Menu Utama

Anwar Beri Jaminan Presiden PAS Takkan Ponteng Lagi Mesyuarat PR

Awal minggu lalu mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang diadakan pada 27 Oktober 2014 khusus untuk menghadapi perbicaraan kes liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa dilangsungkan tanpa kehadiran Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Impak dari ketidakhadiran Hadi akhirnya membawa kepada kelesuan himpunan Rakyat Hakim Negara di perkarangan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya apabila kebanyakan yang hadir memberi sokongan moral kepada Anwar adalah ahli dan penyokong PKR serta segelintir lagi dari DAP.

Sebahagian besar penyokong PAS melihat tindakan Hadi ponteng dari menghadiri mesyuarat penting itu sebagai petanda keengganan Presiden PAS untuk terus bergelumang dalam permasalahan peribadi Anwar. Mereka faham isyarat Hadi, sebab itu hanya kelibat segelintir pemimpin dan penyokong PAS yang pro Anwarinas sahaja yang kelihatan di himpunan membela Anwar.

DAP yang menghidu situasi yang tidak menyenangkan itu tidak berdiam diri begitu sahaja apabila segera mengambil kesempatan darinya untuk membangkitkan kekecewaan mereka terhadap kegagalan rakan pakatan mereka yang didakwa tidak memberi komitmen terhadap kerjasama parti pembangkang dalam PR.Kes Boikot - Anwar Jamin Hadi Takkan Ponteng Lagi

Walaupun kekecewaan yang diluahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu tidak menyebut nama PAS, tapi umum tahu ia menjurus kepada kegagalan Presiden PAS menghadiri mesyuarat penting PR pada 27 Ogos 2014 bersabit persediaan bagi menghadapi perbicaraan kes liwat Ketua Umum PKR yang bermula keesokan harinya (28 Oktober 2014).

Kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kalau pun Anwar Ibrahim ditakdirkan bebas dari tuduhan liwat ia tiada maknanya selagi mana ada komponen PR yang tidak berpegang pada komitmen yang disepakati, cakap tidak serupa bikin dan tidak menunaikan janji.

Rentetan dari keluhan kecewa Guan Eng kemudiannya mendapat reaksi Ketua Umum PKR apabila Anwar dalam kenyataannya kepada media semalam memberi jaminan yang beliau sendiri akan memastikan Presiden PAS dapat hadir dalam mesyuarat PR pada masa akan datang.

Kata Anwar, bagi merealisasikan jaminannya itu maka satu notis peringatan mengenai mesyuarat akan disampaikan kepada Hadi. Mungkin maksud Anwar notis peringatan itu akan disampaikannya secara peribadi bagi mengelakkan Presiden PAS itu dari terus ponteng mesyuarat PR di masa depan.

Demikian sekali kesungguhan Anwar dalam mengambil kira keluhan DAP sehingga ke peringkat mahu menyampaikan notis peringatan kepada Presiden PAS. Lim Guan Eng pernah berkali-kali ponteng mesyuarat PR, tidak pula Anwar bangkitkan pasal notis peringatan. Ini double standard namanya.

Bukankah lebih elok sebagai Ketua Pembangkang, Anwar seharusnya sekadar berkata dia akan menemui Hadi bagi mengetahui punca ketidakhadirannya dalam mesyuarat PR sebelum ini berbanding membuat hebahan akan menyampaikan notis peringatan?

Umum memang sudah tahu Hadi selalu sangat ponteng mesyuarat PR dan biasanya hanya mewakilkan kepada Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS sahaja untuk menghadiri mesyuarat, tapi tak perlulah sampai nak diheboh-hebohkan lagi kepada umum masalah ketidakhadiran Hadi.

Khalayak umum khususnya penyokong PAS tidak nampak cara Anwar menangani isu ketidakhadiran Hadi itu akan menjernihkan hubungan kerjasama sesama PR sebaliknya ia hanya mengundang persepsi ramai tindakan sedemikian semacam mahu memalukan Presiden PAS pula.

Mana penyokong PAS nak letak muka bila melihat sebegitu sekali Anwar melayan Presiden mereka, walhal Setiausaha Agung DAP yang banyak juga ponteng lepas bebas tanpa teguran terbuka.

Tapi nak pelik apa. Sebelum ini pertukaran MB Selangor yang sepatutnya mudah pun Anwar gagal tangani sebaliknya mengundang pula kontroversi dan krisis berpanjangan, jadi tak mustahil isu ketidakhadiran Hadi juga akan bertukar jadi mimpi ngeri untuk PR di kemudian hari nanti.

Nampak sangat kelemahan Anwar dalam menguruskan permasalahan dan krisis dalam PR. Tindak-tanduknya tidak mencerminkan gaya kepimpinan yang bijak. Ini realiti masalah Anwar yang hanya bijak berkata-kata bermain propaganda tapi bab urus tadbir parti dan gabungan longgar PR memang hancur sama sekali.






12 Komen to Anwar Beri Jaminan Presiden PAS Takkan Ponteng Lagi Mesyuarat PR

  1. Uturn says:

    aku rasa hadi pun malas nak tgk muka nuar dah, dia tau nuar nak masuk dlm dah

  2. anakbochek says:

    Sebelum ni dapat writ saman, tak lama lagi dapat surat tunjuk sebab tak hadir mesyuarat. Kesian Presiden PAS diperkotak-katikkan oleh DAP dan PKR. Apa tunggu lagi, belah je la, takkan tak faham2 lagi kot.

  3. raplahjingaa says:

    Kalau aji adi presiden PAS pun diperlakukan macam office boy oleh anwar dan guan eng…bayangkan lah apa pandangan depa pada macai-macai jalanan PAS ?? macam sampah !! and memang sampah pun !

  4. GT86 says:

    Dah si Hadi x datang, pecat aje lah.

  5. Badrole Amin says:

    jawab je “kau dah nak masuk ke dalam camana kau boleh buat arahan pada aku?…tak bermaruah takde locus standi arahan dari penjara sungai buloh nak suruh aku hadir mesyuarat itu dan ini”

    hehehehehe

  6. Syed says:

    AI & LGM hancus… TGHH tak perlu tunduk kpd 2 ekor ni..

  7. ToraTora says:

    Sebenarnya geng2 ulamak PAS tau lama dah Anwar ni lesbian..itu pasal mereka tak datang mahkmah untuk sokong..pernah dengar Nik Aziz kata Anwar tak meliwat?Diorang tak berani punya komen pasal aktiviti main belakang Anwar ni.Nak kata Anwar meliwat salah, nak sokong Anwar kata tak meliwat pun rasa bersalah.Tapi klu Mat Sabu,Khalid Samad atau Setapa sepender..tak tahu lagilah

  8. yon76er says:

    Dah cakap byk kali pon…siapa PAS sebenarnya diMata Al’Jub. ..Hanya mereka @ PAS tutop hati dan mata hanya disebabkan janji2 manis “Road to Putrajaya” masa PRU2 yg lepas…So far HABOK PON TARAK kan??…eloklah ada yg dah mula tahu apa muslihat Al’Jub sebenarnya…..tapi yg masih tidak mahu terima dan buka mata dan hati terutama Penyokong PAS ..kita xdapat nak kata apa……..Kalau President kamu pon dia dah xada rasa hormat…siapa kamu sebagai Ahli PAS dimata Al’Jub?? Lu Fikir lahhh sendiri

  9. omega says:

    Agaknya kalau lepas nagi Notis pun Hj Hadi tak datang jugak anuwar akan pecat Hj Hadi dan lantik Mat Sabu jadi Presiden kot.

  10. Jack says:

    Kalau aji adi tak datang sekali lagi, dia akan menerima nasb yang sama macam saiful. Hehehe

  11. wong jowo says:

    anuar biasalah..ayat paling melekat ngan dia..jamin..jaminan..ikat jamin..heehhe..

Leave a Reply

Threesome