Menu Utama

Anwar Bantah Pengharaman NGO Sisters In Islam Oleh MAIS

Ramai yang sudah maklum antara intipati utama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan Sisters In Islam (SIS) adalah berasaskan penglibatan aktif NGO itu dalam menyebarkan aliran pemikiran Islam Liberal & Pluralisme.

Umum juga sedar Fatwa pengharaman SIS sejak 17 Julai 2014 itu menepati ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dalam Muzakarah Kali Ke-74 pada 25 Julai 2006 yang mengharamkan aliran pemikiran Islam Liberal kerana mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dan bercanggah dengan akidah & syariah Islam.

Berikutan itu, pada 31 Oktober lepas SIS melalui Pengarah Eksekutifnya Ratna Othman telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mempertikaikan kesahihan fatwa tersebut. Tiga perayu yang lain termasuklah Marina Mahathir, Zaid Ibrahim dan Zainah Anwar yang menamakan diri mereka sebagai ‘orang Islam yang prihatin.’Anwar Bantah MAIS Haramkan SIS

Menariknya, fatwa pengharaman SIS oleh MAIS rupanya tidak hanya dipertikaikan NGO yang mempergunakan label Islam itu sahaja tetapi turut mengundang kritikan daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang membantah tindakan tersebut.

Menurut laporan portal Malaysia Insider, selain tidak bersetuju dengan pengharaman SIS oleh MAIS, Anwar juga menggesa pihak berkuasa agama itu supaya membenarkan berlakunya perbezaan pandangan. Maksudnya walaupun SIS ada banyak pandangan yang tidak selari dengan Islam, maka MAIS kena benarkan.

SIS yang diharamkan Anwar pula yang kalut ribut. Pelik betul. Macam ada sesuatu yang diperjuangkan oleh SIS begitu dekat di hati Anwar. Persoalan apa?

NGO SIS yang umum kenali kebanyakan aktiviti dan pemikiran yang dibawanya cenderung ke arah liberal & pluralisme. Ambil contoh penglibatan SIS dalam IFC (IRC) yang dulunya menganjurkan hak bebas beragama yang turut merangkumi desakan supaya orang Islam berhak untuk bebas murtad, adakah ini pandangan berbeza yang Anwar mahu benarkan?

Kalau kita imbas kes murtad Lina Joy dulu, Anwar pernah diwawancara oleh wartawan BBC dan ditanyakan soalan ‘Adakah Lina Joy ini berhak untuk menukar agamanya ?’, kemudian dijawab penuh yakin oleh Anwar ‘It is her rights’ (Itu adalah hak Lina Joy). Maksudnya Anwar bersetuju Lina Joy murtad. Barangkali ini antara titik temu yang membawa kepada sokongan Anwar kepada SIS.

Dalam pada itu, antara lain tujuan IFC yang didukung sama oleh SIS turut mnuntut hak kebebasan bagi menentukan setiap anak kecil yang dilahirkan orang Islam tidak seharusnya terus menjadi Islam. Ertinya bagi IFC, anak kecil itu dalam keadaan atheis (tak beragama) dan bukan hak ibubapanya untuk menjadikan anak mereka sebagai seorang Islam.

Anak kecil kita, tanggungjawab kita sebagai ibubapa mencorak agamanya tiba-tiba mahu dinafikan keIslamannya atas nama kebebasan beragama. Ini pandangan liberal yang tidak boleh diterima orang Islam. Apakah pandangan atau pendapat berbeza itulah yang Anwar anjurkan supaya diterima ramai?

NGO SIS ini jugalah yang aktif bersekongkol dengan NGO Induk COMANGO yang membawa usul ke peringkat antarabangsa mendesak Malaysia menerima hak kebebasan golongan LGBT untuk mengamalkan gaya hidup mereka. Selain itu COMANGO yang disokong SIS juga mahu fahaman Syiah dibenarkan atas nama hak kebebasan manusia.

Anwar setujukah dengan perjuangan SIS yang mahukan gaya hidup LGBT dibenarkan? Anwar relakah fahaman Syiah dibiarkan bercambah di bumi Malaysia?

SIS juga terlibat menyokong Seksualiti Merdeka 2011 yang motif penganjuran acara itu mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) untuk melakukan amalan seks songsang atas nama hak kebebasan dan hak asasi manusia. Adakah ini yang Anwar maksudkan pandangan berbeza yang perlu dibenarkan? Oh.. lupa.. Suatu ketika dulu Anwar pernah menyokong penganjuran Seksualiti Merdeka, mungkin ini titik temu yang membawa kepada ketidaksetujuan Anwar terhadap fatwa pengharaman SIS. Ada kebarangkaliannya.

Apa pun penulis tak tahu apa kepentingan sebenar Anwar dengan SIS dan apa lagi yang menjadi titik temu di antara mereka, tapi untuk Anwar menerima aliran pemikiran liberal SIS yang condong pada fahaman Islam Liberal dan kebebasan tanpa batasan, terasa cukup janggal sekali dengan imej Islamik yang pernah diprojekkan pada batang tubuh Anwar.

Hatta NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang dulu pernah dipimpin Anwar pun menyifatkan SIS sebagai NGO yang didukungi oleh golongan yang keliru dan bercelaru, kini Anwar pula boleh menyokong SIS dan membantah pengharamannya oleh MAIS atas nama perlunya perbezaan pandangan dibenarkan.

Entah-entah Anwar pun termasuk dalam golongan yang keliru barangkali? Atau mungkinkah Anwar menyokong SIS disebabkan perjuangan NGO itu yang serius menuntut hak kebebasan untuk golongan LGBT mengamalkan gaya hidup mereka?






9 Komen to Anwar Bantah Pengharaman NGO Sisters In Islam Oleh MAIS

  1. itsme says:

    dengar nama SIS pun kita dah menyampah.. apa lagi dengar nama ANWAR.. dah lama kita dok pendam perasaan.. harap2 kerajaan akan mengambil tindakan tegas.. SIS perlu diharamkan terus kerana mrk tdk membawa kpd kebaikkan ummah agama dan negara.

  2. […] Berikutan itu, pada 31 Oktober lepas SIS melalui Pengarah Eksekutifnya Ratna Othman telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mempertikaikan kesahihan …read more […]

  3. Uturn says:

    anwar tau SIS saja sokong lgbt , sebab tu dia tak setuju

  4. Badrole Amin says:

    patut le dalam neraka lebih ramai perempuan dari lelaki

  5. Adam Abdullah says:

    Cuba banding dan bezakan apa SIS dan Biro Bantuan Guaman buat.

    http://www.jbg.gov.my/index.php?lang=ms

    http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/BNterusbelanasib831_860ibutunggal/Article/

    http://www.sistersinislam.org.my/

    Yang mana lebih baik dan yang telah berkhidmat lebih bagi wanita, wanita Islam dan ibu tunggal?

    Anwar sokong SIS ada sebab, ada udang disebalik batu – politik PKR.

  6. Adam Abdullah says:

    FATWA dibuat oleh Majlis FATWA. SIS melalui Pengarah Eksekutifnya Ratna Othman telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mempertikaikan kesahihan fatwa tersebut.

    Saya bukan peguam tetapi pada pandangan dan pendapat saya rayuan itu patut di failkan dengan Majlis Raja-Raja atau Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka yang menguruskan hal ehwal ISLAM dan Fatwa Kebangsaan.

  7. wong jo woo says:

    kalau nuar mana dia nak setuju pendapatan org lain..sebab dia kan ajaran sesat..suka belakang juga.kecuali bontot yg di caiai..

  8. system baru says:

    Aku tak suka perkataan sisters islam ini seoleh2 kita tiru agama kristi sister christian korang nampak dasar islam leberel yg bawa anwar nak bodoh kita. Ingat islam.

  9. […] NGO SIS yang umum kenali kebanyakan aktiviti dan pemikiran yang dibawanya cenderung ke arah liberal & pluralisme. Ambil contoh penglibatan SIS dalam IFC (IRC) yang dulunya menganjurkan hak bebas beragama yang turut merangkumi desakan supaya orang Islam berhak untuk bebas murtad, adakah ini pandangan berbeza yang Anwar mahu benarkan? Selanjutnya…. […]

Leave a Reply