengor & baca citer pasal PAS ini… buang masa aje… harap Admin tak perlulah nak buat “PROMOSI LEBIH2 PASAL PAS” kat sini… 300% lebih baik citer apa tindakan kerajaan nak ambil untuk kebajikan rakyat pada masa sekarang & akan datang…

  4. samad says:

    apa nak heran pada PAS? PAS bukan nak pertahankan Islam, PAS cuma nak jatuhkan UMNO.

    sebab tu PAS tak kisah apa DAP nak buat.

    Parti munafik.

Leave a Reply