Menu Utama

Gereja 4 Tingkat Di Bandar Sunway “Halal”, Kata Nik Nazmi

ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mempertahankan rancangan pembinaan sebuah gereja empat tingkat di kawasan Bandar Sunway, Petaling Jaya Selangor.

Mengulas demonstrasi berhubung isu tersebut hari ini, beliau berkata Islam tidak mengajar pengikutnya untuk menghalang pembinaan rumah ibadah bukan Islam.

“Islam tak ajar kita halang pembinaan rumah ibadat agama lain,” katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau yang juga exco pendidikan Selangor berkata lokasi pembinaaan gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya itu telah dizonkan sebagai kawasan pembinaan rumah ibadah bukan Islam.

“Kawasan itu memang dah dizonkan kawasan rumah ibadat selain Islam,” katanya yang juga ketua AMK pusat yang mengulas protes penduduk berhubung pembinaan gereja setinggi empat tingkat di situ.

Kita juga tahu nanti alasannya ialah kerajaan BN sudah luluskan tapak tersebut sejak dahulu lagi.

Soalnya bagaimana pula ada tiga lagi gereja di bandar Sunway yang tiada dalam pelan dahulu telah diwujudkan sekarang?

Memang benar Islam tidak menghalang penganut agama lain menghalang pembinaan rumah ibadat agama lain.

Tapi Allah beri akal kepada pemimpin Islam supaya berfikir dalam melindungi kepentingan Islam di dalam negara dan negeri Islam.

Soalnya, dalam sebuah negara yang Islam agama persekutuan dan negeri Selangor yang Islam agama rasmi, wajarkah membenarkan pembinaan gereja setinggi empat tingkat melebihi ketinggi masjid-masjid sekitarnya?

Masjid di Bandar Sunway pun hanyalah dua tingkat, bagaimana gereja pula menjadi empat tingkat? Secara pentadbiran sahaja ia sudah nampak sesuatu yang tidak kena.

Selebihnya apakah justifikasi membina gereja empat tingkat ini berbanding jumlah penganut kristian di kawasan terbabit?

Apa tujuan sebenar membina gereja empat tingkat ini jika bukan bertujuan menjadikan ikon mencabar kedudukan Islam di negeri Selangor?

Para ulama berselisih pandangan sama ada wajar atau tidak kerajaan Islam membantu membina rumah ibadat bukan Islam seperti gereja. Ada yang mengharamkan, ada yang mengharuskan.

Namun penulis belum berjumpa ada ulama benarkan gereja dibina lebih tinggi dan besar dari Masjid di tempat yang sama.

Nik Nazmi jika mahu menjadi macai DAP dan Anwar pun jangan sampai jual maruah agama.






8 Komen to Gereja 4 Tingkat Di Bandar Sunway “Halal”, Kata Nik Nazmi

  1. […] “Kawasan itu memang dah dizonkan kawasan rumah ibadat selain Islam,” katanya yang juga ketua AMK pusat yang mengulas …read more […]

  2. dkds says:

    peliklah, berapa puluh juta penganut agama kristian ini di Malaysia? rasanya kalau tiada imigran pekerja dari filipina dan indonesia rasanya nak penuhkan gereja pun tak mampu…

    Nik Nazmi ni dah jadi khalid samad, pejuang agama kristian…isloam diketepikan demi undi

  3. GT86 says:

    Hal ini berlaku kat mana?
    Sapa yang pilih perintah di sana?
    Sapa yang jadi mangsa?
    Sapa yang bodoh?
    Dan sapa yang di bodoh-bodohkan?

  4. semangat dato' haron says:

    Poyo je melayu urban ni, kalo keje kt Company bkn melayu jgn harap dpt naik. Malaysia will be more better without chinese and indian. Dah tiba masanya kita rampas semula negara ini.

  5. wong jo woo says:

    halal di bakar kot..nik nasmi lum abis cakap lagi tu..wartawan dh putung..

  6. yon76er says:

    Melayu Kelate yg xsedar diri..Mu klik kampong mu dah buak Gereje kat sana laa wooiii……….

Leave a Reply

Threesome