Menu Utama

Apa Pelan Jentayu Nak Selamatkan MAS?

Persoalan di atas mungkin bakal diketahui hari ini pada jam 3.30 petang apabila Jentayu Danaraksa Sdn Bhd serta MASEU mengadakan sidang akhbar hanya kepada sekumpulan media “terpilih” yang telah dijemput.

Sebelum itu, penulis agak pelik tentang “terma” Jentayu mengadakan “Sidang Khas Tertutup ini hanya untuk rakan media yang dijemput khas saja” sedangkan ia melibatkan sebuah syarikat penerbangan yang menjadi ikon negara. “Pilih kasih” betul, kan? Tapi tak mengapalah, kita tunggu saja dan lihat apa yang akan mereka katakan nanti…

Keadaan Malaysia Airlines (MAS) yang nazak bukanlah satu cerita baru, malah sudah sekian lama media melaporkan berulang-ulang kali tentang kedudukan syarikat penerbangan kebanggaan negara itu sudah tinggal “nyawa-nyawa ikan”. Namun ketika itu, tiada pula mana-mana pihak termasuk Jentayu yang ingin tampil menghulur bantuan.

Tetapi, setelah Khazanah menerima mandat untuk memulihkan MAS, kini secara tiba-tiba muncul pula Jentayu Danaraksa yang baru ditubuhkan dalam dua bulan lebih, bersuara mahu bekerjasama dengan Khazanah untuk menambahbaikkan 12 pelan penstrukturan MAS.

Pelan pemulihan Khazanah sebelum itu telah pun dipersetuju oleh Kabinet dan disokong penuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pakar-pakar industri penerbangan, pakar-pakar analisis kewangan, malah termasuk kesatuan-kesatuan kakitangan MAS.

Membuktikan komitmen Kerajaan dalam isu menyelamatkan maruah syarikat penerbangan negara, sebanyak RM6 bilion telah diumum untuk disuntik pada pelan pemulihan dan penstrukturan tersebut.

MAS sendiri baru-baru ini telah mendapat komitmen penuh dari para pemegang saham minoriti yang menerima saranan penjualan 27 sen sesaham dalam satu mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 6 November yang lalu.

Dalam pada itu, semangat memulihkan MAS dari “OldCo” kepada “NewCo” semakin berkobar, dan ramai yang tidak sabar melihat wajah syarikat penerbangan kesayangan rakyat itu kembali gagah membelah angkasa ke serata dunia.

Tiba-tiba, dicelah semangat membara itu, sekonyong-konyong datang sebuah syarikat swasta yang baru ditubuhkan lebih kurang 2 bulan, mendakwa mereka punya pelan pemulihan MAS yang lebih baik dan menawar diri untuk “bekerjasama” dengan Khazanah untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Agak pelik, Jentayu Danaraksa beiya-iya mahu turut sama dalam “kek RM6 bilion” itu, bukan? Soalnya, apa kreadilibiliti syarikat berkenaan? Kita tahu syarikat swasta sememangnya berorientasikan keuntungan, bukan?

Cuba bersangka baik, Jentayu Danaraksa menawarkan kerjasama dengan menampilkan bekas CEO pertama MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, sebagai “ayam tambatan” mereka untuk usahasama “menyelamatkan” MAS.

Tiba-tiba saja bekas CEO pertama MAS berada di dalam syarikat swasta berusia 2 bulan itu? Kenapa tidak lantik saja Tan Sri Abdul Aziz sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam “NewCo”?

Bukankah itu lebih telus dan tidak membabitkan syarikat swasta?

Lebih menghairankan, mengapa Feriz Omar selaku pengarah enggan mendedahkan pelan pemulihan MAS syarikatnya pada umum? Khazanah pun telah berkongsi pelan pemulihannya Ogos lalu. Jadi rasanya tidak salah kalau Jentayu Danaraksa pun berkongsi pelan mereka pada umum, bukan?

Mengapa dia mendakwa terlalu awal untuk diumum sedangkan syarikat penerbangan negara itu sedang tenat diambang maut?

Paling utama, sebagai sebuah syarikat berusia 2 bulan, dari mana syarikat itu dapatkan suntikan modal untuk menyelamatkan MAS? Dari pelabur dalam dan luar negara? Apakah logik pelabur tertarik untuk melabur pada syarikat yang baru berusia 2 bulan lebih?

Feriz mengatakan hasratnya untuk mengambil alih kepentingan MAS seperti Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), syarikat penerbangan Firefly, MAS Engineering dan beberapa transaksi penting yang lain.

Soalnya, mengapa dia “target” aset dan kepentingan MAS yang dikenal pasti berpotensi menjana keuntungan sahaja? Mengapa tidak perkara lain seperti sumber manusia dan pelbagai lagi isu yang dikenal pasti menyumbang pada kerugian MAS tidak diambil alih?

Yang menguntungkan semuanya dikaut Jentayu manakala yang tidak menguntungkan semuanya ditinggalkan pada Khazanah dan MAS untuk dijadikan “tukun”. Jentayu yang merupakan syarikat swasta untung hidup bernyawa, tapi GLC kerajaan itu perlu tanggung risiko rugi? Ikhlaskah kerjasama yang dicadangkan Jentayu itu?

Rasanya Feriz faham proses memulihkan MAS bukan sesuatu yang mudah. Sudah lima CEO “kecundang” untuk memulihkan MAS sebelum ini termasuk seorang CEO yang kini bertaraf menteri.

Apa pelan Jentayu Danaraksa untuk selamatkan MAS? Kalau nak buat “over and above” daripada pelan Khazanah, rasanya seolah-olah mereka mahu Khazanah pulihkan MAS terlebih dahulu, dan selepas MAS “sihat dan gagah” barulah Jentayu masuk untuk cantik-cantikkan lagi. Kalau itulah strategi Jentayu, tak payahlah. MAS dan Khazanah pun boleh buat sendiri…

Adakah itu yang dimaksudkan Jentayu untuk memulihkan MAS? Sebab itu yang kami dan rakyat faham daripada kenyataan pengarahnya yang sangat meragukan “track record”nya. Tolonglah jangan fikir nak cepat kaya saja, kepentingan syarikat penerbangan itu lebih utama, kan?






6 Komen to Apa Pelan Jentayu Nak Selamatkan MAS?

  1. […] Keadaan Malaysia Airlines (MAS) yang nazak bukanlah satu cerita baru, malah sudah sekian lama media melaporkan berulang-ulang kali tentang kedudukan syarikat penerbangan kebanggaan …read more […]

  2. mzma says:

    Ini semua “POOYYYOOOOOSSSSSSSS”… Lanun Moden dah buka langkah nak menyapu bersih duit pembayar cukai sebab tiada siapa yang akan tahu kerana MAS dah jadi “Private Company” dan dibawah Kerajaan.. Kalau benar kenapa tidak muncul semasa MAS masih “Listed Company”.. Amat jelas sekali agenda mengelapkan duit adalah agenda utama Jentayu DanaRAKSAKSA ini… Silap2 “RAKSAKSA” nie paid up capital nya Rm2 ringgit aje kot.. ROC bleh lerrr letak Rm5m, Rm50m, Rm500m tak pon Rm5b tapi dalam bank ada lerr Rm2-3 ringgit, silap2 akaun bank pon tak ada lagi…

  3. samad says:

    Jentayu tiada leverage untuk bekerjasama dengan Khazanah dalam membaikpulih MAS.

    Tiada modal, tiada kepakaran dan tiada pengalaman. Jadi untuk sebab apa perlantikan Jentayu itu perlu? Adakah di sebabkan unsur poltik?

  4. raplahjinggaa says:

    sudahkah anda bertayam demi masa depan anda?

  5. Noorjan Abdul Kadir says:

    Hanya KHAZANAH LAYAK MEMBAIKPULIH MAS..
    Yang lain2 idividu atau ‘CEO’ pilihlah banyak lagi ‘organisasi’ yang perlukan bantuan. idea ……..anda.

  6. Jiwa Melayu Jiwa Islam says:

    http://theunspinners.blogspot.com/2014/11/feriz-omar-boleh-ke-dulu-mungkir-janji.html

Leave a Reply

Threesome