Menu Utama

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan buka jalan kahwin sejenis, kata Tun Abdul Hamid.

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

“Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

“Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

“Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

“Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu,” katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

“Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

“Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku,” kata beliau.

Abdul Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia ‘undang-undang jenayah’ yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 Nov lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

“Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat,” kata Hakim Mohd Hishamudin.

Sementara itu, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata satu pendekatan harmoni perlu diambil bagi menangani isu pertembungan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya pertembungan dalam peruntukan-peruntukan mampu menggugat prinsip-prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks transgender-lelaki Islam berpakaian seperti wanita yang tercetus di Negeri Sembilan baru-baru ini, peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), Mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama perlu diharmonikan dengan jaminan kebebasan asasi,” katanya dalam sidang media di Persidangan Meja Bulat ‘Gender Dalam Kerangka Maqasid: Isu-Isu Falsafah dan Perundangan’ anjuran IKIM di sini.

Beliau berkata, kepentingan dan jaminan Perlembagaan Persekutuan terhadap kebebasan asasi tidak boleh dipersoalkan.

Namun, dalam masa yang sama Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf kedudukan DUN yang mempunyai kuasa perundangan untuk menjatuhkan hukuman terhadap perbuatan yang melanggar perintah agama Islam.

“Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak dan moral bagi orang Islam. Hal berkaitan pakaian adalah antara isu penting dalam ajaran dan perintah agama Islam yang mana terdapat prinsip yang jelas dalam hadis-hadis berkaitan tatasusila pakaian Muslim. Seorang lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Bernama






10 Komen to Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan buka jalan kahwin sejenis, kata Tun Abdul Hamid.

  1. […] “Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan …read more […]

  2. Uturn says:

    Gila dah mereka yg buat keputusan yg bercanggah dgn agama. Laknat sungguh

  3. raplahjingaa says:

    Kena tengok jugak orientation hakim Hishamudin ni.. TPM pun ada yang gay…ni kan pulak hakim….

  4. moo says:

    Tun M statement kan support transgender….tak ada la pulak Mykmu.net komen kat sini Boss No 1 dia org ni…

  5. Mak Nyemah says:

    Anwar Berahi mesti riang gumbira. Jgn sampai typhoon besar melanda greater kuala lumpur sudahlah…

  6. Adam Abdullah says:

    Siapa lagi nak sokong MM kalau tidak Dr.M? Komen Dr.M itu berpandukan kepada more on scientific, biological dan medical. TETAPI ramai kita dan mungkin juga Jabatan Kehakiman, Pegaum Negara dan Peguam-Peguam tidak dimaklumkan bahawa JAKIM dan Jabatan Agama setiap Negeri mempunyi program pemulihan dalam berbagai-bagai aspek seperti yang diterangkan dalam lapuran dibawah ini.

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/11/13/Jakim-and-Jawi-help-LGBT-folk-return-to-right-path/

    The Star,Home > News > Nation – Published: Thursday November 13, 2014 MYT 12:00:00 AM – Updated: Thursday November 13, 2014 MYT 8:39:18 AM
    Jakim and Jawi help LGBT folk return to ‘right path’

    by allison lai, neville spykerman, AND a. raman

    MORE than 3,000 people from the LGBT community have returned to the “right path” after counselling by the Malaysian Islamic De­­velopment Department (Jakim) and the Federal Territory Islamic Affairs Department (Jawi) in re­­cent years, Berita Harian reported.

    Jakim said it started its rehabilitation programme in 2010 and, to date, had helped more than 1,000 people with (lesbian, gay, bisexual and transgender) tendencies to give up their “unusual lifestyle” and return to being “normal”.

    Its family, social and community unit chief assistant director Zakuan Sawai was quoted as saying many of those who had earlier been involved in LGBT activities had voluntarily come to the department to seek help.

    “Our focus is on giving them awareness through religious coaching and, from then on, we help them to return to society and regain their confidence to lead a normal life,” he told the paper.

    advertisement

    Jawi said its outreach program­me to tackle issues affecting the LGBT community had helped more than 2,000 people since 2006 to return to the “normal” path, adding that many of them became better Muslims than they were before.

    Jawi director Paimuzi Yahya said some of those who had re­­turned after the rehabilitation programme later became active in the department’s programmes.

    “Some of them went on to spread their knowledge in the community they once belonged to,” he said.

    He added that since 2005, Jawi had provided a comprehensive programme for the LGBT community that included Quran-reading classes, basic religious knowledge, counselling services and seminars on morals.

  7. raplahjingaa says:

    hang pandai nak menipu mooo…bila Tun support pondan ?? ada tun kata pondan patut dibiarkan melakukan aktiviti yang sama digemari anwar ?? tu la hang mooo…baca hang pandai, tapi nak paham hang bodoh !

  8. Adam Abdullah says:

    Moo, Mereka semua perlu hadzir dakwah Ustaz Kazim Alias https://www.youtube.com/watch?v=gSfKojoyE4c kalau tidak Ustaz Azahar Idrus https://www.youtube.com/watch?v=tQRRY8C26bQ

  9. system baru says:

    Di russia siapa yg lgbt tidak di benarkan terima rawatan hospital. Anwar bernasib baik berada di malaysia sakit pingang yg menipu pun dapat rawatan sebab di liwat kekasih gay nya

Leave a Reply

Threesome