Menu Utama

Anwar Perlu Jelaskan Isu ADUN PKR Sabotaj Pencalonan Wan Azizah

Pendedahan oleh bekas calon PKR DUN Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin mengenai pengkhianatan tiga ADUN PKR dan dua ADUN DAP yang didakwa mensabotaj pencalonan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor sehingga kini belum mendapat reaksi rasmi dari parti tersebut.

Unsur sabotaj yang didedahkan Badrul atau Chegu Bard bukan isu kecil yang mudah disapu ke bawah karpet kerana dakwaannya cukup serius melibatkan kredibiliti dan prinsip PR terutama sekali PKR dan DAP yang sejak awal-awal lagi menetapkan Wan Azizah adalah calon tunggal sebagai MB Selangor.

Mungkin sebulan yang lepas waktu isu ini mula dibangkitkan oleh Chegu Bard, PKR hanya memandang enteng pendedahannya. Malah penyokong PKR sendiri serta khalayak umum tika itu juga kurang mengambil kisah mengenainya disebabkan tuduhan yang dilemparkan sekadar dakwaan mulut tanpa sebarang bukti sokongan.Akuan Bersumpah Tarik Sokongan

Kini bila Chegu Bard tampil sekali lagi dengan tuduhan sama bersertakan bukti sokongan satu salinan surat akuan bersumpah atas nama ADUN PKR Sri Andalas, Dr Xavier a/l Arulanandam yang dikatakan telah menarik balik sokongan kepada Wan Azizah, maka wajarlah PKR mengambil peduli isu yang berbangkit.

Di masa yang sama Anwar selaku Ketua Umum PKR perlu tampil menjelaskan pendiriannya berhubung isu ini kerana ia berkait langsung dengan kredibiliti PR khususnya PKR dan DAP yang selama ini asyik menuding jari menyalahkan PAS di atas kegagalan mereka menobatkan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Juga menjadi tanggungjawab Anwar untuk menggerakkan inisiatif dengan mengarahkan siasatan lanjut untuk mengenal pasti kesahihan tuduhan yang dilemparkan oleh Chegu Bard. Betul atau salah tuduhan Chegu Bard yang jelasnya dengan bukti yang didedahkan sekarang menunjukkan keadaan memihak kepadanya.

Walaupun menyedari hakikat itu nampaknya Anwar Ibrahim sampai sekarang dilihat lebih selesa berdiam diri dari mengulas pendedahan tersebut. Mungkinkah Anwar sengaja menyorokkan dirinya dengan harapan isu ini akan hilang ditelan masa?

Setakat ini berdasarkan laporan dari Utusan Online, Dr Xavier ketika dihubungi portal tersebut ada membuat penafian umum dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Chegu Bard yang didakwa sengaja mahu mencemar nama baiknya.

Namun ia masih tidak jelas sama ada penafian itu bermaksud menafikan penglibatannya sebagai salah seorang ADUN PKR yang membuat akuan bersumpah menarik balik sokongan kepada Wan Azizah atau menafikan dirinya pernah menandatangani surat akuan keluar PKR.

Untuk makluman pada 16 September 2014, Dr Xavier dalam kenyataannya kepada media menafikan telah menandatangani satu surat akuan bersumpah untuk keluar PKR. Jika penafian itu yang dimaksudkan Dr Xavier maka ia tidak menjawab isu sebenar pendedahan oleh Chegu Bard.

Sebaliknya jika Dr Xavier tampil membuktikan tuduhan Chegu Bard berkaitan surat akuan bersumpah menarik balik sokongan kepada Wan Azizah itu adalah fitnah, maka dalam masa-masa yang mendatang khalayak umum akan mengambil pendirian mengabaikan apa sahaja kenyataan yang keluar dari mulut Chegu Bard.

Apa pun betul atau tidak, sahih atau sebaliknya bukti sokongan yang didedahkan oleh Chegu Bard agak jelas sekali ia memerlukan kenyataan penafian dan bukti yang konkrit dan spesifik dari Dr Xavier, sementara Anwar pula perlu ada sikap cakna dengan segera tampil menjernihkan keadaan.

Isu ini sepatutnya mudah diselesaikan semudah abc, sebab yang membangkitkannya bukannya UMNO dan BN, sebaliknya orang PKR sendiri. Takkanlah kemelut dalam kain sendiri dan pertikaian sesama ahli dan pemimpinnya pun Anwar tak mampu nak menguruskannya.

Anwar sebagai ketua tak terasa walau sekelumit pun rasa malukah melihat anak-anak buah asyik bercakaran sahaja kerjanya?






6 Komen to Anwar Perlu Jelaskan Isu ADUN PKR Sabotaj Pencalonan Wan Azizah

  1. passudahgila says:

    boleh caya ke bagedol ni?

  2. buana says:

    Ini semua propa lebih…kasi settle dlm kelambu la…

  3. korokstabang says:

    apa laa bodoh punya parti pas termasuk lah 2 adun pas yang sokong wan azizah sebagai calon mb, sehingga hari ini dap dan pkr menyalahkan pas kerana mencalonkan 2 nama azmin dan wan azizah pas pula menyalahkan 2 adun nya yang menyokong wan azizah tapi yang sebenarnya memainkan peranan sehingga azmin menjadi mb adalah adun2 dap dan pkr dan yang menerima kesalahan pula adalah pas, pas adalah parti kutukan dap dan pkr sampai selama nya di kencing oleh dap dan pkr hahahaha

  4. semangat dato' haron says:

    Parti lambang mata satu kebetulan sama dgn lambang illuminati. Kebetulan atau dirancang? Satu mata melambangkan Dajjal. SAY NO TO DAJJAL!!!

  5. wong jowo says:

    nuar memang nak bagi azmin jawatan tu…saje je sia gazet jijah jadi calon…tu kan hadiah nuar kat azmin sebab kan dia bermadu..hehhe

Leave a Reply

Threesome